Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, October 4, 2011

Yogurt boleh ubati stres



BERDASARKAN laporan ilmiah yang diterbitkan oleh Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau yogurt dikatakan mampu mengubati depresi.

Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.

Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.

“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John
Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.

Namun begitu, dia menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran.

EKSTRA: Amalan meminum air daun mangga yang telah direndam semalaman di dalam secawan air sangat membantu meringankan gejala diabetes.

12 comments:

  1. x suka susu.x suka yogurt...tapi mayo makan plak...heeee

    ReplyDelete
  2. azam ~ try la masa azam stress..menjadi ker x..

    puteri rimba ~ lini pun x suka mkn gak tp sejak akhir2 nie leh suka lak....ari2 beli

    ReplyDelete
  3. ooo....kenapa saya kurang suka makan yogurt ek? hehehe

    ReplyDelete
  4. hee...kurang minat yogurt sebenarnya ni...tapi banyakkan kelebihannya..heee~

    ReplyDelete
  5. sunah sakura ~ dulu lini pun x suka tetiba jatuh cinta lak..byk khasiatnyer

    Ezad skytech ~ mkn yogurt nie leh kenyang tau..x mkn nasi pun xpe

    ReplyDelete
  6. wah...best plak tu,...Kancil taw coklat je...nampaknya ada lagi

    ReplyDelete
  7. wahh...info yg menarik...nk kene cuba la...now stress sgt2...

    ReplyDelete
  8. Kancil 8349 ~ lini pun bru taw...berkongsi ngan kwn2....coklat mmg terapi tuk stress yg paling mujarab....

    Si BuDaK KaChAk ~ tgh stress ker? cuba lah mkn yogurt..harap2 berjaya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...