Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, September 7, 2011

Trauma makan mi segera bersawang, berulat

Mi segera yang bersawang dan berulat yang dibeli oleh Syed Mazlan Syed Zubir di sebuah pasar raya di Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 6 Sept. - Seorang kakitangan kerajaan terkejut selepas salah satu bungkusan mi segera berjenama terkemuka yang dibelinya di sebuah pasar raya di sini didakwa bersawang dan berulat.

Syed Mazlan Syed Zubir, 42, berkata, kejadian berkenaan disedari oleh isterinya ketika hendak menyediakan hidangan itu kepada anak perempuannya yang berusia enam tahun baru-baru ini.

"Setelah memeriksa dengan teliti, saya dapati ada benda asing menyerupai sawang labah-labah dan ulat berada di permukaan mi segera itu," katanya ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan tarikh luput yang tertera pada pembungkus mi segera itu adalah pada 11 September ini.

"Agak trauma juga saya selepas ini untuk menikmati mi segera tersebut kerana bimbang mengandungi ulat," dakwanya.

Syed Mazlan berkata, syarikat pengeluar mi segera tersebut perlu menjalankan pemeriksaan secara lebih teliti dan kerap ke atas produk makanan mereka yang dijual bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

P/S : Sila lihat dahulu tarikh luput di bungkusan produk seblm membelinya. Pastikan anda tidak membeli produk yg tarikh luputnya telah hampir. Masa kerja kt & Eleven dulu sebulan sebelum tarikh luput sebarang produk, produk2 tersebut akan dikeluarkan dan vendor akan menggantikan dgn produk baru.

3 comments:

  1. oh no! haru biru hijau berkulat berulat! uwekkkk! :(

    ReplyDelete
  2. Azam ~ wajib check

    Acik ~ klu jd kat lini, rasanyer x mkn dh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...