Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, October 5, 2011

Aib nikah tak jadi

 
PUTRAJAYA: Majlis akad nikah seorang wanita berusia 24 tahun yang sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di sini kelmarin, tidak kesampaian apabila bakal pengantin lelaki ‘ghaib’ dipercayai hanya tidak mempunyai baju Melayu putih.
 
Keadaan itu menyebabkan keluarga pengantin perempuan menanggung malu kepada imam, saksi serta sanak-saudara apabila majlis berkenaan terpaksa dibatalkan.

Menurut pengantin perempuan yang mahu dikenali sebagai Julia, dia sepatutnya dinikahkan dengan teman lelakinya yang sama usia selepas solat Isyak hari berkenaan berikutan kedua-dua keluarga sudah bersepakat melangsungkan majlis berkenaan.

Katanya, persiapan majlis akad nikah itu dibuat sejak akhir Ogos lalu.

Julia berkata, hasil perbincangan, keluarga teman lelakinya bersetuju mereka dinikahkan, malah meminta dia dan teman lelaki menghadiri kursus perkahwinan minggu lalu.


Berita di atas nie telah saya baca di http://www.hmetro.com.my. Sungguh tak munasabah hanya kerana tidak ada baju melayu bewarna putih bakap pengantin lelaki tidak hadir semasa upacara ijab dan qabul. Sungguh cetek ilmu bakal pengantin tersebut.

Tertanya2 jgk lah di dalam hati ini:~

1. Wajib ker nikah pakai baju melayu warna putih ?

~ Masa saya & husband nikah dulu pun kami pakai baju warna pink belacan gitu....alhamdulillah hanya sekali lafaz kami telah selamat dinikahkan....

2. Persiapan menjelang hari pernikahan : Takkan lah esok nak nikah ari nie baru nak wat persiapan kut.

~ Klu betul2 nak nikah, persiapn tu dah buat berbulan2 maybe de yg makan tahun nak wat persiapan

3. Kursus kahwin: Nie satu hal yg amat penting perlu dan wajib bagi semua pasangan yg beragama Islam yg nak kahwin

~ Selalunya wat 3-4 bulan before kawen sbb sijil nie mesti kena submit untuk proses mendaftar penikahan di Jabatan agama Atau Pejabat Islam Daerah

Untuk rujukan mengenai perkahwinan sila klik sini http://www.perkahwinan.com.my/

p/s ~ Sesungguhnyer hal2 yg berkaitan nikah kahwin itu bukanlah suatu perkara yang mudah.

13 comments:

  1. alasan tak munasabah langsung...pakai kaler ape pun okey

    ReplyDelete
  2. SAMAN jer...kasi malu
    mana nk letak muka lepas ni
    x guna punya kasi...dah alasan x munasabah langsung

    ReplyDelete
  3. alasan...

    entah2 gugup ngan tok kadi

    takut kena soal macam2

    ReplyDelete
  4. pasti ada sebab lain ni...baju tu hanya alasan je...

    ReplyDelete
  5. MamaEma ~ alasan mmg x munasabah

    macam ku kata ~ ok xpe...

    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ ~ klu saman2 karang jd citer lain lak...

    NM02 ~ nak kawen mesti dh prepare awal2 kan

    puteri rimba ~ lini pun pk mcm tu maybe dia dh xde hati nak kawen kut at least bgtau la awal2 kan, xde la pihak yg malu

    ReplyDelete
  6. tak munasabahnyer alasan..
    alahai..

    betol kate akak..tak kan esok nak nikah.harini baru kabut2 nak car baju putih ye dok

    macam2 skang ni..
    kawin nikah ni bukan sesuatu yg mudah

    ReplyDelete
  7. alasan macam tak munasabah je..sebab takde baju melayu putih...ishhh3~

    ReplyDelete
  8. Ezad Skytech ~ tu jer kut alasan yg muncul time dia x nak nikah tu

    ReplyDelete
  9. fieha ~ a'ah la, kdg2 yg x masuk akal pun ada...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...