Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, September 29, 2011

Cinta Korea Maaduu.com

Tonton drama Korea percuma tanpa batas -http://www.maaduu.com/



Sebuah laman web yang menayangkan bahan hiburan dari Korea Selatan. Pada kelajuan yang sangat pantas, seleksi drama terkini tersebut dapat ditonton tanpa tersekat-sekat. Maaduu.com menjadi laman web kegemaran peminat drama korea. Layout maaduu.com sungguh mesra pelayar Internet.

Paling penting, ia menyediakan sarikata dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Keistimewaan yang terdapat pada laman web kendalian Play TV Asia Sdn. Bhd. itu adalah kepantasan drama iaitu disiarkan dalam tempoh 48 jam selepas tayangannya di televisyen Korea Selatan.

Jadi, maaduu.com adalah saluran yang pertama di Asia yang menyiarkan drama-drama terkini dari stesen televisyen Korea, Korea Broadcasting System (KBS) dan Munhwa Broadcasting Corporation (MBC).

Pihak maaduu.com memproses fail drama melalui proses pemampatan fail, menyediakan sarikata sehinggalah ia dapat disiarkan di laman web itu.

Teknologi yang mereka gunakan membolehkan sesebuah drama itu ditonton dengan cepat tanpa tempoh buffer seperti laman YouTube atau laman-laman video lain

Teknologi yang digelar Pure Streaming yang digunakan pengendali laman web tersebut membolehkan sesebuah video boleh ditonton dengan saiz paling kecil iaitu 300 kilobait per saat.

Kualiti gambar pula sama seperti penonton sedang menonton drama daripada cakera padat digital (DVD) dan ia juga boleh ditonton di televisyen jika mempunyai sambungan Antaramuka Multimedia Definisi Tinggi (HDMI

Untuk menjadikan laman web maaduu.com lebih interaktif dan membolehkan pengunjung bersosial dengan penonton lain, ia dipautkan dengan laman sosial Facebook.

Penonton yang mempunyai akaun Facebok dan telah mengklik pada fanpage kami, mereka dapat berbual melalui ruangan komen sambil menonton

Bagi pengunjung baharu laman web maaduu.com, anda hanya perlu mendaftar sebagai pengunjung secara percuma dan boleh terus menonton drama pilihan.Bagaimanapun, sebelum pengunjung dapat menonton pelakon Korea kesukaan masing-masing, sebuah video komersial perlu ditonton tanpa boleh dipercepatkan.

Terang Pengurus bersama maaduu.com, Syed Yazrine Shahab, 44, ia mempunyai tujuan yang sama dengan medium media lain iaitu memberi pendapatan kepada pengendali laman web.

Setiap drama yang disiarkan tidak ada sebarang potongan atau kerja-kerja suntingan. Penonton juga dapat menonton terus-menerus sehingga episod tamat.

laman web tidak tertakluk dengan undang-undang penapisan Filem Negara atau Finas tetapi atas dasar tanggungjawab, pihaknya akan memastikan setiap drama yang ditayangkan mendapat kelulusan pihak penapisan Korea untuk tontonan keluarga.

Kepada semua penonton drama Korea, drama-drama yang disiarkan dalam laman web tersebut adalah percuma dan sah di sisi undang-undang. Penayangannya di Malaysia mendapat pengesahan pihak penyiaran Korea Selatan.

p/s: Dah lama rupanyer laman web nie wujud, saya jer yg x tahu...sedih betul

5 comments:

  1. penah dgr gk tp x penah try tgk situ..biasa tgk dkt dramacrazy je.heeee

    ReplyDelete
  2. Musang ~ ruginyer...citer korea best2...

    アヌム ちゃん ~ lini pun bru tau de website yg leh tgk citer korea...hahha...ketinggalan sungguh

    ReplyDelete
  3. da lama dah lyn maduu ni..hehhee.. mysoju pun best..

    ReplyDelete
  4. kotak bulat ~ tula pasal...minat sgt tgk citer korea tp xde masa free la...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...