Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Sunday, June 19, 2011

Jenguk adik Ikram @ Kolej Matrikulasi Selangor

Hari ini barulah ada masa lapang tuk jenguk adik Ikram kat Kolej Matrikulasi Selangor. Alhamdulillah dia sudah mula biasakan diri di tmpt baru.

Cuma kulihat ada kekusutan di wajahnya. Kesukaran & kepayahan utk mengikuti pembelajaran di kolej diluahkan padaku. Aku mendengar dgn teliti setiap apa yg ingin diperkatakan olehnya. Itu luahan seorg adik yg inginkan kata2 semangat dr seorg kakak.

Untuk Ikram....

Tabahkan hatimu menempuh setiap dugaan yg mendatang. Jgn sesekali terdetik di hatimu.."dirimu x mampu bersaing dgn mereka2 yg lebih hebat drmu".

Kakakmu ini pernah menempuh perkara yg sama ketika dulu. Begitu payah diri ini utk bersaing dgn rakan2 seperjuangan yg lain. Kakakmu ini terasa begitu kerdil di bumi KMP ketika dulu.

Saban minggu akak call mama hanya utk mendengar suara mama & kata2 semangat dr mama. Setiap hari wajah ini x pernah kering dgn airmata. Airmata itu tanda kecewa, takut & rasa tertekan dek bebanan.

Lama2 akak sedar apa pun berlaku akak kena tabah laluinya seorg diri. Akak juga mahukan dirimu begitu. x perlu rasa gundah gulana kerana kakakmu ini akan sentiasa mendoakan yg terbaik utk adik2 yg tersayang.

Semoga success dalam apa jua yang kau lakukan. Jangan lupa jaga solat & tingkah laku.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...