Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, November 3, 2011

Gadis Dan Bunga



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Gadis dan bunga.....Apa yang dapat kawan2 tafsirkan dengan tajuk enrty saya kali ini? Bila nak wat entry tentang ini teringat pada lagu nyanyian Rahimah Rahim.


Berlenggang dia berjalan
Si gadis tersayang manja
Jelingan yang manja

Menuju dia ke kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta
Berbagai macam bunga di bawa
Untuk dijual di gerai mama

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu

Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu

Datang seorang pemuda
Dapat melebur hatinya
Memetik oh cintanya
Kini berjalan dengan pasangan
Tak hirau lagi dengan jualan

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu..

Namun begitu entry ini bukan lah mengenai lagu ini tetapi ceritanya seakan-akan sama.  Ini adalah cerita tentang gadis penjual bunga. Itu taktik terbaru digunakan sekumpulan 31 wanita termasuk tujuh warga tempatan menjual kalungan bunga plastik kepada pelanggan yang menjamu selera di Medan Selera Jalan Geylang, Pudu, sebelum menawarkan khidmat seks. 

Wanita atau dikenali sebagai pelacur berpakaian seksi, menari mengikut rentak muzik di atas pentas utama di medan selera itu akan pergi ke meja pelanggan yang menjamu selera untuk memujuk mereka membeli bunga kalungan yang dijual dalam empat jenis iaitu berwarna oren, merah jambu dan kuning serta berbentuk mahkota.

Setiap bunga kalungan berkenaan dijual pada harga RM20, RM50 dan RM100 manakala untuk bentuk mahkota berharga RM200. Jika pelanggan membeli lebih bunga yang dijual, mereka berhak mendapatkan khidmat seks daripada penjual bunga terbabit. Pelanggan boleh melakukan aktiviti itu sama ada menyewa hotel atau di rumah pelanggan.

 Kegiatan tidak bermoral itu dibongkar dalam operasi yang dijalankan oleh Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, malam kelmarin.

3 comments:

  1. anda telah di tag

    http://takbest.blogspot.com/2011/11/hola.html

    ReplyDelete
  2. hehe..aku suke lagu ni..lagu wajib karaoke..hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...