Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, November 22, 2011

Renang berirama sapu bersih lima pingat emas

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 Siapa sangka, renang berirama yang tidak langsung diletakkan harapan untuk memenangi banyak emas pada Sukan SEA 2011 akhirnya menyapu bersih kesemua lima emas yang ditawarkan.
 
Semalam, skuad renang berirama negara meraih emas kelima dan yang terakhir dipertandingkan menerusi acara kombinasi bebas selepas meraih empat emas sejak dua hari lalu.

Semuanya berkat kesungguhan dan iltizam yang ditunjukkan 10 perenang comel negara untuk membuktikan pembangunan sukan ini perlu diberi lebih perhatian selepas ini.

Gandingan yang diketuai Katrina Ann Abdul Hadi itu menewaskan pasukan Singapura (73.101) di tempat kedua dan Indonesia (71.713), ketiga.

Malaysia yang turut diwakili Tan Mey Mei, Mandy Yeap, Shareen Png, Tasha Jane Taher Ali, Emanuelle Mah Thilda, Ling Yeo Pei, Gan Zhen Yu, Zyane Lee dan Zylane Lee itu mengumpul 75.363 mata. 

"Malangnya acara ini dikhabarkan tidak akan dipertandingkan di Myanmar pada 2013 nanti. Jadi apa yang boleh kami buat lepas ini ialah mencari pelapis kerana ada di antara anggota skuad kali ini akan bersara.

"Saya harap walaupun tidak dipertandingkan di Myanmar, ada pihak dapat memberikan perhatian terhadap sukan ini kerana kita sekarang sudah semakin meningkat," kata pengurus pasukan, Siu Wai Leng.

Malaysia jelas bukan tandingan di peringkat Asia Tenggara tetapi kesinambungan kecemerlangan ini perlu diteruskan dalam usaha kita untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik tahun depan.

"Kelayakan Olimpik akan diadakan April tahun depan. Jadi pasukan ini perlu dipersiapkan dengan lebih baik kerana hanya 24 ranking terbaik layak. Kita sekarang di ranking ke-32 dunia," tegasnya.

Selain menjuarai acara kombinasi bebas semalam, skuad renang berirama negara turut menjuarai acara duet dan berpasukan rutin teknikal serta acara duet dan berpasukan rutin bebas.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

3 comments:

  1. suker tgk dorang kuak lentang dalam air... sama je semua.. caiyok!

    ReplyDelete
  2. terbaikkkk...negara lain tgk jela pingat emas tu ahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...