Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, October 14, 2011

Hilang sebab Facebook


MOHD. SABRI bersama isterinya, Nur Hafizah Nordin (dua dari kiri) menunjukkan gambar Nurul Nur Syawaltie yang hilang dari rumah di Kangar semalam.


Kejadian ini berlaku di sebuah negeri di utara tanah air kita iaitu di Kangar Perlis.

Seorang bapa runsing apabila anak perempuannya lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak tiga hari lalu.

Kehilangan Nurul Nur Syawaltie, 14 tahun  disedari bapanya Mohd. Sabri Samat, 35 , apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan di Sekolah Menengah Putra di sini Rabu lalu.

Bapa Nurul kemudian menghubungi pihak sekolah, namun terkejut apabila dimaklumkan anak sulung daripada lima beradik itu rupa-rupanya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan dan mengesyaki kehilangan Nurul Nur Syawaltie ada kaitan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang dikenali oleh anak gadisnya itu melalui Facebook.

Beberapa orang rakan sekolah Nurul Nur Syawaltie juga memberitahunya bahawa anaknya itu ada meluahkan rasa tidak gembira tinggal di Kangar melalui Facebook ini berikutan sebelum ini mereka pernah tinggal di Pulau Pinang dan baru setahun berpindah ke Kangar.

Bapa Nurul  percaya anaknya itu menghilangkan diri bersama seorang lagi rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Amira.

Sekiranya orang ramai yang berjumpa atau mempunyai maklumat mengenai Nurul Nur Syawaltie diminta menghubunginya di talian 016-4871042 atau balai polis berhampiran.

7 comments:

  1. Anak... kamu tidak mengerti lagi erti kehidupan. Sanggup tinggalkan ayah-ibu dek kerana lelaki yg kamu tidak tahu.

    Moga anak ini akan kembali

    ReplyDelete
  2. tu la bahana nya fb klo x digunakan secara pantauan bg budak2 remaja nih..

    fb tu ada byk kebaikan klo kita tahu cara penggunaannya..tp menjd lbh terok jika disalahgunakan n terlalu mudah percaya...

    semoga budak itu dlm keadaan selamat..n kembali ke keluarga..amin

    ReplyDelete
  3. Kakzakie ~ byk betul kes remaja hilang...x pernah diaorg nie jadikan ikhtibar dgn kejadian2 yg lps

    Yumida ~ bila teknology disalah gunakan beginilah jadinya..

    ReplyDelete
  4. semuanya kerana cinta monyet la ni..
    kenapa lah gadis2 sekarang senang jatuh cinta.. xpaham..

    ReplyDelete
  5. haishh..budak2 zman skg..bahaya sngguh!!

    ReplyDelete
  6. Nafisah Ruslan ~ mudah sgt jatuh cinta tu la akibatnyer

    SoLy SoLicious ~ bdk2 zaman sakng nie x penah nk guna akal bila wat sst semua ikut kata hati...

    ReplyDelete
  7. kembali lah....kembali lah...jgn terlalu mengikutkan kata hati....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...