Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, April 20, 2011

Kunci Persahabatan


  • Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan tetapi jangan mengenepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda. Bersikap terbuka baik untuk anda.
  • Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  • Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  • Hargai pendapat satu sama lain.
  • Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
  • Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  • Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
  • Belajar daripada satu sama lain.
  • Jangan mengata di belakang kawan anda.
  • Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...