Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, June 28, 2011

Balik kampung....

Balik kampung? Sekarang nie masih kerja lagi lor. Malam karang bru gerak blik kampung tapi sebelum tu nak kena amik Kak Lieza & Adik Liana dulu kat Keramat AU2.

Dah alang2 nak blik kampungkan better blik ngan adik beradik. Klu blik berdua ngan husband pun nnt keta kosong lak, penuhkan ruang sebaik mungkin.

Ya Allah selamatkan lah perjalanan kami pergi dan pulang dr kampung. Semoga perjalanan ini sentiasa di bawah keredhaan & rahmatmu. Amin

Monday, June 27, 2011

Kehidupan


Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa,
Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian,
Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan....
Kehidupan itu adalah sesuatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya

Thursday, June 23, 2011

Pencarian ini telah berakhir



Meniti hidup yang panjang amat memenatkan....betulkah kehidupan ini masih panjang?. Terluka hati dek percaturan hidup yang kadang kala melemaskan emosi dan minda. Terluka hati diterajang, disepak sesuka hati oleh dia yang tidak pernah memahami betapa hati dan jiwa ini terlalu rapuh untuk diseksa sebegitu.

Tidak salah andai kata melayan dan membelai jiwa dan hati ini dengan kata-kata manis tapi bukannya bermadah helah. Tidak salah andaikata diri ini kau terima seadanya  sebagaimana aku menerimamu. Kejamnya dirimu memperlakukan diriku sebegitu. Tiadakah secalit rasa cinta dan sayang kepada diriku ini.

Sayang seribu kali sayang. Cinta yang kuberikan dibalas racun yang membinasakanku. Sayang yang ku berikan, duri tajam kau tusuk di hati kecilku ini.

Cinta...ini destinasi terakhirku. Pencarian C.I.N.T.A telah berakhir di sini. Biarkanlah aku kuburkan rasa cinta di sini, kubur cinta tanpa tanda untuk aku ingati sampai mati.......


Wednesday, June 22, 2011

Forum - NCCR 2011 @ Bukit Ilmu, Hospital Sungai Buloh

Selesai sudah forum NCCR 2011, kalau ikutkan hati mals betul la nak g forum2 nie. Duk dengar benda yang sama jer setiap thn forum nie dianjurkan. Xde benda lain ker yang boleh wat forum tu jd menarik tertarik daboooommmm.........
Pagi semlm smpai kt Hospital Sungai Buloh dlm kul 6.40 pg...awalnyer sampai. Pintu pagar Bukit Ilmu tu x buka pun lagi. Cian my hubby kena tunngu aku, sbb nak biarkan aku sorang2 kat situ karang kena kidnap lak.

Apalagi sambung tido la...lebih kurang kul 7 lbh my boss call..."Lini, you dekat mana, I dh sampai nie".......Cesss..aku dh sampai awal dr dia....malas tul la nak lepak ngan boss.....mesti duk citer pasal kerja..kerja..kerja...x seronok langsung

Forum hbs dlm kul 1.45 tghari, after lunch kt situ, kitaorg blik ofis la....smbg kerja mcm biasa. Ingatkan leh blik wal. Hampeh betul!!!!!!

Sunday, June 19, 2011

Jenguk adik Ikram @ Kolej Matrikulasi Selangor

Hari ini barulah ada masa lapang tuk jenguk adik Ikram kat Kolej Matrikulasi Selangor. Alhamdulillah dia sudah mula biasakan diri di tmpt baru.

Cuma kulihat ada kekusutan di wajahnya. Kesukaran & kepayahan utk mengikuti pembelajaran di kolej diluahkan padaku. Aku mendengar dgn teliti setiap apa yg ingin diperkatakan olehnya. Itu luahan seorg adik yg inginkan kata2 semangat dr seorg kakak.

Untuk Ikram....

Tabahkan hatimu menempuh setiap dugaan yg mendatang. Jgn sesekali terdetik di hatimu.."dirimu x mampu bersaing dgn mereka2 yg lebih hebat drmu".

Kakakmu ini pernah menempuh perkara yg sama ketika dulu. Begitu payah diri ini utk bersaing dgn rakan2 seperjuangan yg lain. Kakakmu ini terasa begitu kerdil di bumi KMP ketika dulu.

Saban minggu akak call mama hanya utk mendengar suara mama & kata2 semangat dr mama. Setiap hari wajah ini x pernah kering dgn airmata. Airmata itu tanda kecewa, takut & rasa tertekan dek bebanan.

Lama2 akak sedar apa pun berlaku akak kena tabah laluinya seorg diri. Akak juga mahukan dirimu begitu. x perlu rasa gundah gulana kerana kakakmu ini akan sentiasa mendoakan yg terbaik utk adik2 yg tersayang.

Semoga success dalam apa jua yang kau lakukan. Jangan lupa jaga solat & tingkah laku.


Selamat Hari Bapa untuk abah tersayang



Untuk abah, Selamat Hari Bapa..terima kasih di atas segala jasa baik mu menbesar & mendidik ku

Ayah -Aeman

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku


Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan


Chorus
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan



Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa


Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan


Ulang Chorus
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan


Ulang Chorus
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati


Tuesday, June 14, 2011

Haram isteri minta cerai



Apakah hukumnya isteri selalu meminta diceraikan. Adakah seseorang suami itu dayus jika tidak mengikut permintaannya?

JAWAPAN:


Hukumnya haram. Tidak wajar seorang isteri meminta dia diceraikan oleh suaminya. Seorang isteri yang meminta dirinya diceraikan tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak adalah berdosa. Sedangkan si suami masih memberi nafkah, tempat tinggal, makan minum dan menjaga keselamatan. Jika dia seorang yang berpoligami dan berlaku adil dengan isterinya.

Isteri berhak meminta cerai jika kehidupan tidak ada kesefahaman, suami tidak melaksanakan tanggungjawab sebagi ketua keluarga. Sekiranya suami gagal bertanggungjawab dan segala bebanan rumahtangga ditanggung oleh si isteri maka tidak salah seorang isteri meminta agar dia diceraikan.

Namun yang lebih baik ialah suami isteri mesti mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu. Sama ada berbincang dengan keluarga mertua sebelah lelaki atau berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Islam meminta agar setiap pasangan suami isteri mencari jalan penyelesaian yang holistik yang membawa kepada pemulihan dan kemurnian rumahtangga dan bukan pula mencari jalan meruntuhkannya.

Seorang suami yang tidak mengikut permintaan isterinya untuk diceraikan tidaklah dianggap dayus. Sikap si suami bertahan dari menunaikan permintaan isterinya itu adalah demi menjaga keharmonian rumahtangga.

Jelasnya di sini hikmah Allah meletakkan kuasa talak ini di tangan suami dan bukan pula di tangan isteri. Bayangkan sahaja jika kuasa talak di tangan isteri mungkin bilangan lelaki yang menduda lebih ramai dari yang menjanda. Sebab itulah sembilan nafsu (emosi) yang ada pada orang perempuan tidak dapat mengawal perasaan, bila tertekan bertindak di luar kawalan sehingga meminta cerai.

Kesimpulannya, si isteri jangan terlalu mudah meminta dirinya diceraikan dan janganlah hendaknya si suami yang mempunyai kuasa talak bermain dengannya dengan mengugut isteri.

Monday, June 13, 2011

Hati Yang Kau Sakiti

 

 
jangan pernah katakan bahawa
cintamu hanya untukku
kerana kini kau telah membaginya

maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
kerana hatiku selalu kau lukai

tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

Andai Lelaki Tahu Hati Wanita

 
Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk di sayangi,
Ada rasa untuk di beri perhatian,
Ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta dipujuk,
Marah seorang perempuan perlu didekati,
Sedih seorang perempuan perlu didengari,
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2

Siapa Yang Paling Kamu Cintai


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.


Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak, “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Sad Emotions Man Lonely

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

 

Aku Hanya Wanita Biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku,

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih. Padahal kau harus tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerana aku ingin kau tahu, aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan menjadi pemimpinku .....
Aku tak sebijak Siti khadijah. Oleh itu aku ingin kau tahu, aku akan saja membuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..
Duhai kau yang telah memilihku .....
Ingatlah, tak selamanya aku akan cantik di matamu. Ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus menguruskan istana kecil kita, agar kau dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai.
Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana ku resah memikirkan kehidupan kita, dan ku tau kau letih mencari rezeki untukku maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku ....
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku .....
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunna.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.....
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..
Ketahuilah sayangku..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri..
Aku hanya wanita biasa yang cuba melakukan terbaik untuk mu..

Kuatkan lah hatiku ini

Ya Allah, hamba ini memohon padamu, kuatkanlah hati ku ini utk menerima segala ujian darimu
 
Ya Allah ,

Jika aku belum layak untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan 
jangan kau ujiku  dengan sebuah perasaan.
Jika aku belum sempurna untuk sebuah kasih
 bekukan hatiku terhadap segala macam harapan.

Jadikan aku kuat didalam kelemahanku
Jadikan aku tegar diatas kekurangan yang aku miliki

Saat aku kehilangan kawalan  terhadap diri
Saat aku didera putus asa, gelisah serta harapanku yang mulai sirna
Izinkan aku tetap melihat sinarmu

Aku berdoa untuk hari ini, untuk hari yang aku jalani
Untuk hari esok yang tak pernah ku tahu dengan pasti
 aku hanya mampu berdoa jadikan aku lebih beerti.

Pokok

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam


Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada


Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam


Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh


Ulang Chorus
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada


Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam


Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


Surat Hawa Untuk Adam



Ohh Adam

Adam….. Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam… Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam… Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun… terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam… Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam… nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam… Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam… Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam… Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku…akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam….pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.


Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam… Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…

Sunday, June 12, 2011

Piala FA - The Red Warriors kalah



Agak mengecewakan bila pasukan The Red Warriors dikalahkan oleh Terengganu. Lebih malang apabila pemain Kelantan telah menanduk gol ke gawang sendiri.

Sangat hampa...kemarau 65 thn kembali lagi.... 

Wednesday, June 8, 2011

Walimatul urus - Shida & Azizul (05/06/2011)

Lepas g I-City bergegas blik ke Sabak Bernam sbb keesokkannya nak pergi umah Angah Ayang di Tanjung Karang.

Nak g tgk kat sana mana la tau kan ader apa2 yang perlukan bantuan tuk wat persiapan majlis perkahwinan anak sulung Angah Ayang iairu Shamshida (betul ker ejaan nama Along gitu).


I-City 2011 - 03/06/2011

Buat kali ke-2 aku menjejakkan kakiku ini kt I-City...

Demi memenuhi keinginan abg fendy, Kak Zie, Kak Liza, Liana & Linda yang beria2 sgt nak tgk taman berlampu tu....aku & my hubby bawa la diaorg g sana.

Kena bayar RM10 tuk parking sahaja...mahalkan? Masa aku & my hubby pergi thn lepas parking baru jer RM2.

Family Abg Fendy
Dengan Akak Liza, Adik Linda & Adik Liana
Wow.....sangat happening
Bermandikan cahaya lampu yg bergemerlapan
Di bawah pohon ini...aku rindu kamu
Macam kt China Town jer....
Sukanyer dapat jumpa dgn Patrick


Makan lagi - 02/06/2011

Kali nie abg Fendi belanja sate lak kat kedai makan Keramat AU4

Best betul la dapat makan makanan yg best2 cenggini

Buat abg Fendy & Kak Zie - Terima kasih kerana belanja makan, lainkali leh belanja kami lagi ek




Makan2 & jalan2 - 01/06/2011

Best betul duk kt KL

Malam tu abg Fendy ajak kuar makan...huhuhu...seronoknyer ader org nak belanja makan

Mlm tu kami adik beradik (Kal Liza, adik Liana, Adik Linda , Kak Zie & 2 oarg anak sedara aku Alya and Afrina.....kami menjamu selera kat Kg Baru. Tak ingat la nama kedai tu ape...tp makanannyer semua sedap2

Lepas makan..kami pun jenjalan kt Taman Dato Keramat tu. seronok betul dah lama x main buaian.

Snap2 gambar kt area situ

Teringin nak main buaian
Tomeynyer Afrina...cian dh malam2 baru mama & papa bawa g taman ek
Senyum semua....
Chakkks......agak kelam skit
Alahai...aku ker tu...ooppsss makin gemoookkkk....

Friday, June 3, 2011

Maafkan aku



Maafkan aku...........
Andai kata-kata ku itu telah menguriskan hati kecilmu
Andai kata-kata ku itu membuat kau bersedih

Maafkan aku
Bukan maksudku menidakkan keupayaanmu
Bukan maksudku untuk mencabar egomu

Fahamilah...
Aku juga terluka lantaran sikapmu yg sebegitu
Namun apa dayaku..
Tiada airmata yg menitis tika diri ini berhadapan dgnmu
Hanya Tuhan saja yg tahu
"Hati ini menangis hiba, meratap sayu & pilu"

Thursday, June 2, 2011

Sepi di taman ini.....


Engkau lihatlah, daun-daun di taman aku ini telah berguguran ini daun yang kekeringan.tiada haruman bunga kerana segala kuntuman bunga di taman aku telah kau larikan madunya kau hirup dan titis titiskan buat bersama skandalmu.


Buai-buaianku telah rosak tali buaian telah putus setelah puas kamu henyak kamu nodai..kamu datang secara bertamu. Yang pertama datang dengan kasihan meminta izin dengan muka kemanisan dan sedikit kegusaran. Taman aku ini hiburkan kamu berikan segala kenikmatan dalam taman,ada bunga ada madu ada wangian ada nada rasa juga ada timbang rasa.

Dan...ketika kamu melangkah keluar kamu ketawa kecil-kecil dan menyatakan `urmm..puas` kamu keluar dengan segala nada rasa. Dan taman ini juga untuk sementara pada kamu.

Dosa gugur bila suami isteri bersalam

Cium Tangan Suami by erwinkarim.

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Kisah Cinta Dan Waktu



Tersebutlah disuatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak. Ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik. Namun, suatu ketika datang badai menghempas dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. Cinta semakin kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu Ia berdiri ditepi pantai mencoba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki cinta.

Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu. " Kekayaan ! Kekayaan ! Tolong aku ! " teriak Cinta. "

" Aduh ! Maaf Cinta !" kata Kekayaan, " Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tidak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahu ini."

Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. Cinta sedih sekali, namun kemudian dilihatnya Kegembiraan lewat dengan perahunya. " Kegembiraan ! Tolong aku !", teriak Cinta. Namun Kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta.

Gembira, Sedih, Rindu, Cinta & Masa



Kisah bermula apabila empat orang sahabat baik iaitu Gembira, Sedih, Rindu dan Cinta mula menggembara untuk mencari Bahagia. Dalam perjalanan pelbagai cabaran dan dugaan mereka tempuhi. Semuanya dihadapi bersama-sama kerana mereka berjanji untuk sehidup semati. Ikatan antara empat orang sahabat ini amat akrab sekali. Susah senang dan liku-liku kehidupan diharungi bersama. Semuanya atas nama persahabatan yang jujur dan ikhlas. Tujuan mereka sama. Untuk mencari Bahagia.

Setelah penat meredah hutan, laut, bukit, denai, hutan dan paya akhirnya mereka berempat terdampar disebuah pulau. Kolek yang mereka naikki untuk pergi dari satu pulau ke pulau lain telah hancur dihempas ombak yang menggila dilautan. Empat sahabat ini berasa sangat kecewa kerana mereka sudah tidak dapat untuk meneruskan perjalanan mereka ke pulau-pulau lain untuk mencari Bahagia.



Dalam kalangan mereka ini Gembira adalah yang paling merasakan kekecewaan. Bagi Gembira, apabila menemui Bahagia nanti Gembira sudah semestinya tidak akan bersama dengan Sedih. Hal ini demikian, Gembira selalu sahaja berkonflik dengan Sedih. Walau bagaimanapun, Rindu dan Cinta seringkali menjadi pendamai apabila Gembira bergaduh dengan Sedih. Rindu dan Cinta bijak dalam mewujudkan suasana yang baik bagi memulihkan semula keadaan tersebut.


Pada ketika ini, Sedih terus diruntun pilu. Kepiluannya tidak dapat dibendung lagi sehingga Sedih ingin mengambil keputusan yang tidak sewajarnya. Sedih ingin membunuh diri di pulau itu. Hal ini demikian, Sedih tidak dapat menerima bahawa Sedih tidak akan dapat bertemu dengan Bahagia. Meskipun begitu, semua sahabat-sahabat Sedih memujuk Sedih supaya bertindak lebih rasional. Disinilah Rindu dan Cinta meminta Gembira untuk menghiburkan hati Sedih supaya matlamat mereka akan dapat dicapai bersama. Gembira amat berpuas hati kerana berjaya memujuk dan memulihkan Sedih dari terus dalam kepiluan dan Gembira juga sudah tidak kecewa lagi kerana Gembira mempunyai sahabat yang baik seperti Rindu dan Cinta.

Kekuatan itu bernama C.I.N.T.A

 
Bagaimana seseorang mampu untuk kerja berjam-jam seolah-olah tak mengenal erti penat lelah? Apa pula rahsia pekerja nelayan yang meninggalkan anak isteri bertarung dengan angin dan badai? Bagaimana dengan para petani, kuli, pekerja berat yang tahan membanting tulang ditengah terik panas atau dingin malam? 

Kekuatan apa yang mendorong mereka begitu kuat secara fizik dan secara mental?
 
Sedangkan di sudut sempit yang lain, banyak orang mengeluh kerana persoalan yang tidak besar dari hujung kuku. Kekuatan itu bernama cinta. Cinta yang melahirkan harapan dan pengabdian bagi kepada siapakah mereka mempersembahkan hasil kerja mereka; kepada keluarga nun jauh disana; kepada masyarakat yang banyak memerlukan karya mereka; kepada alam yang mengasuh mereka; kepada masa depan kehidupan yang sejahtera; atau kepada hati tempat cinta itu mengalir.
 
Bila anda mengeluh hanya kerana harus memanjangkan waktu kerja anda beberapa jam saja, maka kenanglah seorang pakcik yang menarik sampah kota ini. Beliau memiliki sesuatu yang kita cintai, yang kepadanya dia berikan kerja. Kepada beliau kita belajar pengabdian atas nama cinta. 

Ingatlah, selagi ada masa...hanya masa itu yang akan menentukan pengertianmu tentang erti cinta yang harus kita perjuangkan.

 

Wednesday, June 1, 2011

Perihal cinta


Cinta itu bukan untuk dilupakan,
tapi untuk diingati dan dikenangi
walaupun akhirnya tak seperti yang kita inginkan..
tapi kita harus tetap berjuang,
untuk menghadapi masa depan yang tak pernah terbayangkan..


Cinta hadir kerana perkenalan,
bersemi kerana perhatian,
berbahagia kerana kerinduan,
bertahan kerana kesetiaan,
tapi cinta bisa gugur,
kerana pembohongan dari orang yang dicintai..


cinta adalah sesuatu yang sulit untuk didapatkan..
tak dapat digantikan oleh apapun..
bila cinta sudah datang..
jangan biarkan cinta itu pergi..
kerana kamu akan menyedari betapa berharganya cinta itu..
saat ia sudah jauh darimu..

Jangan disakiti hatinya


Jika kita mengalami kekecewaan yang sangat dalamsehingga sampai ke relung hati, jangan segan-segan untuk menangis.

Ya, menangislah!!
Biarkan air mata menitis di pipi. Jangan biarkan air mata menitis di hati.

Air mata yang menitis di dalam hati, jauh lebih berbahaya daripada air mata yang menitis di pipi.
Air mata yang menitis di wajah, masih bisa dihapus tapi kalau air mata yang menitis di hati dan terus mengalir di dalam hati, tidak akan dapat dihapus dan akan terus menggenangi hati sehinggan hati akan terus terendam di dalamnya.


Jangan biarkan hal ini sampai terjadi kerana hati pasti akan jadi terluka dan beku. Luka itu akan menimbulkan rasa sakit yang amat sangat.

Aku wanita.........



Aku wanita yang berpandu arah
Akal dan naluriku sendiri
Aku wanita yang diciptakannya
Berbekalkan impian murni
Laluan masa tiada kusedar
Serentak ku mengatur langkah
Mekarku di rantauan penuh duka
Atas fitnah dusta durjana
Tangisan gembira
Tangisku meronta
Bersatu dalam satu wardah
Tertawa berduka
Dan tawa gembira
Bersatu dalam satu wardah

Wahai lelaki.......


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana mereka diciptakan begitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:

Konflik rumah tangga


Kata pepatah: sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Memang benar bahawa perbezaan pendapat dan kadang-kadang pergaduhan boleh berlaku dalam sesebuah rumah tangga.

Allah jadikan setiap manusia berbeza dari sudut kecenderungan, minat, perwatakan, kemampuan, perangai, cara berfikir dan fizikal. Selain faktor-faktor seperti genetik, perbezaan ini banyak dipengaruhi oleh pendedahan kepada persekitaran yang berbeza berdasarkan latar belakang keluarga, sub-budaya dan budaya. Jadi, tidak hairan lah jika suami isteri akan mengalami beberapa cabaran dalam proses penyesuaian.

Pergaduhan suami isteri bukan sahaja kerana perbezaan latar belakang. Bahkan dalam kes suami dan isteri yang datang dari latar belakang yang sama pun kadang-kadang berlaku juga perselisihan. Seribu satu kelemahan dan kekurangan yang ada pada manusia menyebabkan berlakunya perbezaan dalam keluarga. Kadang-kadang ia berpunca dari suami, dan kadang-kadang ia berpunca dari isteri. Namun dalam banyak keadaan ia adalah akibat kelemahan dan kesilapan kedua-dua suami dan isteri.

Rajuk di hati wanita


1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
-mahu kan handbag baru...tapi bf or suami asyik la habis kan duit utk modified kereta...beli new henset...owh~

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
-'u ni..leceh la.....' ungkapan yang memang mencengkam kalbu...

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
-lelaki sering lupa hari2 istimewa...seperti anniversary....besday...

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
-'lisa surihani cantik kan???' mesti la jeles walaupon hakikat lisa memang cantik....=)

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingka
n dengan wanita lain.
- ' u tau ofismate i kulit dia perfect u tau...'

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
-'i dah kenyang la..u makan je la...'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...