Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, November 19, 2015

Hapuskan Rasa Cintaku

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Kehilangan sebuah cinta yang selama ini kusemat di dada amat sukat untuk ku terima. Kuharap dengan dugaan yang bertimpa ini tidak membuatkan aku putus asa padamu Tuhan. Engkau sebaik2 perancang. Engkaulah yang lebih mengetahui segalanya. Aku pasrah pada ketentuanMu Ya Allah

"Tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cinta. Aku pun ingin bahagia walaupun tak bersama dia"


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Tuesday, November 17, 2015

Warna-warna Kehidupan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Dalam kehidupan seharian kita, kita sentiasa mengharapkan kehadiran warna-warna pelangi dalam hitam putih kehidupan kita. Kerana warna-warna ceria mampu mengubah duka menjadi gembira, pahit menjadi manis.

Adakala kita perlu terima dalam kehidupan kita amat sukar mencari warna-warna kegemaran kita. Meski warna itu indah dipandang tapi sebenarnya ia bukan milik kita dan nampak janggal di sisi kehidupan kita. 

Ku harap adanya warna-warna indah yang akan menerangi kehidupanku nanti. Walaupun tidak seceria mana ku harap ia dapat memberikan sedikit cahaya buat pengubat lara.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Thursday, October 1, 2015

Rasa marah melampau

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pernah tak anda rasa marah sangat2 dan nak pandang orang anda marah pun anda tak nak.

Itulah yang terjadi pada saya. Bermulanya episode yang tak best nie ialah pada 16hb September 2015. Nak dijadikan cerita saya kena hadiri seminar yang bermula 13hb-16hb. Sepertimana yang diketahui 16hb adalah Hari Malaysia. Sehari sebelumnya dah bagitau pada boss dan collegue supaya 16hb tu tutup booth.Boss tak setuju jadi kena datang juga la seminar tu.

Pada 16hb tu bangun macam biasa la macam nak pergi keja. Pukul 5.30 pagi dah minta husband tolong hantar ke KTM Shah Alam. Sampai ke KLCC lebih kurang dalam pukul 7.20 pagi macam tu la. Call collegue, nak tanya dia dah sampai mana...4 kali call tak angkat2. Tergerak hati nak tengok tempat booth. Pelik sungguh barang2 yang nak diagihkan dah takde. Tanya pihak penganjur, pihak penganjur kata tak tahu.

Nak jadi cerita terus call boss dan boss cakap dia datang ke booth pukul 6.45 pagi utk ambil barang2 dan bawa pulang ke pejabat sebab dapat kebenaran dari committee untuk tutup booth pada 16hb tu. Boss cakap dia dah whatsapp malam td untuk beritahu hal tu. Terasa macam nak menyumpah pun ada. Ko ingat aku nie 24 jam duk layan whatsapp ke? Benda dah urgent macam tu kenapa la x call. Sia2 je hari cuti aku bangun awal2 pagi pukul 5 ok aku dah bangun, susahkan laki aku lagi nak hantar ke KTM, duit tambang aku yang sia2 tu lagi sapa yang nak bayar? MARAH SUNGGUH HATI AKU NIE. GERAM TAHAP APA PUN TAK TAHU LAH.

Yang collegue aku nie satu hal lagi. Dah tahu tapi langsung tak nak maklumkan pada aku sedangkan kalau apa2 info walaupun boss bagitau kat aku, aku akan pastikan yang collegue aku nie tahu info yang sama jugak. Aku nie bersangka baik je pada mulanya maybe awal pagi dan ko tak bangun lagi. Lepas pukul 8 pagi aku call semula. aku rasa pada 16hb tu lebih dari 15 kali aku call ko. Aku tnggu je ko call aku balik tapi HARAM. Langsung takde. Dah la 17hb dan 18hb tu ko amik cuti dan x bagitau kat aku. 

Part yang paling BEST SANGAT-SANGAT. Hari Isnin (21hb) ko datang ofis dengan muka selamba je dan boleh tanya aku KENAPA AKU CALL KO PADA 16HB TU? Ko rasa aku patut jawab tak soalan bodoh ko tu? Aku senyum je dan langsung tak jawab dan sampai hari nie aku hanya buat kerja aku je. Jangan harap la aku nak layan ko macam sediakala.

Wei budak aku dah keje ngan ko dekat 10 tahun tau. Tang mana info yang aku dapat aku x bagitau kat ko? Cuba ko bagitau kat aku. Walaupun benda2 kecik aku mesti tak pernah tinggal nak bgtau kat ko sebab aku dah anggap ko macam adik aku tapi disebabkan ko selfish macam tu....jangan salahkan aku kalau lps nie aku jadi selfish jugak. 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...