Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, October 7, 2011

Dia Untukku



Malam tadi saya berkesempatan untuk menonton rancangan Semanis Kurma TV9. Spertimana yg sedia maklum rancangan ini dijayakan oleh pasangan penceramah yang popular  iaitu Yg Bhg Dato' Ustazah Siti NorBahyah Mahmood dan suami Yg Bhg Ustaz Wan Akashah dengan kupasan tajuk Dia Untukku.  Tetamu jemputan ialah Ustaz Muhammad Asyraf (Imam Muda) dan isterinya Ustazah Norhusna.

Tajuk perbincangan yg sgt menarik pada pandangan saya kerana ia melibatkan cinta pasangan muda mudi, pasangan yg telah berumahtangga. Seronok sgt dpt mendengar ilmu2 dr Ustazah dan juga Ustaz. Byk tips2 yg mereka beri untuk kebahagiaan dunia akhirat.

Tak mau citer panjang2, ini adalah kesimpulan yg dapat telah diberikan oleh Ustaz & Ustazah


Tips2 untuk mendapatkan keredhaan Allah swt dlm sesebuah perkahwinan :~

1. Perkahwinan  itu mestilah berlandaskan Al-Quran & Sunnah, wajib jadikan agama itu tiang kehidupan kita

2. Perkahwinan mestilah mendapat restu daripada ibu bapa kita. Jangan sesekali kawen lari yer tuan2 dan puan2 sekiranyer cinta terhalang. Byk keburukkannyer kawen lari nie.

3. Jangan terlalu memilih pasangan kononnyer inginkan pasangan hidup yang sempurna. Tak ada manusia yg sempurna.

4. Tak perlu cari hartawan sbb harta/wang ringgit akan habis juga. Tak perlu cari yang kacak/cantik krn  muka yg kacak/cantik tu akan dimamah usia juga. Bukannyer kita nie muda sentiasa

5. Seelok2nyer lah, pilih la pasangan yg beriman.

6. Nak yg terbaik kita perlu ubah diri kita utk jadi yg terbaik, barulah secocok

7. Untuk kaum wanita, sekiranya anda mendambakan lelaki yg soleh utk dijadikan suami, mulai hari ini berusahalah untuk menjadi wanita solehah

8. Doa. Doa ini sgt penting. Sentiasa berdoa kpd Allah swt memohon kpdNya supaya kurniakan suami yg soleh utk diri kita. Jgn lupa utk lakukan solat istikharah dan solah hajat. Bermunajat kepada Allah swt, supaya kita mendapat petunjuk jodoh yang kita cari selama ini

9. Elakkan maksiat. Ini khasnyer kpd pasangan yg sedang bercinta. Jaga batas2 pergaulan. Sibukkan diri dgn hobi2 yg memberi manfaat utk mengelakkan selalu berjumpa.

10. Seandainya anda diduga, gagal/tewas dalam bercinta...jgn la frust menongeng x tentu hala, Allah swt tahu apa yg terbaik utk kita. Kepada mereka yg telah tewas untuk mempertahankan sesebuah perkahwinan itu jgn sesekali menyesal dan berputus asa untuk menerima cinta lagi kerana perkahwinan itu satu ibadat yang menyediakan pahala berlipat ganda.


Amalkan doa2 di bawah ini untuk mendapatkan jodoh yang baik2

Surah Anbiya' - "Ayat 89"

Surah Al Mukminun - "Ayat 29"

Surah Toha - "Ayat 131 & 132"

p/s :~ Sentiasa memohon kepada Allah swt supaya diri ini menjadi isteri yg solehah buat suamiku yg tercinta. Semoga Allah swt memelihara hubungan kami suamiisteri.....amin

2 comments:

  1. thnks atas info...suka yg surah2 yg elok unt jodoh yg baik...
    nice post~~~

    ReplyDelete
  2. thanks...xsempt tgk semanis kurma semlm..da tertido..huhu...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...