Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, June 2, 2011

Kekuatan itu bernama C.I.N.T.A

 
Bagaimana seseorang mampu untuk kerja berjam-jam seolah-olah tak mengenal erti penat lelah? Apa pula rahsia pekerja nelayan yang meninggalkan anak isteri bertarung dengan angin dan badai? Bagaimana dengan para petani, kuli, pekerja berat yang tahan membanting tulang ditengah terik panas atau dingin malam? 

Kekuatan apa yang mendorong mereka begitu kuat secara fizik dan secara mental?
 
Sedangkan di sudut sempit yang lain, banyak orang mengeluh kerana persoalan yang tidak besar dari hujung kuku. Kekuatan itu bernama cinta. Cinta yang melahirkan harapan dan pengabdian bagi kepada siapakah mereka mempersembahkan hasil kerja mereka; kepada keluarga nun jauh disana; kepada masyarakat yang banyak memerlukan karya mereka; kepada alam yang mengasuh mereka; kepada masa depan kehidupan yang sejahtera; atau kepada hati tempat cinta itu mengalir.
 
Bila anda mengeluh hanya kerana harus memanjangkan waktu kerja anda beberapa jam saja, maka kenanglah seorang pakcik yang menarik sampah kota ini. Beliau memiliki sesuatu yang kita cintai, yang kepadanya dia berikan kerja. Kepada beliau kita belajar pengabdian atas nama cinta. 

Ingatlah, selagi ada masa...hanya masa itu yang akan menentukan pengertianmu tentang erti cinta yang harus kita perjuangkan.

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...