Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, September 9, 2011

Buang bapa, kebas wang

MALANG...Wahid (tengah)  ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.
MALANG...Wahid (tengah) ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.
 
LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.

Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.
Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.

Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.


~ Sedih sampai menusuk ke relung hati bila terbaca berita2 dan mengetahui ada anak2 yg sanggup membuang ibubapa sendiri demi kepentingan peribadi. Seandainya kita membenci mereka krn mereka tidak mendidik kita dengan sempurna namun begitu kita sebagai anak tidak layak berbuat demikian. Sejahat2 mana mereka, mereka tetap ibubapa kita. Sebagai seorg anak adalah tanggungjawab kita utk menjaga kebajikan mereka sehingga nafas mereka yang terakhir. Kesilapan yg mereka buat itu adalah urusan mereka dengan Allah swt dan kita tidak perlu menghukum mereka sedemikian rupa ~

4 comments:

  1. ya Allah..sedihnya...diperlakukan camtu..sian sangat tengok keperitan ayahnya yang ingin menyambut raya bersama anak2..ditipu lagi...semoga Allah memberi Hidayah buat anak2nya...sedih..semoga aku dijauhkan sifat derhaka..

    ReplyDelete
  2. Astaghfirullahal'azimm.... moga anak itu segera bertaubat sebelum izrael menjemputnya. Hidup ini umpama roda akan tiba masa kita berada di bawah juga...

    ReplyDelete
  3. http://macamkukata.blogspot.com/2011/09/hati-tersentuh-hiba-bila-baca-entry.html

    ReplyDelete
  4. macam ku kata ~ tu la anak2 zaman skang nie mudah sgt lupa dan x mengenang jasa

    kakzakie ~ mereka nie x pk mana tau esok2 nnt anak2 diaowg wat cenggitu pd diaowg semula..bru tau masa tu langit tu tinggi ke rendah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...