Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, September 8, 2011

4 minit menggerunkan

SERBU...penjenayah memasuki restoran 
di Seksyen 15, Shah Alam.
SERBU...penjenayah memasuki restoran di Seksyen 15, Shah Alam.

SHAH ALAM: Beberapa pelanggan sebuah restoran mamak di Seksyen 15, di sini, termasuk kanak-kanak yang sedang menjamu selera lari lintang-pukang menyelamatkan diri apabila premis itu dimasuki perompak bersenjatakan parang dan pisau.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan selama empat minit dan 11 saat pada kira-kira jam 4 pagi, 28 Ogos lalu, lima lelaki lengkap bertopi keledar serta ada yang memegang pisau dan parang meluru ke arah pelanggan.

Suspek turut mengacukan senjata tajam ke arah pelanggan sebelum merampas komputer riba milik pelanggan yang tergamam dengan kejadian, malah ada juga suspek cuba merampas beg tangan seorang wanita.

Jelas kelihatan menerusi rakaman CCTV pelbagai sudut, pelanggan sedang menjamu selera dan berbual dianggarkan 10 orang termasuk kanak-kanak yang panik berlari keluar dari restoran berkenaan.

Malah, ada juga pelanggan lelaki yang bertindak spontan melarikan diri dengan melompat besi penghadang restoran untuk menyelamatkan diri.

Oleh Amir Abd Hamid dan Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

~ Pernah melalui detik cemas seperti ini semasa bertugas sebagai store associate di 7 Eleven Taman Permata, Hulu Klang. Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, kami telah didatangi 4 orang lelaki berbangsa melayu bertopi keledar dan bersenjatakan parang. Alhamdulillah mujur tiada kemalangan jiwa, rakan sekerja saya telah kehilangan wang serta barangan peribadi yg lain... ~

4 comments:

  1. lebih mengejutkan rompakan tersebut dibuat masa bulan Ramadan. memang binatang mereka semua tu...mendapatkan duit jalan yang mudah...

    ReplyDelete
  2. Kancil 8349 ~ betul tu. x paham betul la naper makin menjadi2 kes samun menyamun nie

    ReplyDelete
  3. makin takut da lepak kedai mamak malam2 ni..

    ReplyDelete
  4. Ezad Skytech ~ bkn setakat takut lepak kt kedai mamak, lepak depan umah pun leh jadi mcm tu jgk.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...