Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, June 2, 2011

Sepi di taman ini.....


Engkau lihatlah, daun-daun di taman aku ini telah berguguran ini daun yang kekeringan.tiada haruman bunga kerana segala kuntuman bunga di taman aku telah kau larikan madunya kau hirup dan titis titiskan buat bersama skandalmu.


Buai-buaianku telah rosak tali buaian telah putus setelah puas kamu henyak kamu nodai..kamu datang secara bertamu. Yang pertama datang dengan kasihan meminta izin dengan muka kemanisan dan sedikit kegusaran. Taman aku ini hiburkan kamu berikan segala kenikmatan dalam taman,ada bunga ada madu ada wangian ada nada rasa juga ada timbang rasa.

Dan...ketika kamu melangkah keluar kamu ketawa kecil-kecil dan menyatakan `urmm..puas` kamu keluar dengan segala nada rasa. Dan taman ini juga untuk sementara pada kamu.



Yang kedua melewati dan mengulit mimpi kamu di bangku kerusi tamanku ini katamu tak mungkin sementara kerana di taman ini segalanya ada,ada kegirangan dan ada warna warni nada mesra.kamu lena sungguh sehingga seketika kamu diherdik oleh sang raksaksa kamu dan kamu salahkan taman aku kamu tinggalkan segala bunga madu buaian dan daun daunan kering ini kamu ludahi.



Dan...kalian lihatlah taman ini tiada bermaya dan berona roni lagi hanya terbiar sepi kalian tinggalkan bersama kegembiraan kalian kamu bawa pergi mengambil kegembiraan dan kegirangan di taman sementara ini.dan taman ini hanya tinggal dedaunan kering bersama tali buaian yang putus tiada lagi tetamu yang bertandang di taman sementara taman ini hanya sementara pada kamu taman tanpa teman untuk berkasihan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...