Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, September 27, 2011

If you fail to plan, you can plan to fail


Ungkapan ini adalah suatu ungkapan yang sudah sering kali kita dengar. Ungkapan ini sangat pendek namun begitu mempunyai maksud yang sangat mendalam. 

Semua orang berhak merancang untuk menentukan kehidupan mereka akan datang, kerana tanpa perancangan yang bijaksana pasti kita akan termasuk dalam kalangan orang2 yang gagal.

Perancangan amat penting. Dengan adanya perancangan, pelaksanaan untuk berjaya dilakukan. Namun, adakah setiap pelaksanaan itu terus membuahkan hasil?

Mungkin ia dan mugjin juga tidak Oleh itu kita perlu terus merancang, dan mengubah perancangan itu mengikut keadaan.

Apa yang penting adalah matlamat yang diimpikan akan berjaya, kerana perancangan dalam kehidupan ini terus bertumpu kepada suatu perkara iaitu KEJAYAAN. Bagaimana jika kehidupan ini tiada perancangan? Jika kita tiada perancangan, maka sebenarnya kita telah 'merancang' untuk gagal dalam kehidupan...

Tetapi kita perlu juga kembali kepada fitrah kehidupan kita, perancang yang maha hebat adalah Allah swt. Kita hanya merancang tetapi Allah swt yang menentukan. Oleh itu, pastikan diri kita dekat dangan Allah swt. Semoga apa yang kita rancangkan akan membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Seandainya apa yang kita rancangkan tidak berbuahkan hasil, jangan sesekali berputus asa kerana Allah swt telah merancangkan sesuatu yang lebih hebat dari perancangan kita.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...