Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, October 12, 2011

Jauh Dari Cinta

Kepada peminat2 novel, boleh dapatkan novel ini di pasaran dengan segera....


Klik 'Display images below' di bahagian atas. Jika Cover Novel Tidak Kelihatan, Terima kasih










































Novel ini telah menduduki No 1 Carta Bestseller di POPULAR. Tahniah kepada penulis

NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

Novel yang berbeza dari novel-novel penerbitan karyaseni sebelum ini. Karya kisah sedih yang akan mengusik perasaan pembaca.

14 comments:

  1. dah lama xbaca novel.. last novel ombak rindu. dah nak jadi filem dah pun buku tu.. haha

    ReplyDelete
  2. best ke novel ni?sy pon dh lme x bace novel..sy suke novel karaya hlovate :)

    ReplyDelete
  3. kalau bestseller tu mesti best kan.. suka jugak baca novel tp since dah jadi mummy nih.. dah lama minat tu ditinggalkan..
    --
    Jom view sini Rahsia kecantikan semulajadi anda bermula disini

    ReplyDelete
  4. dah lama gak tak baca novel ni. last baca pun, "the lost symbol" nukilan Dan Brown.

    MOHD NASER.com

    ReplyDelete
  5. Nafisah Ruslan ~ lini pun dah lama x baca novel..

    fieha ~ lini x beli lg tp adik lini dah baca

    KhaiZa ~ sejak hbs blaja dulu dh tggalkan dunia novel...

    wanie wonek ~ semenanjung RM21, sabah sarawak RM24

    sis92 ~ :-)...membaca amalan yg mulia

    Miss Nadya ~ jgn lupa beli & baca yek.....

    ReplyDelete
  6. lamanya tak baca novel...banyak beli buku motivasi n majalah je...macam nak cari jeee...

    ReplyDelete
  7. sinopsis tu..make me x sabar2 nk beli novel tu..lama dh x layan novel yg jiwang2..

    ReplyDelete
  8. puteri rimba ~ dh kawen tabiat membaca dh berkurang...jd mcm xde masa jer..blik keje dh penat..weekend sibuk ngan keje umah..x reti nak urus masa la...

    Yumida ~ jiwang x pe..jgn jiwang karat sudah...

    ReplyDelete
  9. macam best je...kena cari buku nie...hehe

    ReplyDelete
  10. + jiwang karat jgk..hakhak..jiwang karat sengsorg...

    ReplyDelete
  11. alahai. x suka bace novell. suka je tgk orang bace novel. nk juugak. tp bila bace novel. mesti xkn habis. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...