Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, October 13, 2011

Baik sangka atau buruk sangka ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia......

Dalam kehidupan harian kita, sebagai manusia kita tidak pernah terlepas daripada berprasangka sama ada baik atau pun buruk. Sememang kita dituntut untuk sentiasa berprasangka baik tetapi bagaimana pula dengan prasangka buruk?

Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadisnya menyatakan : “Ketahuilah bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati”. Riwayat Al-Bukhari Muslim


Orang yang sering beribadah ~ disangkanya riak/takbur
Orang yang senang lenang ~ di sangkanya malas / x mahu berusaha
Orang yang banyak makan ~ disangkanya hidup untuk makan sahaja
Orang yang makan sikit ~ disangkanya kedekut haji bakhil
Orang yang senyum ~ disangka berpura-pura baik
Orang yang masam ~ disangka panas baran , merajuk, orang jahat
Orang yang diam ~ disangka sombong
Orang yang menawan ~ berlakon utk meraih perhatian


Kita tidak tahu :

Yang diam itu ~ hatinya sentiasa berzikir kpd Allah swt
Yang senyum itu ~ bukankah senyum itu satu sedekah..pahala ganjarannya
Yang menawan itu ~ bersih hati budi perkertinya
Yang masam itu ~ mengenang dosa-dosa lalu, apakah sudah terampun?
YAng senang lenang ~ telah berusaha dan peroleh kejayaan

Oleh itu :

Jauhilah dari berprasangka kerana prasangka2 ini akan menggelapkan hati dan minda. Betulkan penglihatan kita dan berbaik sangkalah sesama kita krn ia akan mengukuhkan ukhwah sesama kita.

Berburuk sangka ini akan melahirkan hati2 yang zalim, dendam, bongkak, riak dan ianya membawa kepada penyakit hati yang lain iaitu resah, gelisah, sentiasa mencari keaiban dan kelemahan orang lain dan sentiasa lupa untuk mengingati Allah swt krn mereka sibuk mencari kesilapan dan ruang utk menjatuhkan org lain.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...