Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, May 31, 2011

S.M.I.L.E


SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan.

SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.

Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.

SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.

"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah.

SENYUM adalah jambatan persahabatan.

SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan

Bukakan Hati Lembutkan Jiwa




Dalam resah titis hujan melenyapkan
Tawa riang yang berharga bersamamu
Sesalanku kini tiada berguna
Apa yang aku termampu hanya berdoa

Di wajahmu berkaca seri kecewa
Mengapa tak kuhiraukan dan sedari
Tersentak ku kini ku kehilanganmu
Tatkala masih lagi kucintai

Kau pergi jua demi mengubat hatimu
Lari dari perbuatanku menyakitkan
Tak mungkin dapat ku sembunyikan kesepian
Kini takdir yang menentukan
Ku terima balasan
Rindu sampaikan bisik hati ini
Di sanubarinya cintaku yang bertahta
Bukakan hatinya lembutkanlah jiwa
Kembali kepadaku selamanya

Arrrrggghhhh.......bosan



Bosan sungguh hari nie....

Dari masuk keje pagi td....duk wat scanning jer...

Kena siapkan before bos blik dr oversea...ingat skit ker...???

Bos cakap senang la..buat tu buat nie..tangan nie de dua jer

Klu tangan aku mcm sotong..aku x heran la..bg la keje byk mana pun sure siap punya

Nak mati tau aku wat sorang2

Khasiat Tomato



 TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetumsememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.

Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.

Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit.

Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Lelaki yang Ditarik Ke Neraka


Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri
bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.
Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati..??

Pesanan Rasulullah Tentang Solat

  




Rasulullah SAW bersabda: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" (H.R. Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" (H.R. At-Tabrani)

Rasulullah SAW bersabda: "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" (H.R. Muslim & Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" (H.R. At-Tabrani)
Rasullulah SAW bersabda: "Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdhal(baik) dari 70x solat tanpa siwak" (H.R. Zanjawaih & Hakim)

Rasullulah SAW bersabda: "Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban" (H.R. Ibn'Asakir)

Rasulullah SAW bersabda: "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" (H.R. Bukhari & Muslim)

Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air





WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari)

Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa





WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).

Dilahirkan sebagai pemimpin. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan




WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja



WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri

Monday, May 30, 2011

Wanita itu mudah ke syurga & mudah ke neraka





Wanita jika dibandingkan dengan lelaki kelebihannya mereka adalah mudah untuk masuk ke syurga. Tetapi penghuni neraka kebanyakannya terdiri dari kaum wanita dari lelaki. Apakah dosa-dosa yang memudahkan wanita terjerumus ke neraka?
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah SAW menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah SAW menangis. 

Beliau menjawab, 

"Pada malam aku di-isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksaannya. 

Puteri Rasulullah SAW kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. 

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. 

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. 

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. 

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. 

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi. 

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? 

F.R.I.E.N.D.S

Girl w balloons [default] Myspace Layout 2.0

Friends are like balloons
If you let them go
you can't get them back..

So i'm gonna tie you to my heart
So i will never lose you......


Cinta perlu dicari


Cinta perlu dicari
Takkan hadir andai kau menyendiri
Hadirnya menceriakan sepi
Hilangnya sukar kau cari ganti
Andai itu cinta suci...

Pernahkah kau tanya diri
Benarkah cinta membutakan hati?
Atau cinta dibutakan hati?

Pernahkah kau temui
Cinta setulus cinta Illahi?

Sunday, May 29, 2011

Bukan Aku Yang Kau Cinta

 


Benarkah ini wajah semalam
yang penuh rindu dendam
aduh sayang cinta suciku
ketika itu padamu bagaikan debu

Kini kenapa datang semula
dengan deraian air mata
tidakkah dulu kau yang berkata
diriku bukan yang kau cinta

 

Haruskah ku memaafkan
kesalahan yang kau lakukan
sedangkan kesan perbuatanmu
masih ku rasakan........

Aku tak mahu berulang, gurauan cintamu
tak tertelan lagi ku betapa pahitnya
ku tahu siapa engkau, lahir batinmu
cintamu berlumur api dalam keraguan

Dari terus makan hati
yang mungkin hingga ku mati
lebih baik saja ku sendiri begini
cukuplah hanya sekali ku merasakan


 Jangan pujuk aku lagi usah datang lagi
ku anggap semua sudah pun berlalu pergi
tidak aku menyesali keputusan ini
cukuplah sampai di sini

Tidakkah dulu kau yang berkata
diriku bukan yang kau cinta

Saturday, May 28, 2011

Selepas kau pergi

Selepas kau pergi, tinggallah di sini kusendiri
Ku merasakan sesuatu, yang telah hilang di dalam hidupku


Dalam lubuk hatimu, ku yakin kau pun sebenarnya
tak ingin lepaskan diriku,
tahukah kau kini ku terluka


Bantu aku untuk membenci diri kamu,
Aku terlalu mencintaimu,
Kerana dirimu begitu bererti untukku..


Kau telah mencintai dan dicintai kekasihmu,
ini tak adil bagiku,
hilanglah damba tinggallah hampa

akhirnya aku yang kecewa

Why.............I love you?

I love you so much....xoxoxoxo...
I love you for giving your heart to me
and trusting me with your pride
I love you for waiting me
and needing me by your side

I love you for the emotions
I never knew I had
I love you for making me smile
Whenever I feel sad

I love you for you thoughts for me
where I'm always on your mind
I love you for finding that part of me
that I never thought I'd find

I love you for the way you are
and for how you make me feel
But must of all I LOVE YOU
Because I know you're mine for real

Kerana Cinta

Jadilah perhiasan yang mudah dilihat tapi sukar untuk disentuh......

Hari ini, adalah lembaran baru bagiku
Aku di sini, kerana kau yang memilihku
Tidak pernah, aku ragui akan cintamu
Inilah diriku dengan melodi hidupmu

Dan Bila....
Aku berdiri sampai ke hari ini
Bukan kerana kuat dan hebatnya diriku ini
Semuanya kerana cinta
Semata-mata kerana cinta

Tanpa cinta...
Aku tidak akan mampu
Berdiri dan harungi kehidupan yang berliku ini
Terma kasih cinta.....

Kawan atau Lawan...?

Kita kawan, jangan lawan2.....
HIDUP ini susah kita nak DUGA,
kadang kala kita DEKAT dengan SESEORANG tu,
tapi sebenarnya JAUH
walaupun kita dapat GENGGAM TANGAN dia,
belum tentu HATI dia kita dapat SELAMI
Mungkin kita boleh buat dia KETAWA,
tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA
Bila dia MENANGIS, kita sangka kita dapat MEMUJUKNYA.....
walhal KEHADIRAN kita LANGSUNG TAK DISENANGI.
Rencah dunia kita takkan tahu siapa KAWAN dan LAWAN
sehingga sampai saat kita JATUH TERSUNGKUR
Adakah tangan DIHULURKAN atau kita DITINGGALKAN....?

Bintang Cintaku

Kaulah satu-satunya bintang hatiku......
Ku pandang diatas awan
Ku lihat bintang melambai
Ku hulur tangan menggapai... Tetapi tiada sampai
Ku tahu bintang kau menunggu namun apalah dayaku
Ku hanya mampu meratap
Di dalam ratapan sayu...

Bintang kau jangan bersedih
Bintang kau jangan menangis
Tiada mampu ku ke sana walau telah direncana
Bintang kau tinggi di atas,ku duduk rendah di bawah
Hidup mu berteman bulan bukan insan kekurangan

Bintang jangan kau terus begini
Nanti malam mu tiada berseri
Kita akan tetap bersama untuk selamanya
Cuma lain suasana...

Bintang hentikanlah...
Tangisan yang akan menyiksa diriku
Bintang dengarkanlah...
Ada satu pesanan terakhir dariku
Bintang kau pergilah...
Kerna itulah yang terbaik untukmu

Bintang...
Percayalah hanya engkau satu di dalam hidupku
Bintang...

I fell in love with you




I'm trying not to love you
I'm trying not to care
I'm trying not to live my life
wishing you were there
I'm trying not to wonder
where you are or what you do
I'm sorry I can't help myself

Teman Bicara

Kau sentiasa disisi ketika ku amat memerlukanmu

Bukan sekali bukannya dua, telah sering kita berjumpa
Belum pernah tertarik rasa, kita sekadar kawan biasa

Aku kenali siapa dirimu, kau pun tahu siapa diriku
Kerana engkau teman bicara, antara kita tiada rahsia


Tiba-tiba ku lihat sikapmu, tidak seperti dulu
Terhadapku kau menaruh hati, sejak bila tak ku sedari

Tiba-tiba ku rasa diriku, tidak seperti dulu terhadapmu
Ku menjadi resah, sering kehilangan kata-kata

Kini bila bertentangan mata, bergementar seluruh anggota
Entah mengapa tiada ku tahu,berdepan denganmu ku terasa malu

Sandiwara Cinta

Kurelakan dirimu pergi dr sisiku seandainya itu yang kau mahukan

Mengapa kau nyalakan api, cinta dihatiku
Membakar jiwa yang merana
Kata manismu membuatku, yakin kepadamu
Hingga membuatku terlena...
Rindu padamu.... setiap hari
Bayang dirimu menggoda jiwa

Mengapa kini kurasakan lain dihatiku
Kau diam dan acuh tak acuh...
Sering kau marah tanpa alasan
Membuatku curiga, terbukalah berterus terang
Apa mahumu... katakan saja
Bila kau bosan kau marah katakan saja

Walau berat hatiku melupakan dirimu
Jangan kau bersandiwara kepadaku
Bosan.....? Mungkin itu sifatmu.....
Benci......? Bila ingat dirimu
Bosan.....? Terserah apa mahumu...
Jalanku masih panjang....

Friday, May 27, 2011

Tentang kawan

Jadilah pendengar yang setia
Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan


Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang dan kecewa
Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan sebagai sumber kekuatan.


Jadilah kita kawannya itu
Kita selalu melihat dia ketawa
tapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka

Disebalik senyumannya itu
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan

Disebalik ketenangannya
mungkin tersimpan seribu kekalutan

Kita tidak tahu...TETAPI
jika kita cuba
jadi sahabat seperti dia
mungkin kita akan tahu

Hadirnya dirimu bak suria pagi yang menyinari hidup ini....

Persahabatan..Hargailah kawan-kawan anda…

Mampukah kita untuk mengulanginya lagi...?????
Pernahkan anda berfikir sekiranya suatu hari nanti tiba-tiba anda kehilangan teman, adakah anda akan rasa sunyi???atau selesa berkeadaan begitu??bukan mudah untuk kita menjalinkan persahabatan yang jujur,yang tiada hasad dengki dihati, yang ikhlas dan serasi dengan kita.
Ketika kita seorangan ingatkan kenangan kita semasa alam kanak-kanak,betapa seronoknya kita memulakan alam persekolahan dengan mengenali kawan-kawan yang ramai.Sentiasa gembira..tapi kini masih ada kah teman-teman sebegitu itu disisi anda?

Perhatikan kawan-kawan yang berada disisi anda sekarang, adakah sama dengan persahabatan anda sebelum ini? Tidak…ye, setengah orang akan berkata tidak dan setengah lagi akan berkata ya..terpulang pada individu itu.

Sepinya hati ini tanpa ditemani teman2 disisi
Indahnya persahabatan akan dapat kita rasa apabila kawan-kawan sudah tiada disisi kita. Betul tak kita sering dengar “Seseorang itu akan menghargai sesuatu apabila ianya sudah tiada’.Pada waktu itu anda pasti merasa rindu dan ingin kembali semula ke masa silam.Ingin bersama-sama mengumpul kenangan manis dan menyulam kedukaan bersama.Tapi ingat!!! kita tidak akan kembali ke masa silam hanya yang boleh kita lakukan ialah hargailah teman yang berada disisi anda.Seburuk mana pun teman itu,ia tetap teman anda.Perbaikilah ia dan jagailah ia kerana disebalik keburukkan pasti ada kebaikan yang akan membuat kita mengingati dia.Belum tentu lagi teman yang kita temui selepas ini sama seperti dia.Mungkin lebih teruk dari dia…jadi seperti yang saya katakan tadi ‘Hargailah teman disisi anda.
           

Cinta langit dan laut

~ Jatuh cinta kadang kala menyakitkan ~
Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal.  Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Saat kau memiliki cinta..........

Cintamu muzik dihatiku berlagu tanpa rasa jemu......


Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI.

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah

Thursday, May 26, 2011

Cermin mata retak menanti belah

oh..cermin mata ku sayang

cermin mata ku sayang
Gara2 basuh bilik mandi la nie...camner la aku terlupa
 Boleh plak g siram air kat cermin mata tu kan dah jatuh.........
Tetiba pandanganku kabur
susahnyer nak wat keje tanpa cermin mata
Lepas dpt gaji...nekad wat cermin mata baru.........phheeewwwiitttt

Tak berapa sihat

Jarang sungguh aku sakit tp bila dah sakit lambat nak sembuhnyer......
Makan ubat...? Errrmmm bukan takut nak mkn ubat nie tp x nak biasakan diri "sakit skit makan ubat" (baca dgn nada ngada2 sebyk 2 kali).

X nak terlalu bergantung sgt ngan ubat




Biasalah kan musin dh x menentu nie jap panas jap ujan.....

Dah la duk dlm ofis yg de aircond.....bdn rasa sakit2 semcm jer..."tuan Dr boleh tolong ubatkan saya x"...mintak kiss skit...hehehehe

Mudahan2 aku akan sembuh dgn kadar yg segera.....penat doh...hidung berair, batuk2, tekak gatal.....

Wednesday, May 25, 2011

Yaaahhooooo........bos bercuti

Seronok sgt2 sbbnyer bos aku skang sedang bercuti d Europe

Paling best sbb dapat buat kerja dgn tenang dan aman

xde gangguan jiwa & sama waktu dgnnyer

Hidup aku akan tenang sampai 11/06/2011 lps tu akan kacau bilau semula

Kerja byk nak kena settle sblm bos blik...gggggrrrrr.....geram betul ...xbleh tgk org senang skit.

Tuesday, May 24, 2011

Masrol Ikram B Ali @ Kolej Matrikulasi Selangor - 25/03/2010


Alhamdulillah..Ikram (adik aku) telah ditawarkan utk melanjutkan pengajian dlm bidang sains di Kolej Matrikulasi Selangor 2011/2012 (setahun).

Semalam, aku & my hubby htr Ikram ke KMS. Gerak dr umah dlm kul 7.45 pg..hahaha dh la sesi pendaftaran start kul 8pg. Proses pendaftaran berjalan dgn lancar, cuma ader la hal kecik2..kelakar betul la adik aku sorang nie. Sempoi jer gi daftar kan dah kena..huahuahua....

Ikram di termpatkan di hostel..Conapus (klu x salah eja la). Dekat dgn masjid (happy jer sbb dia nie mmg suka g masjid).....alhamdulillah. Hostel dia dkt gak ngan cafe senang klu lapar boleh order sajer.

Doa ketika bangun dari tidur


Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Doa ketika memakai pakaian


Maksudnya:

"Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".

Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian



Maksudnya:
Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.

Luangkanlah Waktu

Luangkanlah waktu untuk berfikir
kerana berfikir adalah sumber kekuatan

Luangkanlah waktu untuk membaca
kerana membaca adalah landasan sikap bijaksana

Buah Nona

Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa, merupakan sejenis buah yang boleh dimakan dan dijual dipasar tani. Buahnya bulat dengan kulit yang berbonggol dan mempunyai banyak biji.

Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Pokoknya merupakan pokok renek 6-8 meter tinggi. Daunnya berselang, ringkas, oblong-lanceolate, panjang 5-17 cm dan lebar 2-5 cm. Bunganya dihasilkan dalam kelompok 3-4, setiap bunga 1.5-3 cm, dengan enam kelopak, hijau-kuning dengan keungguan dipangkal.

Buah biasanya bulat atau bujur, berbonggol-bonggol, 6-10 cm keratan rentas dan seberat 100-230 gm. Isi buah boleh dimakan, putih sehingga kuning cair, menyerupai dan rasa seperti kastad. Bijinya tersebar dalam isi buah; perang hingga hitam, sepanjang 12-18 mm, dan keras berkilat.

Durian Belanda adalah penawar kanser


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Buah tunjuk langit


ada 5 kelopak
Buah tunjuk langit atau nama glemernya Skyfruit atau nama saintifiknya  Swietenia Macrophylla dah lama di komersialkan. ada yang jadikan bahan campuran dalam kopi,diisi dalam kapsul.

Dikhabarkan, sekuntum@sebiji buah tunjuk langit tu berharga RM400!! mungkin jika didapatkan pada bukan musim dia.Pokok tunjuk langit ni berbuah setahun sekali je..dan setiap biji kecil tu dijual RM5.

Buah pinggang menapis kotoran dalam tubuh



DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang’ Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.
Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

Buah Delima


Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.
Rahsia Penciptaan Buah Delima
Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...