Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, October 18, 2011

WOWLOAD - Sah untuk dilayari



Wowloud merupakan sebuah laman web yang berlandaskan cloud music yang bakal mengujakan pengalaman anda sebagai pengguna internet.  Laman web ini bakal dilancarkan dalam beberapa minggu lagi, pengguna internet hanya boleh menikmati perkhidmatan mereka melalui jemputan eksklusif, atau melalui beberapa web penaja yang terpilih sahaja.

Cetusan idea Wowloud ini adalah dari MNC Playlab yang telah meneliti perlakuan normal pengguna internet iaitu download, sideloading dan menyimpan muzik digital dalam pelbagai peranti. Perlakuan normal mereka ialah dengan mengimplementasikan konsep cloud computing. Wowloud membolehkan orang ramai mendapat jutaan lagu kegemaran mereka secara percuma, cepat dan sah

Kelebihan Wowloud ialah pengguna boleh mendapatkan pelbagai lagu daripada pelbagai genre, termasuklah lagu terbaru sehingga lagu lama. Dan yang paling menarik, kesemua music boleh diakses tanpa perlu mendownload lagi.

Pengguna internet boleh mendapatkan akses kepada lebih 100 000 CD. Dengan trak lagu yang banyak, anda akan mendengar lagu 24 jam sehari selama 8 tahun tanpa perlu mengulang semula. Selain itu, fungsi penting seperti playlist, star tracks, shuffle, offline play dan carian lagu menjadi subjek utama di Wowloud.

Untuk mencipta senarai lagu, anda hanya perlu drag and drop lagu kesukaan ke senarai berkenaan. Wowloudjuga berinteraksi dengan laman social seperti Facebook dan Twitter. Anda boleh berkongsi lagu yang didengar kepada rakan-rakan.

Pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan servis percuma Wowloud dengan mendapatkan jemputan eksklusif, atau menerusi jemputan kawan yang sudah mendaftar. Jumlah jemputan yang diberikan kepada umum adalah terhad kerana ingin memberikan perkhidmatan yang paling baik kepada pengguna.

Pengguna juga boleh membayar langganan bulanan melalui Wowloud Premium atau Wowloud Premium+ bagi mendapatkan trak digital yang lebih berkualiti. Wowloud boleh diakses melalui peransi iOD dan Android. Pakej langganan dan harga akan diumumkan pada hari pelancaran.

Sumber dari:  http://www.ohbulan.com

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...