Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, October 17, 2011

Cemburu ~ Penyakit Hati yang Kritikal



Cemburu.....?

Emosi yang biasanya tercetus akibat rasa kurang senang, kurang selamat yang biasanya menjurus ke arah negatif disebabkan perasaan takut akan kehilangan sesuatu. Dalam konteks hubungan sesama manusia, ia lebih kepada hubungan manusia dengan manusia. Kebiasaannya juga, cemburu adalah cetusan daripada gabungan beberapa emosi seperti marah, kecewa, sakit hati dan juga malu.

Tidak kira dalam hubungan cinta, kekeluargaan, sesama rakan, saudara atau sesiapa sahaja. Kita tidak dapat lari dari sifat cemburu itu kerana ia adalah sebahagian daripada sifat dalam manusia itu sendiri. Cemburu memang wujud, sama ada sedikit, sederhana, ataupun banyak

Cemburu pada kebiasanya boleh melancarkan sesuatu hubungan. Sebagai contoh, jika ada pasangan bercinta, sedikit rasa cemburu mungkin akan mewarnai hubungan tersebut. Cemburu mungkin dalam erti kata sengaja mahu bermanja ataupun jika masih sedang belajar, berlumba-lumba sesama sendiri untuk mencipta kejayaan bersama. Cemburu pada tahap ini biasanya akan saling menggalakkan pasangan dan tidak membawa kepada sesuatu yang memudaratkan.

Cemburu dalam  nisbah yang sederhana selalunya mengakibatkan berlakunya pertengkaran. Pantang silap sikit sahaja pasti ada yang tersentap, terguris rasa, ada sahaja yang mahu diperdebatkan. Walaupun ternyata ianya hanyalah  salah faham. Aneh dengan hati sendiri dan keliru dengan keputusan yang mahu dicari 

Cemburu buta. Ini adalah penyakit jiwa. Ia terbit dari nafsu amarah. Bila amarah menerpa segala kebaikan terlindung oleh segala keburukan. Hubungan ibarat retak menanti belah. Tiada kawalan emosi akan mengakibatkan kekesalan yang berpanjangan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...