Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Saturday, December 31, 2011

Goodbye & Welcome

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


 Selamat tinggal 2011. Semoga setiap kemanisan dan kepahitan sepanjang tahun ini akan memberi pengajaran dan panduan buat kita semua.

Yang manis jangan ditelan sahaja dan yang pahit janganlah dibuang ke tepi. Setiap hidup itu ada pasang surutnya. Setiap yang pahit pasti akan manis jua akhirnya. Itulah kehidupan.....

Yang kurang berjaya pada tahun ini lipatkan dan gandakan usaha, semoga dengan usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang membanggakan.

Selamat datang 2012. Diharapkan tahun 2012 ini akan memberikan kita kegembiraan dan kejayaan. 

Sekiranya azam tahun 2011 masih belum berjaya dilaksanakan, tidak salah jikalau azam itu di"forward"kan ke tahun 2012 ini. Asalkan dalam hati kita tertanam kukuh niat untuk melakukan satu pembaharuan  dan kebaikan sepanjang menempuh liku2 kehidupan.

Selamat Tahun Baru 2012 buat rakan2 blogger. Terima kasih kerana sudi menerima kehadiran saya di dalam dunia blogger ini. Semoga perkenalan dan persahabatan kita diberkati dan dirahmati oleh Allah swt. 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

4 comments:

  1. terasa macam cepat je masa berlalu kan...da sampai di hari terakhir tahun 2011..

    semoga tahun 2012 nanti..akan bertambah baik dari tahun sebelumnya...

    #selamat tahun baru 2012..:D

    ReplyDelete
  2. mari join Segmen Pertama Farah Alias..! Need ur support!

    http://coretanharapan.blogspot.com/2011/12/1st-segmen-by-farah-alias-lagu-pilihan.html

    ReplyDelete
  3. salam dik...selamat thn baru...moga 2012 lebih bersinar...sori terlambat...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...