Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Yang Sedang Sedang Saja

Tuesday, October 18, 2011

5 syarat untuk buat maksiat



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.  
Lelaki : “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Ibrahim bin Adham : “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki : “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham : “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Lelaki :  “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
Ibrahim bin Adham :“Ya!”.“Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?” “Syarat yang kedua,  “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim bin Adham : “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
Lelaki : “Ya! Anda benar……..” Apakah syarat yang ketiga?.
Ibrahim bin Adham : “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata..
Lelaki :  “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
Ibrahim bin Adham : “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?”
Lelaki : Apakah  syarat yang keempat?
Ibrahim bin Adham : “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,
Lelaki :  “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
Ibrahim bin Adham : “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
Lelaki : “Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim bin Adham : “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Lalu berkata…
Lelaki :  “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
Lelaki : “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.

6 comments:

  1. entri yang bagus...memang betul...semoga tersedar akan kesilapan kita

    ReplyDelete
  2. uiks.. entry yang bagus liniey.. mungkin boleh membuat orang lain insaf..

    ReplyDelete
  3. bacaan yg bgs utk menambah pengetahuan di dada....

    ReplyDelete
  4. peringatan yg menginsafkan ca jugak..kita kdg2 leka,alpa yg kita ada skang semua pinjaman dari ALLAH...tapi kita mengabaikan nikmat yg sepatutnya disyukuri atas nama DIA...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...