Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, November 14, 2011

Nabila Huda Mohon Maaf

Penyebaran gambar cium Nabila di internet yang mendapat perhatian ramai peminat  seni tempatan sudah pun meninggalkan kesan hitam dalam hidup Nabila setelah menjadi ibu tunggal.  Hal ini juga telah memberi tamparan hebat kepada ayahnya iaitu Amy Search kini sangat-sangat kecewa dengan tingkahlaku anaknya itu.  Difahamkan baru-baru ini Nabila telah menyatakan permohonan maaf di atas keterlanjurannya itu. 

Sepatutnya Nabila perlu muhasabah diri dan bertaubat. Bukan nak cakap diri ini baik sangat tetapi perubahan ke arah kebaikan itu perlu ada di dalan diri setiap individu. Semoga Nabila mengambil ikhtibar dari kejadian itu. Semoga Nabila tidak melakukan kesilapan yang serupa lagi.


“Saya minta maaf kepada semua pihak di atas penyebaran gambar yang tidak sepatutnya keluar itu. Saya sendiri rasa kesal sangat kerana gambar itu boleh keluar kat umum. Saya minta maaf mengenai perkara tersebut,” ujar Abil ketika dihubungi pihak Galaksi.

“Saya tak boleh nak cakap apa-apa lagi sebab orang dah tengok gambar itu dan orang dah tahu dah keadaan itu macam mana. Apa yang boleh saya buat, saya hanya boleh minta maaf kepada semua yang marah kepada saya mengenai gambar itu.

“Pada saya, apa yang terjadi itu mungkin saya boleh cakap yang ada orang telah menyalahgunakan gambar itu dan cuba menganiaya saya. Tapi tak apalah, cuma apa yang boleh saya minta ialah saya harap orang itu boleh minta maaf secara terbuka sebab saya rasa dia dah mengaibkan saya dan juga keluarga saya.

“Bagi saya, tak baik tabur pasir kat periuk nasi orang. Kepada peminat, saya sekali lagi minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki saya. Saya tahu benda ini keterlaluan dan harap semua boleh ampunkan saya,” ujarnya mengakhiri perbualan. - Gua

4 comments:

  1. minta maaf memang mudah tapi sayang maruah telah tercalar....

    ReplyDelete
  2. yg penting mohon ampun pada DIA sebab azabnyer sgt pedih berbading pandangan sesama manusia....nabila berubahlah selagi di beri peluang!

    ReplyDelete
  3. susah mau ngomen...komen kang nanti kategori ngutuk lak...juz nk gtau....bak kata slogan Kak Rock edisi Galaksi "hati2...ado yg memerhati"

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...