Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, November 10, 2011

Kerana suiz komputer ditutup

 Kejadian ini berlaku di Batu 4 Jalan Gombak Setapak.

Seorang cucu yang bengang selepas neneknya menutup suis ketika dia asyik bermain permainan komputer bukan saja bersikap kurang ajar apabila bertengkar dengan neneknya, malah remaja lelaki berusia 15 tahun itu juga cuba menetak bapa saudaranya dengan parang. 

Kejadian ini berlaku kira-kira 12.30 tengah malam apabila neneknya yang berusia 70-an sebenarnya mahu menutup alat pendingin hawa, namun tidak menyangka suis itu bersambung dengan komputer milik cucunya yang ketika itu leka bermain permainan komputer.

Kesilapan nenek itu menimbulkan kemarahan cucunya kerana permainannya tergendala lalu mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap neneknya itu. Sikap panas baran cucunya semakin menjadi-jadi apabila merentap wayar penghawa dingin dalam bilik itu hingga terputus.
 

4 comments:

  1. bengang sebab dia hampir2 nak menang kot =)
    eh..salam ziarah =)

    ReplyDelete
  2. issyyyy budak2 zaman skrng mmg cepat baran ekkk....takuttt

    ReplyDelete
  3. boleh buat kita jadi lalai dan asyik dengan komputer ni sampai emosi pun jadi tak stabil...bahaya tu

    ReplyDelete
  4. garang sungguh ...cepat sangat naik darahnya..nenek pun sanggup dimaki kerana taksub bermain komputer.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...