Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, September 8, 2011

N.E.I.G.H.B.O.U.R


Kamu kenal tak siapa yang duduk disebelah rumah kamu tu?

Kamu tahu tak jiran kamu tu kerja apa?

Dari mana asal mereka?

Siapa anak-anak mereka?

Kalau pertanyaan tu di tanya pada saya pasti saya geleng kepala sebab, nnt klu cakap sebab itu sebab ini org akan kata "nak wat alasan la tu". Sedangkan hakikatnya begini, saya nie kuar umah dah la subuh2 buta balik plak dah dekat Maghrib, macam mana nak kenal jiran tetangga?

Ari minggu pulak sibuk dengan urusan suri rumahtangga. Nak kemas itu kemas ini, nak basuh itu basuh ini. Mana la ada masa la nak beramah mesra dengan jiran tetangga.

Bercerita tentang jiran nie.....

Ptg semlm lebih kurang dalam pukul 7.10 ptg (saya baru jer nak buka pagar rumah) tetiba terdengar suara org perempuan bagi salam. Ooouuwwhhhh...jiran sebelah rupanyer, jawab salam dulu sebab jawab salam itu wajib :-)

Jiran saya: Dik, sila la datang ke rumah malam nie yea, de wat makan2 skit. Ajak cik abang sekali.

Saya: Gurrllppp......(telan air liur)

Jiran saya: Datang yea dik. Baru balik dr kerja ker?

Saya:Yea kak, saya keje kt KL

Jiran saya: Jauhnyer...xpe rehat dulu tp datang makan tau

Saya: Ye kak

Sepanjang 6 bulan duk kat Taman Meru Indah, Klang itulah hari yang paling bahagia bila jiran jemput ke "open house" sempena hari raya nie. Masa nie la nak kenal jiran tu. Sejak pindah ke situ x pernah tegur pun jiran sebelah. Bukan sombong tau. Tak suka tak suka bila de org cakap saya sombong.

Macam2 de dlm otak nie, mcm mana nnt? Nak cerita apa? Diaowg tu ok ker tak?

Bila dah mula bersembang tu, tak sedar dh dekat sejam kt umah jiran tu, aduyai.....lama bebenor. Macam2 topik yg kitaorg borak.

Apa pun terima kasih kepada Kak Lela, En Shidi dan anak2 sebab menjemput saya dan husband ke rumah malam tadi.

Sekarang baru saya tahu jiran saya tu namanya Kak Lela kerja sebagai Sr pakar bedah di sebuah hospital swasta di Shah Alam, husband dia plak kerja bahagian contruction, dia de 4 org anak. Yang sulung tu lelaki namanya Edi baru hbs blaja, handsome orangnya. Yang no 2 plak namanya Ina, akan smbg study di UITM Shah Alam, No.3 kat UITM kat Kedah dan yang bongsu de kat MRSM Kuantan.

Skang nak kenal jiran sebelah rumah satu lagi, berbangsa India. selalu tegur2 gitu2 jer. X tahu nama diaowg jer. Anak2 aunty tu selalu panggil saya " akak, akak baru balik kerja ka", klu x pun anak2 aunty tu suka lambai2 tangan.....hehehhe

~Saya dah kenal jiran saya. Anda bagaimana? ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...