Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, April 20, 2011

Hati Yang Aneh

Sentuhlah hatinya dengan kelembutan

Adakalanya hati ini memang aneh.

Bila kita menggengam satu impian, cuba mengejar satu mimpi dan memegang sebuah janji.. jiwa menjadi kacau..hati menjadi resah. Airmata menjadi teman.

Tapi bila kita menyerah kalah, membuang angan dan berhenti bermimpi dan tidak lagi menaruh sebarang harapan.. tiada airmata yang tumpah. Sakit tetap terasa, cinta yang telah terbina dengan berhati hati..tak mungkin boleh dilenyapkan dengan sekelip mata.
Hati berhenti membisikkan kata kata rindu..seakan simpati pada yang empunya diri. Atau hati telah terlalu lelah dengan segala permainan perasaan. Hati yang takut melangkah sendirian..

Adakah hati kini telah mengenal erti pasrah dan tunduk pada apa jua ketentuan Tuhan dengan sabar? Mungkin..jiwa yang kosong sedang belajar bersabar dan cuba di isikan dengan mengingati Yang Maha Esa.

Hati tidak terasa sekeras batu konkrit. Masih mampu berasa kasihan dan masih mampu terluka. Tapi..hati ini juga tidak sekecil dulu. Ianya sedang berubah..
Iye, diri ini tidak sendirian.
Terima kasih,sahabat, kerana mengingatkan dan menunjukkan jalan.

Adakalanya hati ini memang aneh.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...