Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, April 20, 2011

Memancing Ikan





Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak, pernahkah kamu melihat org memancing ikan? Kalau tak juga, bolehkah kamu membayangkan seseorang sedang memancing?

Baiklah,katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing.Tiba-tiba mata kailnya disentap ikan oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing.Sekali-sekala dia menhenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan hingga ikan itu dpt dinaikkan ke atas.


Terkedik-kedik ia di hujung tali kail. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna kemenangan besar. Kamu turut ghairah melihat pemancing itu membebaskan ikan drpd mata kailnya. Tiba tiba setelah dia melepaskan mata kail drpd mulut ikan,dia mencampakkan kembali ikan itu ke air.

Eh,apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.
Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkah ia menyambung hidup dgn mulutnya yang terluka atau mungkin perutnya yang sudah robek? Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek,dia tentu tidak dpt mencari makanan,tidak mampu berenang.Dia mungkin disisihkan oleh kawan2 kerana sudah tidak aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi byk pengharapan kpd seseorang,setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu saja sebab dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dpt melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.

Oleh itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu sebab jika kamu hanya main main akan ada pihak yg menangis. Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

Kamu kena faham, cinta pertama kamu akan kekal bersama kamu sehingga kahir hayat. Ia ibarat gambar foto yang kamu ambil dan kamu simpan dalam album. Ia kekal disitu meskipun ada banyak lagi gambar yang kamu ambil dan letakkan di atasnya.

Cinta adalah fitrah manusia. Tuhan menjadikan cinta untuk memberi keseronokan kepada hamba-hambaNya dalam menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta drpd berbahagia kerana cinta? Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta sekarang ni, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran,kesucian,dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana Tuhan. Hanya cinta begini akan kekal,selainnya pasti menempuh jln berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, saya juga hendak nasihatkan kamu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dahulu. Jika kamu belum bersedia utk setia,jangan cuba cuba memberikan hati kepada org lain. Sebab perbuatan begini akan hanya menghabiskan masa dan membazirkan air mata. Saya juga ingin mengatakan, jika kamu memancing,teruslah ambil ikan itu dan bawa pulang. Kerana itu lebih baik drpd kamu memasukkanya kembali ke dalam air kerana perbuatan kamu itu memulakan satu derita.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...