Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, April 28, 2011

Air freshener - Little tree


Baru jer beli td. Nie aku beli tuk letak dlm keta my hubby baru lah wangi.....

Ice blue
Blackberry Clove
Victory Lane
Night sky
Sour apple

Tuesday, April 26, 2011

Suara (Ku Berharap)

Hijau Daun - Suara (Ku Berharap)
hijau daun album
Di sini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba ’tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu ouuw wooohh
Meski tanpamu

Nasi Bukhara

Nasi Bukhara
Burrrppp...alhamdulillah

Terima kasih kepada Kak Ina & Abg Ipin sbb belanja makan nasi bukhara nie semlm.

Best sgt2..tp rasa syg sgt sbb x hbs. Nasinya terlalu byk.

Klu beli 1 kotak boleh makan tuk 2 org tp tgk pewut jgk la. Klu pewut besar 1 kotak pun x cukup..hahahahaha

Makan-makan ( Ahad -24/04/2011)

Ari ahad baru2 nie, xde buat apa2 pun. Lps membasuh kain, hubby ajak kuar g jalan2 tp bkn jalan2 pun pusing2 Shah Alam jer. Tension betul. Wat habis minyak keta & duit tuk byr tol ajer :-(.

Sampai jer kt umah hubby mintak masakkan ikan pari asam pedas. X best klu mkn berdua jer...so call Kak Ina (akak ipar) & suaminya (Abg Ipin)...

Tggu...tggu...tggu...kul 3.00 bru diaorg sampai Meru..Ya Allah....sabar jer la. Kak Ina bawa kan cendul pulut 3 bungkus. Terima kasih kak. Jasamu dikenang..heheheh

Bawah ini adalah menu pd hari tu....sila menjamu mata ek

 
Ikan pari masak asam pedas

 
Tempe goreng


 
Sayur campur (taugeh + sawi + hati ayam)

 
Ikan goreng





Friday, April 22, 2011

Kelebihan Ayat Kursi



Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafa'at kecuali dengan izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakk Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia Maha Tinggi dan Maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Tuah Wanita Islam

 Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2.Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??

Semlm yang hangat

Panas betul hati dgn KTMB. Dh la semlm hujan lebat pastu tren lak aircondnyer x berfungsi. Panas siot.

Dah la org berasak2 kt dlm tren tu. Dah mcm sauna dh. Panas, berpeluh2, yg lg kesian nyer kt mak2 yg bawa anak2 kecil. Dah la org blik keje penat, kena berasak2 plak, berhimpit2 dlm tren, pastu dgr alunan suara yg membingitkan telinga....

Entah smpai bila la akan ku lalui peristiwa2 mcm nie

Thursday, April 21, 2011

Perjalananku

Kring...kring....kring.....

Nie bkn bunyi telepon yer. Nie bunyi jam loceng aku.

Membinggitkan telinga pepagi buta tp apa boleh buat. Tepat pkl 5.20 pg, jam nie mesti menjerit. Dah mandi, siap2 tggu masuk jer solat Subuh terus solat. Selalunyer dlm kul 6 pg dh mula gerak dr umah ke Stesen Komuter Shah Alam Seksyen 19.

Di atas ini adalah kenderaan pertama yang akan htr aku ke stesen komuter. Nie bkn kereta suami aku yer tp contoh jer. JDC 4949 (Proton Iswara) nie lah kereta yg sgt berjasa & menjadi pengangkutan utama  utk kami suami isteri.

Perlu sampai ke Stesen Komuter Shah Alam before pkl 6.34 pg sbb tu la masa tren nie dtg. Kadang2 cepat kadang lambat. Cam hampeh betul la. Bila KTMB nie nk perbaiki mutu perkhidmatan diaorg nie.

Perjalanan dr Stesen Komuter Shah Alam - Stesen Bank Negara amik masa lebih kurang 45-50 minit. Lamanyer mcm nak patah kaki nie berdiri lama2. Klu bernasib baik boleh la duduk. Tapi leh kira ngan jari baper kali jer leh duduk.

Dah sampai kt Stesen Bank Negara tu, kena jalan laju2 la plak. Nak kejar masa nie. Nak kena naik tren lain lak.
Inilah dia tren Star yg aku kena kejar tu. Berpeluh2 tau. Dah la smpai kt Bank Negara dh kul 7.20. Jln kaki lg, tu amik masa dlm 10 mnt gak la. Karang klu berlari pagi2 karang org ingat aku nk training marathon..hehehehe.

Naik tren nie dr Stesen Bandaraya n turun kat Stesen Titiwangsa. Lps nie menapak la lg. Nasib baik la Bangunan Plaza Permata tu x jauh dr stesen klu x....kaki nie dh patah2...esok lusa kena smbg pkai besi lak..tp takut la karang time kilat kena sambar la....zzzuuppp..zzzuupppp..hahahahaha

Sampai ofis pun 5 @ mnt b4 kul 8, klu x jwbnyer punch card merah la.

Paling x best naik komuter nie sebbnyer kena berebut2. Leceh betul la bila duk luar dr K.L nie.

Kebaikan Sayur Kubis

Rupa bentuknya begitu sederhana, malah ia mudah didapati pada harga yang agak murah.

Meskipun murah, kubis menyimpan pelbagai khasiat kesihatan lantas ia cukup popular di serata dunia, sama ada dimasak atau dimakan mentah.

Kubis dulunya terkenal di kalangan masyarakat Yunani dan Rom kuno. Ketika itu, kubis yang dibakar dijadikan bahan untuk membunuh kuman pada luka.


Diet masyarakat Asia memang kaya dengan kubis yang boleh didapati dalam pelbagai jenis. Kajian mendapati lelaki yang tinggal di China dan Jepun mempunyai masalah barah prostat yang lebih rendah berbanding lelaki yang tinggal di Amerika. Data serupa dicatatkan membabitkan kadar barah payudara di kalangan wanita.

Wednesday, April 20, 2011

Amalan Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Bebaskan diri daripada tekanan


TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak.
Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.
Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik.
Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.

Berat badan tidak susut?


Menurunkan berat badan bukanlah satu keajaiban seperti mana yg terpampang di ruangan iklan yg membanjiri media cetak dan elektronik. Ini kerana tiada jalan mudah untuk kelihatan ramping, kurus dan sihat. Mengurangkan berat badan memerlukan seseorang utk mengamalkan senaman dan gaya hidup sihat secara berterusan.

1) Ramai yg menyimpan hasrat bersenam dgn meletakkan target yg besar utk mengurangkan kilogram berat badan mereka. Namun tahukah anda, pemikiran begitu sebenarnya tidak mampu bertahan lama kerana anda nyata akan cenderung berputus asa sekiranya hasil yg anda peroleh tidak menjadi sebagaimana yg diharapkan. Apa yg dicadangkan adalah memadailah dgn menyimpan hasrat utk membuat satu perubahan kecil terlebih dahulu kerana yg kecil itu akan membuahkan hasil yg besar jika dilakukan secara berterusan.

2) Buatlah senaman atau apa sahaja aktiviti yg mengeluarkan peluh kerana hanya ini sahaja cara yg paling efektif untuk membakar segala lemak ataupun kalori yg diserap oleh tubuh anda.

3) Berhenti mengambil minuman berkarbonat kerana satu tin minuman soda mengandungi anggaran 150 hingga 170 kalori tanpa sebarang nutrisi.

Migraine

                                             Sakit macam kepala nak pecah jer

SERANGAN sakit kepala yang melampau, sensitif terhadap cahaya dan kesakitan di sekitar mata merupakan simptom utama penyakit migrain.

Lazimnya, pakar perubatan memberikan beberapa jenis ubatan bagi mengurangkan serangan penyakit berkenaan yang mampu ‘melumpuhkan’ keupayaan penghidapnya untuk melakukan aktiviti harian.

Malah, ia termasuk pemberian ubat antisawan yang secara tradisi digunakan untuk mencegah migrain di sebalik kajian yang mendakwa oxcarbazepine tidak dapat memberi kesan terbaik.

Berikutan itu, banyak rawatan alternatif ditawarkan di pasaran termasuk kaedah perubatan Hindu kuno, Ayurveda.

“Tidak ramai yang menyedari bahawa penyebab utama migrain adalah kerana sistem penghadaman yang tidak betul dan sukar membuang air besar,” kata pengamal perubatan di Ayuverda Keralla, Dr. Jinesh KS.

Khasiat Pisang

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

Iblis uji keadilan Zulkifli

SESEORANG yang ditentukan Allah untuk menjadi nabi dan rasul adalah hamba yang terbaik, sabar dan soleh.

Nama nabi Zulkifli adalah di antaranya. Bapa nabi Zulkifli bernama nabi Ayyub. Manakala ibunya bernama Rahmah. Nama sebenar nabi Zulkifli adalah Basyar. Namun, kerana selalu berpegang kepada amanah dan janji, maka baginda digelar Zulkifli. Zulkifli bererti orang yang sanggup. Sejak kecil hingga dewasa dia tidak pernah berbohong kepada sesiapa.

Semua janji yang diucap­kannya sentiasa ditepati sehingga teman dan ramai orang amat senang kepadanya. Baginda terkenal di kalangan masyarakat lantaran tingkah lakunya mencerminkan kebaikan dan kebenaran. Sikap dan pendiriannya tidak mudah goyah. Emosinya mampu dikawal secara baik. Saat ditimpa cubaan dan dirundung masalah, Baginda menerimanya dengan sabar, tanpa mengeluh. Nabi Zulkifli dibesarkan di sebuah negara yang dipimpin seorang raja yang arif dan bijaksana. Raja tidak suka mementingkan dirinya. Semua fikiran, tenaga dan harta kekayaannya ditumpahkan demi wilayah dan bangsa yang dicintainya. Justeru, rakyat hidup dalam aman dan makmur. Sayangnya raja itu sangat tua dan tidak memiliki keturunan. Raja sangat gelisah mengenai penggantinya kelak, termasuk nasib negara dan warganya.

Kisah Nabi Muhammad s.a.w

Muhammad saw adalah putra sari Aminah binti Wahab dan Abdullah bin Abdul Muthalib. Ayah beliau wafat pada waktu Nabi masih didalam kandungan. Ia dilahirkan diMekah pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah (20 April 571 M). Penamaan tahun Gajah karena pada waktu itu bala tentara Abraha, Gubenur Yaman menyerang Ka’bah dengan mengendarai gajah. Namun Abraha beserta pasukannya berhasil di hancur leburkan oleh pasukan burung ababil yang diperintah oleh Allah SWT menghujani mereka dengan batu-batu dari tanah yang terbakar. (Q.S Al Fiil : 1-5).

Kisah Nabi Isa As

Maryam yang hanya membaktikan diri untuk beribadah kepada Allah SWT dalam Mihrab yang dibuatkan Nabi Zakaria dibaitul Maqdis, terkejut mendengar pemberitahuan Malaikat bahwa ia akan dikurniakan anak. Sebab ia masih perawan dan tidak seorang lelakipun menjamahnya. Malaikat juga memberitahukan bahwa Allah menciptakan anak itu tanpa proses sebagaimana mestinya. hanya dengan kata kun fayakun (jadilah, maka terjadilah apa yang dikehendaki-Nya).

Kisah Nabi Yahya as

Nabi Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahawa mereka akan makin rusak dan makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.

Cinta Allah swt

Tiada yang abadi dalam kehidupan manusia
Keabadian hanya milik sang maha pencipta
Segala yang ada akan binasa pada akhir kisah
Setiap jiwa menjadi saksi atas amal perbuatannya
Keabadian kasih sang pencipta senantiasa ada
Menghampiri setiap jiwa yang bertasbih padanya
Jika kasih Tuhan menaungi relung hati yang lara
Segala kesedihan akan pupus di hempas masa
Aku hanya makhluk yang mengharap curahan kasihmu
Karna ku tahu engkau ada tanpa batas ruang dan waktu
Setiap detak jantungku adalah wujud dari kasihmu
Dan setiap langkah kaki ini merupakan rahmat darimu

Bercinta Dengan Suami Orang – Apakah Tanda Lelaki Sudah Beristeri?


APAKAH CIRI-CIRI LELAKI YANG SUDAH BERISTERI?
  • Mengelak topik tertentu seperti percutian, keluarga dan rancangan masa depan.
  • Berkeras anda hanya boleh menghubunginya pada waktu tertentu atau dia sahaja yang menghubungi anda. Macam2 alasan akan diberikan seperti tidak boleh diganggu semasa bekerja etc.
  • Hatinya tidak sepenuhnya dengan anda, lebih-lebih lagi di tempat awam, dia akan asyik memerhatikan persekitarannya.

Lelaki Memang Berbeza Dari Wanita

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Muhasabah Diri

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.
Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.

Perjalanan hidup ini masih panjang

Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar adalah menuju kesempurnaan. Ada kalanya kita mesti berjuang, serta belajar menyingkap segala rahasia kehidupan.

Perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita. Setiap hembusan nafas, detik jantung, dari siang menuju malam. Semua menuju titik yang sama, kesempurnaan.

Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu. Tidak ada seorangpun melebihi dari yang lain. Namun tak jarang setiap kita berbeda dalam menentukan sikapnya. Ada yang berjuang untuk melaluinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang merasakan sempitnya kesempatan yang dia ada.

Apa rahsia terbesar dalam hidup ini? Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T


             Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

Motivasi Diri


“Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak”

“Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan”

“Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina”

Falsafah Sebatang Mancis


Sewaktu saya hendak menyalakan dapur dengan menggunakan api dari sebatang mancis, saya sempat berfalsafah. Sebatang mancis yang saya pilih dari puluhan mancis yang lain dikorbankan dengan sekali goris pada kotaknya untuk menyalakan api dapur. Saya memerhati api yang memercik, kabat yang terbakar dan asap yang melantun menghasilkan satu melodi bunyi dan bau yang mencengkam hidung. Api yang menyala di kabat batang mancis itu perlahan-lahan membakar batang kayu mancis pula, kemudian saya biarkan sampil memerhati dan berfikir tentang kehidupan.

Agak-agaknya kehidupan kita ini juga seperti batang-batang mancis itu. Kenapa tidak… batang mancis yang satu itu tidak akan berguna lagi setelah kabatnya dibakar dan dapur dinyalakan. Sama ada si pembakar mancis akan membiarkan nyalaan yang terhasil membakar keseluruhan kayu mancis atau memadamkannya, betapa api kehidupan mancis itu sangat pendek jaraknya. Oleh itu saya ibaratkan kehidupan ini sama juga seperti hayat sebatang kayu mancis.

Sesekali Dirimu Diuji

                                                          Tabahlah wahai hati

Dia titipkan ujian buatmu,
Agar jiwamu kental menghadapi dunia
Dia kirimkan cubaan buatmu,
Agar hatimu tunduk patuh kepadaNya
Dia sisipkan dugaan buatmu,
Agar engkau berpaling meminta kepadaNya
Dia membawamu kembali ke pangku
Saat engkau hampir membelakangiNya
Dia tidak pernah meninggalkanmu keseorangan termanggu,
Saat taulan menjauh dikala kau berduka
Dia tidak sesekali membiarkan kecewa membelenggumu,
Saat hatimu merintih tulus menghadapNya meminta

Jika Ia Sebuah Cinta

Jika ia sebuah cinta…..
Ia tidak mendengar….
namun sentiasa bergetar,

Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak buta….
namun sentiasa melihat dan merasa,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak menyeksa….
Namun sentiasa menguji,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak memaksa….
namun sentiasa berusaha,

Bukan Madah Berhelah


Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.

Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.

Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur  hidup untuk melupakan seseorang.

Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan,  bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.

Jangan sebut CINTA!!!


Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda. Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah. Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya.

 
Tak usahlah sebut hello jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal. Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi. Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.

30 petua kukuh ikatan cinta

eerrmm...
MENCINTAI dan dicintai adalah naluri yang dimiliki semua makhluk di dunia ini. Selain manusia, makhluk yang menghuni isi alam ini termasuk haiwan juga dianugerahi perasaan sedemikian.

Rasa cinta, kasih sayang dan membina impian untuk hidup bahagia bersama pasangan yang dicintai menjadi harapan kepada pasangan bercinta.

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.

Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?

Memancing Ikan





Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak, pernahkah kamu melihat org memancing ikan? Kalau tak juga, bolehkah kamu membayangkan seseorang sedang memancing?

Baiklah,katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing.Tiba-tiba mata kailnya disentap ikan oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing.Sekali-sekala dia menhenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan hingga ikan itu dpt dinaikkan ke atas.


Terkedik-kedik ia di hujung tali kail. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna kemenangan besar. Kamu turut ghairah melihat pemancing itu membebaskan ikan drpd mata kailnya. Tiba tiba setelah dia melepaskan mata kail drpd mulut ikan,dia mencampakkan kembali ikan itu ke air.

Eh,apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.

Cinta Ibarat Menunggu Bas


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. 
Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. 

Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. 

Satu Harapan




 Setianya cinta bila hati dibaja,

Setianya sayang,bila hati tak bergoyang….Biarpun angin taufan yang datang…
Kata pujangga:

Seorang wanita tertawa bila ia mampu dan menangis bila dia inginkan sesuatu dan tidak memperolehinya. Apabila dia memiliki apa yang dia hasratkan, dia ingin pula memiliki segala galanya.

Hati Yang Aneh

Sentuhlah hatinya dengan kelembutan

Adakalanya hati ini memang aneh.

Bila kita menggengam satu impian, cuba mengejar satu mimpi dan memegang sebuah janji.. jiwa menjadi kacau..hati menjadi resah. Airmata menjadi teman.

Tapi bila kita menyerah kalah, membuang angan dan berhenti bermimpi dan tidak lagi menaruh sebarang harapan.. tiada airmata yang tumpah. Sakit tetap terasa, cinta yang telah terbina dengan berhati hati..tak mungkin boleh dilenyapkan dengan sekelip mata.

Tentang Waktu

Andai dapat kuundurkan masa...!!??

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan,
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
Ambillah waktu untuk m'cintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga…

Rama-Rama dan Wanita















Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Wanita: Di Mana Hilangnya Malu?

SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

30 Rahsia Wanita Perlu Diketahui


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Alasan Berbohong Kaum Wanita

Alasan berbohong

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam
Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.
Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks
Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

6. Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.
Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah
Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.
Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

30 Larangan Untuk Wanita


Semoga mendapat manfaatnya:

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Kunci Persahabatan


  • Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan tetapi jangan mengenepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda. Bersikap terbuka baik untuk anda.
  • Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  • Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  • Hargai pendapat satu sama lain.
  • Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...