Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, April 20, 2011

Jika Ia Sebuah Cinta

Jika ia sebuah cinta…..
Ia tidak mendengar….
namun sentiasa bergetar,

Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak buta….
namun sentiasa melihat dan merasa,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak menyeksa….
Namun sentiasa menguji,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak memaksa….
namun sentiasa berusaha,

Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak cantik….
Namun sentiasa menarik,

Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak datang dengan kata….
Namun sentiasa menghampiri dengan hati,
Jika ia sebuah cinta…..
Ia tidak terucap dengan kata…..
Namun sentiasa hadir dengan sinar mata,


Jika ia sebuah cinta…..
Ia tidak hanya berjanji….
Namun sentiasa cuba memenangi,

Jika ia sebuah cinta…..
Ia mungkin tidak suci….
Namun sentiasa harmoni,
Jika ia sebuah cinta…..
Ia tidak hadir kerana permintaan….
Namun hadir kerana ketentuan,

Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan….
Namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.
                             JIKA IA SEBUAH CINTA…PASTI IANYA SETULUS KASIH ADAM

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...