Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, April 20, 2011

Satu Harapan




 Setianya cinta bila hati dibaja,

Setianya sayang,bila hati tak bergoyang….Biarpun angin taufan yang datang…
Kata pujangga:

Seorang wanita tertawa bila ia mampu dan menangis bila dia inginkan sesuatu dan tidak memperolehinya. Apabila dia memiliki apa yang dia hasratkan, dia ingin pula memiliki segala galanya.
Yang nyatanya ramai wanita yang anggap alam perkahwinan ini pengakhirannya seperti dalam kisah kisah dongeng. Setelah berkahwin dengan orang yang dicintai, segalanya akan berakhir dengan bahagia. Pada saat akad nikah dilafazkan, seorang wanita menyimpan impian yang tinggi menggunung. Mendambakan seorang suami yang sentiasa membelai, menyayangi dan memanjakan dirinya. Ternyata impian dan kenyataan adalah dua perkara berbeza.

Semua pasangan yang berkahwin pasti ada masa suramnya. Bila tiba saat suram, yang penting harus sabar kerana manusia ini masing masing ada hati , perasaan dan kebiasaan yang dibawa dari zaman sebelum berkahwin. Yang penting jangan mudah meyerah kalah dalam mencari penyelesaian pada masalah yang dihadapi.

Bukankah perkahwinan itu satu lagi pelajaran dalam kehidupan yang hanya Allah saja mengetahui penamatnya?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...