Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, May 24, 2011

Buah tunjuk langit


ada 5 kelopak
Buah tunjuk langit atau nama glemernya Skyfruit atau nama saintifiknya  Swietenia Macrophylla dah lama di komersialkan. ada yang jadikan bahan campuran dalam kopi,diisi dalam kapsul.

Dikhabarkan, sekuntum@sebiji buah tunjuk langit tu berharga RM400!! mungkin jika didapatkan pada bukan musim dia.Pokok tunjuk langit ni berbuah setahun sekali je..dan setiap biji kecil tu dijual RM5.

Buah tunjuk langit ni dikatakan berkhasiat untuk penyakit diabetes dan darah tinggi dan boleh meneutralkan kembali kandungan gula dalam badan. bijinye agak pahit kalau diletakkan di lidah.  Mungkin kepahitan tu la yang jadi penawar kencing manis. kalau takde diabetes pun still boleh makan buah tu dan tak memudaratkan pun.

Sebelum dibuang, kulit luar amat keras dan mempunyai 5 belahan
Belahan yang sangat cantik

Tersusun rapi

 Cantik

Buah Tunjuk langit @ (Switenia Macrophylla) boleh diamalkan secara tradisional oleh lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur untuk mengekalkan kesihatan badan dan juga untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peredaran darah. Kesan pengambilan secara berterusan biji buah ini boleh memulihkan kesihatan tubuh badan secara semula jadi di samping melancarkan peredaran darah ke seluruh badan kita. Apabila kesemua sel menerima oksigen yang secukupnya dan kesemua bahan-bahan toksik luaran dinyahkan, tahap kecergasan akan kembali kepada sediakala dan lebih sihat.

Antara khasiat-khasiat yang terdapat didalam buah tunjuk langit ini sesuai untuk :-
  1. Anti-penuaan
  2. Kekejangan otot
  3. Alahan kulit / Psoriasis
  4. Kurang Bertenaga / Keletihan
  5. Asma / Alahan Pernafasan
  6. Masalah Tidur
  7. Barah / Ketumbuhan
  8. Penyakit Jantung
  9. Gout / Artritis / Gastrik
  10. Penyakit Hati
  11. Haid dan Keputihan
  12. Resdung / migrain
  13. Hubungan Kelamin Strok
  14. Kolestrol tinggi
  15. Sembelit / Buasir
  16. Kencing manis
  17. Tekanan darah tinggi
  18. Kegemukan Tekanan darah rendah
  19. Kesuburan
  20. Tulang Belakang

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...