Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, April 20, 2011

Migraine

                                             Sakit macam kepala nak pecah jer

SERANGAN sakit kepala yang melampau, sensitif terhadap cahaya dan kesakitan di sekitar mata merupakan simptom utama penyakit migrain.

Lazimnya, pakar perubatan memberikan beberapa jenis ubatan bagi mengurangkan serangan penyakit berkenaan yang mampu ‘melumpuhkan’ keupayaan penghidapnya untuk melakukan aktiviti harian.

Malah, ia termasuk pemberian ubat antisawan yang secara tradisi digunakan untuk mencegah migrain di sebalik kajian yang mendakwa oxcarbazepine tidak dapat memberi kesan terbaik.

Berikutan itu, banyak rawatan alternatif ditawarkan di pasaran termasuk kaedah perubatan Hindu kuno, Ayurveda.

“Tidak ramai yang menyedari bahawa penyebab utama migrain adalah kerana sistem penghadaman yang tidak betul dan sukar membuang air besar,” kata pengamal perubatan di Ayuverda Keralla, Dr. Jinesh KS.
Justeru, bagi rawatan migrain melalui kaedah Ayurveda, Jinesh menegaskan ia harus dimulakan dengan mencuci bahagian perut dahulu.
Logiknya, menurut pakar yang didatangkan khas dari India tersebut, perut merupakan bahagian yang bertoksin dan pemulaan kepada pelbagai jenis penyakit.

“Penyucian di bahagian perut dan kepala penting bagi melancarkan kembali aliran darah dan sistem saraf,” katanya ketika ditemui Jurnal di Brickfields, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Jinesh, tanpa penyucian di perut, ia akan menyekat ubat yang diambil secara oral bertindak sepenuhnya.

Titisan minyak berherba
Untuk merawat pesakit migrain, minyak khas yang dicampur beberapa jenis herba dimasak serta dititiskan di dalam rongga hidung dan terus ke perut pesakit.
“Antara tujuannya ialah menyahtoksin di kawasan muka dan sinus, menggalakkan peredaran darah dan melegakan kesakitan atau ketegangan urat di sekitar leher dan kepala,” katanya.
Jelas Jinesh, wajah pesakit terlebih dahulu diwapkan bagi mencuci segala kekotoran sebelum rawatan minyak dimulakan.
Katanya, beberapa jenis minyak seperti minyak thriphalachi dan minyak ksheerabulu digunakan bersama sejumlah herba lain termasuk halia.
Langkah seterusnya ialah menuangkan minyak pada ubun-ubun kepala bagi tujuan mengurangkan ketegangan dan meningkatkan stimulasi saraf dalam kepala.

Urutan lembut
“Untuk proses ini, minyak diletakkan di dalam periuk tanah khas lalu dialirkan secara ke kiri dan ke kanan. Kemudian, ia akan diikuti dengan urutan lembut bagi tujuan kelegaan,” ujar Jinesh.
Bagi kesan maksimum, pesakit haruslah mengulangi rawatan tersebut tiga hingga lima hari tetapi ia bergantung kepada tahap keseriusan migrain yang dihidapi.
Menurut Jinesh, teknik rawatan yang ringkas namun berkesan tersebut menggabungkan beberapa elemen iaitu urutan, membuang toksin, serta meningkatkan stimulasi saraf.
Jurutera di sebuah syarikat swasta, Anderson Wei, 28, ketika diwawancara baru-baru ini menjelaskan, dia mula menghidap migrain ketika masih menuntut di universiti.
“Sebelum itu (masuk universiti), (saya sudah) ada sakit kepala. Tapi, (ia) makin teruk semasa belajar mungkin kerana tekanan pembelajaran dan tidak cukup tidur,” ceritanya.
Tambahnya, penyakit migrain itu bertambah teruk semenjak dia mula bekerja beberapa tahun lalu sehingga tidak putus-putus mengambil ubat penahan sakit.
Sehinggalah disarankan oleh rakan sepejabat, Anderson mencuba rawatan Ayurveda awal bulan lalu.
“Kesannya memang cukup baik. Pada mulanya takut apabila diberitahu yang hidung saya akan dituang minyak, tetapi selepas melalui beberapa sesi, saya makin selesa,” katanya.

Kepala ringan
Malah, menurut Anderson, kepalanya juga makin ‘ringan’ dan dia juga kini makin berani berpanas. Bukan itu saja, sepanjang sebulan lalu, belum lagi dia diserang migrain.
Tambahnya, minyak yang digunakan juga tidak busuk seperti yang difikirkan.
“Sukar untuk gambarkan. Haruman herba yang digunakan membuatkan saya selesa dan tenang,” katanya yang mengakui akan terbatuk kecil apabila minyak khas berubat tersebut dititiskan ke dalam hidungnya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...