Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, November 29, 2011

Johan bakal disaman Ogy kerana menghina

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Entah di mana silapnya. Mungkin melawak tak kena pada tempatnya. 

Siapa tak kenal Ogy Ahmad Daud . Dikhabarkan beliau bakal menyaman Johan Raja Lawak kerana didakwa menghinanya ketika di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24

Pada malam FFM Ke-24, Johan dan Kak Ogy digandingkan bersama untuk mengacarakan majlis tersebut.  Kak Ogy begitu marah kerana Johan menggunakan Ogy sebagai bahan lawak dalam nada persendaan pada malam berlangsungnya festival itu.

"Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita. Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu.

Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar. Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya. Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali.Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat. Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya. Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro.

Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati. Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis.

Diharap kedua2 artis ini dapat menjernihkan suasana. Tak perlu lah saman menyaman nie. Cukup la sekadar meminta Johan memohon maaf secara terbuka sekiranya Johan benar2 bersalah dan berniat untuk menjatuhkan airmuka Kak Ogy dan menghina keluarga Kak Ogy

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

5 comments:

  1. kadanag-kadang kti atak sedar apa yagn kita katakan dan lakukan..sebaliknya sebagai orang baru kita hendaklah sentiasa memohon maaf dan merendah diri pada yagn lebih senior. Betul tak Sue?

    Thank you for sharing :)

    ReplyDelete
  2. tapi lawak johan memang kurang ajar. nak melawak pun tak perlu nak burukkan orang. macam tak ada modal lain. bukan sekali johan ni buat hal.

    ReplyDelete
  3. johan ni pon agak2 laa der nak melawak pon . haisshh kan dah kena saman

    ReplyDelete
  4. Masuk tahun baru, rumah Sue pun baru ye... Cantik nampak klasik. Suka kakak dgn header baru ini.

    Pasal artis ini kakak jarang ambil pusinglah dik... biarlah mereka dgn dunia mereka

    ReplyDelete
  5. ermmm...bg sy dua2 pun sama..kalau tak boleh terima kutukan..jgn sesekali mengutuk org lain jugak bila berlawak..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...