Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, November 18, 2011

Pendidikan keibubapaan



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salah satu aspek pendidikan yang terabai selama ini ialah Pendidikan Keibubapaan. Sistem pendidikan ini menyediakan asas kukuh tentang keibubapaan kerana keluarga merupakan unit masyarakat yang penting dalam pembangunan negara. sekiranya pembangunan keluarga lemah, proses pembangunan negara juga tidak akan mantap.

Imu keibubapaan ini amat penting untuk mempersiapkan diri bakal2 ibu dan bapa dan mereka yang telah menjadi ibubapa. Tidak rugi untuk mendapatkan ilmu ini kerana di dalamnya terkandung ilmu tentang pertumbuhan dan perkembangan kognitif atau minda manusia, perubahan psikik dan emosi manusia, kaitan kognitif, psikik serta emosi manusia dengan tingkah lakunya.

Input ini sememangnya penting untuk mereka memahami peranan dan tanggungjawab sebagai bakal ibu dan ayah. Bukan itu sahaja, input ini juga membolehkan kita memahami bahawa pembinaan keluarga bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan biologikal sahaja tetapi di dalam perkahwinan itu ada amanah dan tanggung jawab yang mulia

Maklumat semasa:  

Masjid Negara dengan kerjasama Akademi Minda Bestari akan menganjurkan Seminar Keibubapaan 2011 bertajuk Membantu Anak Cemerlang Dalam Peperiksaan pada 3 Disember ini di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.

Sebarang keterangan lanjut hubungi talian 03-26937784 atau layari www.masjidnegara.gov.my/portal.- Bernama

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

6 comments:

  1. mmg penting kita sbgai ibubapa melengkapkan diri dgn pelbagai ilmu..dunia skrg lebih mencabar.

    ReplyDelete
  2. Walau sudah menjadi ibu-bapa masih ada benda yg kena pelajri dari hari ke sehari yg dilalui..

    ReplyDelete
  3. yg dekat boleh la pegi ke msjd negara tu kan.heee

    ReplyDelete
  4. segala2nya bermula dr institusi kekeluargaan.+_+ err..cm pelik je ayat.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...