Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, November 18, 2011

Jaja cerita di mukabuku


 Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

"Macam mana nak wat suami kita romantik ek?”
 
Sekiranya anda terbaca soalan sebegini di atas dinding mukabuku rakan anda, tentu sekali banyak tip-tips yang akan diberikan. 

Tetapi tahukah anda? 

Anda telah membuka cerita  rumahtangga secara tidak langsung kepada umum. Mesti orang duk fikir..." uurrmm suami dia x romantik rupanyer" atau mungkin anda akan mendapat usikan/tip-tips yang agak nakal dari rakan2 lelaki.

"Kenapa lah jadi macam nie, dulu x pernah pun dia wat begitu"

Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding mukabuku rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Apasal nie? Kenapa? Mulalah ada yang mendesak untuk anda bercerita dengan lebih lanjut.

Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.

Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:

“Pergi mampus la, nyesal aku kawen ngan ko”

 Agak melampaukan, meluahkan amarah macam tu;
“Nak mintak tolong dengan suami pun susah”

Hmm…. Tak patut macam tu.

Seolah-olah kita memperlekehkan keupayaan suami/isteri, kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di mukabuku.

Sesetengah orang berfikir akaun tersebut adalah hak miliknya  jadi tidak perlu ada yang masuk campur atau menegur. Pendek kata apa saja yang di tulis di dinding mukabuku itu adalah haknya.

Seringkali pengguna mukabuku suka sangat menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka  tanpa mengira sama ada ia perkara remeh temeh mahu pun yang penting.

Fikir secara rasional sebelum meluahkan sesuatu yang berbentuk peribadi kepada umum kerana ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.

Cubalah halang diri untuk meluahkan perasaan amarah, kecewa dan sedih di mukabuku kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.

Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang paling selamat, jangan paparkan sebarang cerita peribadi di dinding mukabuku untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan anda sekeluarga.

Tidak salah untuk bersosial/bersembang di laman mukabuku tapi biarlah berpada-pada agar maruah diri terjaga dan terbela.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

2 comments:

  1. bagi sayalah hal dalaman rumahtangga jangan dihebahkan dalam laman sosial ni, buat malu diri sendiri nanti....

    ReplyDelete
  2. setuju.bukan saja hal rumah tangga,tetapi kata-kata di ruangan status mukabuku menggambarkan peribadi kita.jadi elakkan mencarut atau gunakan kata-kata kasar.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...