Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, December 28, 2011

Gaji kurang RM5,000 dapat caruman baharu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Kira-kira 5.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan mendapat kadar caruman majikan lebih tinggi berkuat kuasa Januari ini.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar caruman berkanun majikan dinaikkan kepada 13 peratus daripada 12 peratus sebelum ini sebagai rangsangan dalam simpanan persaraan pekerja.

"Kenaikan tersebut akan memberi faedah kepada 5.3 juta pekerja yang mana 92 peratus daripada mereka ialah ahli aktif KWSP," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun, jelas Nik Affendi, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus. Menurutnya lagi, pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji kurang daripada RM5,000 juga layak menikmati faedah itu.


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

2 comments:

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...