Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, December 23, 2011

Menuju RumahTangga Bahagia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Berbicara tentang erti kebahagiaan sesebuah perkahwinan tidak pernah habis. Semua pasangan yang telah mendirikan rumahtangga inginkan perkahwinan mereka kekal abadi hingga ke akhir hayat. Namun begitu kadang kala kita terlupa tentang perkara2 yang dianggap remeh  akan meruntuhkan mahligai yang terbina selama ini. Di sini saya berikan tip2 untuk rumah tangga bahagia

Tip pertama : Sentuhan

Sentuhan boleh memberi seribu erti kebahagiaan.  Sentuhan menandakan anda rasa kasih dan sayang pada pasangan anda. Apabila anda selalu menyentuh pasangan anda, pasangan anda tahu anda ambil berat akan dia.

Tip kedua : Senyuman

Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyumlah kerana senyuman itu adalah penawar segala gundah gulana di hati.  Bergembira dengan apa sahaja yang anda ada. Penuhi hari anda dengan ketawa bersama -sama dengan pasangan anda.

Tip ketiga : Berkomunikasi

Jangan simpan sesuatu perkara di dalam hati. Luahkan segalanya kepada pasangan anda. Pasangan yang bahagia selalunya menerima seadanya diri pasangan masing-masing. Apabila seorang bercakap, seorang mendengar. Ambil berat setiap perkara yang di utarakan oleh pasangan anda walaupun perkara tersebut remeh.

Tip keempat : Memaafkan

Jangan marah tanpa sebab. Sentiasa memaafkan pasangan anda. Sekiranya pasangan membuat kesilapan lapangkan dada untuk memaafkannya.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

3 comments:

  1. salam...hi.tq melawat kak eni...dah follow balik...tapi nuffnang pula menyorok...:)

    ReplyDelete
  2. letakkan komunikasi di tangga pertama...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...