Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, November 2, 2011

Itulah kehidupan.....


Teringat zaman kanak-kanak dulu. Celik jer mata terus cari kawan2 bermain. Masa tu yang ada dalam fikiran hanyalah keseronokan. Yang tak tahannya siap ada geng lagi...bila bergaduh dengan geng pergi masuk geng orang lain...bila dah berbaik semula geng yang satu lagi dilupakan. Seronok sangat masa tu boleh main pondok-pondok, bina rumah dari kayu, zink2 terbuang, kotak TV, main tembak2 guna pistol kayu dan pelurunya buah terung pipit, main lompat getah, galah panjang, selipar dan tin pun jadi mangsa kekejaman masa tu, police entry, masuk hutan cari pasal bila terjumpa ngan babi hutan lari lintang pukang.

Dari zaman kanak-kanak ke alam remaja pulak. Alam remaja yang penuh kelakar. Masa nie lah nak cari identiti sendiri. Masa ni ramai yang berjinak2 dengan dunia cinta.....tapi tidak pada saya. Entah la zaman nie susah nak terima cinta dari sapa2 bukannya apa masa tu tak terlintas kat kepala otak pun nak bercintan cintun nie. Pada mereka2 yang pernah menaruh hati pada saya dan jika ada yang merasakan saya telah mengecewakan mereka saya mintak maaf..perlu ker minta maaf? Mereka ada hak untuk sukakan saya dan saya ada hak untuk menolaknya......Adil kan?

"Betapa ku cinta padamu..katakanlah kau cinta padaku.." ...Dunia semakin moden sekarang nie. Cari jodoh pun hanya di hujung jari jer. Tak percaya? Percayalah, saya temui jodoh saya melalui Forum Teratak Anna Abadi". Forum tu pun dah tutup sebab pemiliknya telah meninggal dunia. Al-Fatihah Buat Arwah Anna, semoga Anna ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Ini cinta ke-tut tut saya...tak mau la cerita cinta2 yg lepaskan. Nanti luka lama berdarah kembali susah nak sembuh tau. Sapa sangka perkenalan di alam maya berakhir ke jinjang pelamin. Semoga perkahwinan kami ini dirahmati dan dilindungi oleh Allah swt. Harapan saya agar perkahwinan ini kekal ke akhir hayat.

Terasa diri ini semakin tua..umur semakin meningkat. Lihat ma dan abah bahagia sehingga ke hari ini, hati ini cukup gembira. Bagaimana pula hari tua ku nanti? Doakan semoga abah dan ma sentiasa sihat hendaknya. 

Pergi tak kembali....lagu yang sungguh syahdu. Lagu ini jika dihayati dengan segenap jiwa raga akan menusuk ke relung paling dalam. Setiap yang hidup pasti akan mati. Bila? Di mana? Dengan sapa? Semuanya telah tertulis di sana. Tidak cepat atau lambat walaupun sesaat kematian itu akan menjemput kita. Bagi mereka yang pernah kehilangan seseorg pasti merasa peritnya sebuah pemergian tanpa kerelaan itu tapi harus diingat jangan sesekali meratapinya. 

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

3 comments:

  1. btol tu...even suami isteri pon..kata cinta tu kena olwes diucap...jgn hilang keromantikan bila sdh berkahwin...bila salah seorg dlm hubungan tu tiada..barulah rs menyesal n bersalah..ttp aoa gunanya..sdh terlambat

    ReplyDelete
  2. ucapkanlah kata cinta pada tersayang sebelum terlewat...

    nice entri...dari permulaan hidup penuh warna kehidupan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...