Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, November 18, 2011

Remy Ishak & Faradhiya selamat di ijab qabul

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 Jangan ada yang terkejut pulak bila baca tajuk entry nie.

Remy & Farahdhiya hanya berkahwin olok-olok jer la. Itulah gimik yang dilakukan oleh sebuah produksi yang bernama Outloud Studios.

Telefilem arahan oleh Jamal Khan, skrip oleh Pak Ndak dan dibintangi oleh barisan pelakon terkenal tempatan seperti Remy Ishak, Farahdhiya, Hanez Suraya, Ozlynn Waty dan Rosnah Johari. Telefilem ini akan menemui penonton dalam slot Cerekarama (TV3) pada 19 November 2011 (Sabtu) jam 10 malam.

Telefilem "Payung Emas" merupakan sebuah telefilem genre drama berat keagamaan yang menyentuh isu pergolakan rumah tangga dan pengorbanan seorang isteri. Ianyamengisahkan Ain yang melalui zaman perkahwinan seperti yang diwasiatkan oleh kakak kembarnya Aisyah. Aisyah meminta Ain berkahwin dengan suaminya, Hidayat sebelum meninggal dunia.

Perkahwinan yang bahagia pada awalnya, mengundang peristiwa duka apabila Ain disahkan tidak boleh hamil akibat penyakit dihidapinya. Tekanan menghimpit Ain apabila Ibu mertuanya meminta Ain membenarkan Hidayat untuk berkahwin lagi.

Meskipun terluka, Ain sendiri meminang Khatijah buat Hidayat. Namun kebahagiaan yang diharap tidak berpanjangan setelah Hidayat kemalangan dan Khatijah pula mengalami tumpah darah. Keadaan semakin tegang apabila Sarah, sepupunya menghasut Ain untuk meninggalkan Hidayat. 

Dapatkah Ain melalui perkahwinan yang bahagia dan diredhai seperti diimpikan?

Jika rakan-rakan nak tahu kisah selanjutnya jangan lupa saksikan telefilem ini dan ketahui kesudahannya.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...