Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, November 18, 2011

Menangis dalam hujan


Biarpun kau tak pedulikan ku lagi,  aku harus teruskan hidupku ini ~ Walaupun lukaku semakin parah, biarlah ku hadapi sendiri ~ Sudah nasibku ini...

Di dalam hujan lebat ku membawa diri, petir berdentam dentum menggoncang kalbuku ~ Tiada siapa yang peduli, menggigil tubuhku

Di dalam basah kuyup aku menangis tersedu, menahan kesedihan ~ Terbayang aku wajahmu , menambahkan lukaku

Lalu aku pun berlari , ingin melupakan dirimu ~ Cinta yang ku bina, berkecai akhirnya...~ Kau bina mahligai, bersama dia dari air mataku

Mendung di awan tidak selamanya, mungkin sebentar lagi cerahkan menjelma ~ Begitu juga kesedihan bukan selamanya

Yang patah akan tumbuh, hilangkan berganti ~ Yang pergi biar pergi, tak guna ingati ~ Mudah mudahan suatu hari, bahagia kembali

p/s : Suka berjalan di kala hujan turun sebab bila menangis tiada siapa yang akan tahu.....

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

2 comments:

  1. indah nukilan kata2 di atas tu....

    ReplyDelete
  2. blom pernah menangis dalam hujan.
    mcm cite korea.hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...