Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, September 30, 2011

Nak komen macam mana nie......????

Dah banyak kali terjadi macam nie, tengah berkobar2 nak komen tetapi bila drag cursor kat bawah....kotak komen tu mcm nie lak.....

Ader saper yang boleh tolong bagitau saya x, naper kotak camni boleh wujud sebab boleh la saya bgtau kat pemilik blog yang susah saya nak drop komen....

Anniversary Giveaway AzatieSayang

Petang2 mcm nie mata cepat ngantuk la. So nak elakkan tertido saya g jalan2 ke umah Fara Liana terjumpa lak entry ttg "Anniversary Giveaway AzatieSayang"


"Sempena anniversary Atie & hubbynyer pada 9/9/2011 baru-baru nie, saya ingin mengucapkan tahniah. Semoga Atie dan suami bahagia bersama hingga ke akhir hayat. Semoga berjaya menjadi isteri yang solehah, ibu mithali buat anak2 yang sgt comel. Semoga Allah swt melindungi dan merahmati Atie sekeluarga."

Saper2 nak join sila klik banner tu laju2 yer


Syarat-syaratnya:

1.Mesti mempunyai Blog
2.Mempunyai alamat di MALAYSIA(yg dok luar negara kot2 nk join!)
3.Trpulang samada nk FOLLOW/TAK...(ikut suker la)
4.Sila buat 1 n3 yg ringkas ttg GA nie...buat la ucapan sikit sempena Anniversary atie & HB
5.Tinggalkn link n3 korang di bawah n3 ini SAHAJA.
6.Pemenang akan di pilih melalui cabutan/random....lom pasti lg!
7.Tarikh tutup 30/9..Kul 12 mlm.

Air sungai di Selangor kualiti kelas ketiga

Ikhlas dari encek google

KLANG: Kualiti air sungai di Selangor menurun daripada kelas satu dan dua kepada kelas tiga akibat pencemaran sektor perindustrian, aktiviti pembuangan sampah dan bahan buangan dalam sungai.
 
Naib Presiden Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAn), Aldric Loong, berkata kualiti air sungai kelas ketiga berada pada tahap sederhana yang memerlukan kos tinggi bagi merawatnya.

Menurutnya, sebanyak 53 peratus daripada bekalan air terawat yang disalurkan kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dari sungai yang diklasifikasi dalam kelas ketiga.
 
“Kos merawat air sungai yang kualitinya berada pada tahap ketiga lebih tinggi kerana kandungannya sedikit tercemar,” katanya selepas menghadiri perbincangan meja bulat 2011 mengenai keadaan pembekalan air semasa di ketiga-tiga kawasan itu, di sini, semalam.

Aldric berkata, kualiti air sungai dibimbangi terus meningkat kepada kelas empat hingga mungkin membabitkan kos rawatan air jauh lebih tinggi andai sumber berkenaan tidak dijaga dengan baik.

Bagaimanapun, katanya, keadaan lebih serius apabila kualiti air sungai berada pada tahap kelima yang langsung tidak boleh dirawat.

“Justeru, setiap masyarakat perlu memainkan peranan menjaga kebersihan sungai demi kelangsungan masa depan,” katanya.

p/s: Saya pakai air yang kelas 3 ker patut la percuma ek...x berkualiti....oouuwhhh...

"SEGMEN SIMPLE : NAK JOIN BLOGLIST NASZ BULAN OKTOBER 2011".

Sebab saya nak join bloglist mohdnaser nie sebabnyer cuba tgk kat header dia tu....."aku hanya seorang lelaku biasa yang hidup di muka bumi ini"...

Kerana ayat tu saya berani nak jadi bloglist mohdnaser sebab kalau luar biasa tu cam takut jer....karang tetiba bertukar jadi alien ker...bertukar jadi vampire ker ...... naya kan...

Semoga mohdnaser berjaya hendaknyer. Semoga mohdnaser sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah swt

Saper2 nak join bloglist nie sila klik kat banner tu ek.



Syarat-syaratnya:
1. Buat satu entry dengan Copy dan Paste Gambar header di atas serta linkkan ke post ini.

2. Salin Tajuk ni, "SEGMEN SIMPLE : NAK JOIN BLOGLIST NASZ BULAN OKTOBER 2011".

3. Beritahu sebab korang nak join Bloglist saya.

4. Pastekan link korang kat ruangan komen di bawah.

Simple je kan? Dijemput semua join ye? Saya buka kejap je. Siapa cepat, dia dapat. Hehehe.

Tarikh Tutup : 30hb September 2011 (Pukul 11.59 malam).

Jom Join Bloglist Lighta Shadowee.

Buka blog pepagi tadi de nmpk komen dari kancil8349. Baiknyer hati dia sebb tag saya tuk join bloglist Lighta Shadowee nie.

Tgk header blogger nie tetiba hati teringat kat kampung isk..isk..isk...rindunyer nak balik kampung padahal raya rie tu baru jer balik.....

Pemilik blog nie namanyer Ahmad Hisyam. Dia nie dah berblog dari bulan Febuari 2009.......lama dah rupanyer berkecimpung dlm dunia blog. Sejuk mata memandang tgk blog  lightshadow88. Awan tu kaler ijau biru...nmpk tenang sgt2....

Apa yang saya merepek nie...nie bkn segmen puji memuji blog...hehehhee...ok ok....saper2 yang nak join bloglist nie sila klik kat banner bawah tu ek.




Tarikh tutup:  25 November 2011 


Tag :~



Thursday, September 29, 2011

Saya nak join Bloglist Panggil Aku Han



Klu berminat nak join, sila klik kt banner di atas nie

Blog panggil aku Han nie baru jer lagi bulan 7 April 2011 mcm tertulis kt header blog nie la. Tp amat mengagumkan bila blogger nie mempunyai 957 follower. Hebatkan dia....

Suka kan background blog nie yg simple de corak2 batik warna coklat cair...sweet sgt...

Hopefully pemilik blog nie akan menjadi salah satu blogger yg terfemes d Malaysia

Cinta Korea Maaduu.com

Tonton drama Korea percuma tanpa batas -http://www.maaduu.com/



Sebuah laman web yang menayangkan bahan hiburan dari Korea Selatan. Pada kelajuan yang sangat pantas, seleksi drama terkini tersebut dapat ditonton tanpa tersekat-sekat. Maaduu.com menjadi laman web kegemaran peminat drama korea. Layout maaduu.com sungguh mesra pelayar Internet.

Paling penting, ia menyediakan sarikata dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Keistimewaan yang terdapat pada laman web kendalian Play TV Asia Sdn. Bhd. itu adalah kepantasan drama iaitu disiarkan dalam tempoh 48 jam selepas tayangannya di televisyen Korea Selatan.

Jadi, maaduu.com adalah saluran yang pertama di Asia yang menyiarkan drama-drama terkini dari stesen televisyen Korea, Korea Broadcasting System (KBS) dan Munhwa Broadcasting Corporation (MBC).

Pihak maaduu.com memproses fail drama melalui proses pemampatan fail, menyediakan sarikata sehinggalah ia dapat disiarkan di laman web itu.

Teknologi yang mereka gunakan membolehkan sesebuah drama itu ditonton dengan cepat tanpa tempoh buffer seperti laman YouTube atau laman-laman video lain

Teknologi yang digelar Pure Streaming yang digunakan pengendali laman web tersebut membolehkan sesebuah video boleh ditonton dengan saiz paling kecil iaitu 300 kilobait per saat.

Kualiti gambar pula sama seperti penonton sedang menonton drama daripada cakera padat digital (DVD) dan ia juga boleh ditonton di televisyen jika mempunyai sambungan Antaramuka Multimedia Definisi Tinggi (HDMI

Untuk menjadikan laman web maaduu.com lebih interaktif dan membolehkan pengunjung bersosial dengan penonton lain, ia dipautkan dengan laman sosial Facebook.

Penonton yang mempunyai akaun Facebok dan telah mengklik pada fanpage kami, mereka dapat berbual melalui ruangan komen sambil menonton

Bagi pengunjung baharu laman web maaduu.com, anda hanya perlu mendaftar sebagai pengunjung secara percuma dan boleh terus menonton drama pilihan.Bagaimanapun, sebelum pengunjung dapat menonton pelakon Korea kesukaan masing-masing, sebuah video komersial perlu ditonton tanpa boleh dipercepatkan.

Terang Pengurus bersama maaduu.com, Syed Yazrine Shahab, 44, ia mempunyai tujuan yang sama dengan medium media lain iaitu memberi pendapatan kepada pengendali laman web.

Setiap drama yang disiarkan tidak ada sebarang potongan atau kerja-kerja suntingan. Penonton juga dapat menonton terus-menerus sehingga episod tamat.

laman web tidak tertakluk dengan undang-undang penapisan Filem Negara atau Finas tetapi atas dasar tanggungjawab, pihaknya akan memastikan setiap drama yang ditayangkan mendapat kelulusan pihak penapisan Korea untuk tontonan keluarga.

Kepada semua penonton drama Korea, drama-drama yang disiarkan dalam laman web tersebut adalah percuma dan sah di sisi undang-undang. Penayangannya di Malaysia mendapat pengesahan pihak penyiaran Korea Selatan.

p/s: Dah lama rupanyer laman web nie wujud, saya jer yg x tahu...sedih betul

SEGMENT JUST GOOGLE IT - AZURIN RAMLI



Klu berminat nak join, sila klik kat banner tu

Syarat-syarat:

1. Mesti la kena follow blog http://belogjurn.blogspot.com
2.Copy banner kt atas tu and link kat entry empunya segment
3. Buat entry bertajuk SEGMENT JUST GOOGLE IT - AZURIN RAMLI
4. Masukkan SYARAT sekali dalam entry korang yea
5. Jangan lupa hantar link entry korang kat komen box empunya segment
6. Jawab soalan2 kat bawah tu


Soalan 1 : Nick Name




Soalan 2 : Age



 



Soalan 3 : Hobby (s)




Soalan 4 : I want to be?



Soalan 5 : I love to eat?




Soalan 6 : I wish I can?


Wednesday, September 28, 2011

SEGMEN : Lagu Ini ...



Saya x tahu apa masalah saya sbb setiap ari saya seakan wajib jalan2 ke blog nie kancil8349. Masa sekodeng blog kancil8349 saya ternmpk segmen nie lalu saya pun join la.

Mesti rakan blogger tertanya2 kenapa saya x memilih lagu2 yang berbentuk cinta kpd kekasih atau si suami. Lagu2 cinta utk suami terlalu byk tetapi kali nie saya nak dedikasikan lagu ini buat rakan2 seperjuangan saya semasa di sekolah menengah. Kenapa sek menengah? Ssbb saya xde 1 pun kenangan manis semasa sek rendah....

Lagu pilihan saya ialah :~ Sahabat (Penyanyi : Amar)


Happy birthday Comel




Ari nie birthday anak sedara saya namanyer Nur Afrina Zhufairah bt Masrol Effendy. Genap setahun Pina ari nie yea.

Nur ~ Cahaya

Afrina ~ Pipi kemerah-merahan

Zhufairah ~ Yang banyak mendapat kemenangan

 
Semoga Pina panjang umur. Semoga menjadi anak yang taat kepada papa & mama. Semoga menjadi anak yang solehah. Semoga cemerlang dunia dan akhirat. Amin

p/s ~ Suka sgt kat budak nie sbb dia comel cam anak org jepun jer....

Wordless Wednesday #9 Senyum

Tuesday, September 27, 2011

Samsung M2 series external hard disk with USB 3.0 500GB Beige

 
Ni citer ptg semlm. Lepas solat maghrib encek husband cakap dia ada beli something tuk saya. X sangka gak dia masih ingat.

Benda nie saya nak dari tahun lepas lagi. Nak beli sendiri x reti la. Lagipun x tau harga sebenarnya baper. Nak kena survey dulu kan? Klu ikutkan saya, klu dah jumpa mmg pakai beli jer. Tp encek husband bagus sgt2 walaupun saya ckp dah lama tp dia still ingat.

Saya tanya baper harga? Tp encek husband berkata "jangan tanya harga.".....ok...ok.....  Apa pun terima kasih Encek Khairul Azman b Mohd Halmi merangkap suamiku yang tercinta. Terima kasih byk2 sbb belikan ini utk sayang...eecceehhh ngada2 lak.

p/s: to encek husband ~ ujung thun nie jgn lupa ek belikan sayang Nokia N9 tu, tangan nie dh gatal2 nak pegang HP tu (sajer ngada2 padahal boleh jer beli sendiri. Klu owg belikan lain skit, rasa syg menyayangi benda tu lain...hahahaha)

If you fail to plan, you can plan to fail


Ungkapan ini adalah suatu ungkapan yang sudah sering kali kita dengar. Ungkapan ini sangat pendek namun begitu mempunyai maksud yang sangat mendalam. 

Semua orang berhak merancang untuk menentukan kehidupan mereka akan datang, kerana tanpa perancangan yang bijaksana pasti kita akan termasuk dalam kalangan orang2 yang gagal.

Perancangan amat penting. Dengan adanya perancangan, pelaksanaan untuk berjaya dilakukan. Namun, adakah setiap pelaksanaan itu terus membuahkan hasil?

Mungkin ia dan mugjin juga tidak Oleh itu kita perlu terus merancang, dan mengubah perancangan itu mengikut keadaan.

Apa yang penting adalah matlamat yang diimpikan akan berjaya, kerana perancangan dalam kehidupan ini terus bertumpu kepada suatu perkara iaitu KEJAYAAN. Bagaimana jika kehidupan ini tiada perancangan? Jika kita tiada perancangan, maka sebenarnya kita telah 'merancang' untuk gagal dalam kehidupan...

Tetapi kita perlu juga kembali kepada fitrah kehidupan kita, perancang yang maha hebat adalah Allah swt. Kita hanya merancang tetapi Allah swt yang menentukan. Oleh itu, pastikan diri kita dekat dangan Allah swt. Semoga apa yang kita rancangkan akan membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Seandainya apa yang kita rancangkan tidak berbuahkan hasil, jangan sesekali berputus asa kerana Allah swt telah merancangkan sesuatu yang lebih hebat dari perancangan kita.

Monday, September 26, 2011

Hadiah Cincin Berlian

 
Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."
 
p/s: Berikanlah sst itu dgn keikhlasan & ketulusan bukannyer keterpaksaan krn utk membahagiakan org2 kesayanganmu itu wlpn sekecil zarah sekalipun mrk akan mendoakan yg terbaik utkmu

Wardah Alisya: Pencarian bermula!

Mata cam dah nak tutup rapat2 jer. Ngantuk sgt2. Pa kata blogwalking dulu la. Langkah tetiba terhenti di blog nie http://maszull.blogspot.com....

OOouuwwhhh..... Alisya nak kumpul bloglist...Nak join? Klik kat sini ek ---->wardahalisya


Tutup: Setelah cukup 50 blog yang join.
 
 

Buang al-Quran di bangsal lembu




BACHOK - Penduduk Kampung Pauh Sembilan dekat sini gempar apabila menemui beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal lembu dipercayai untuk dilupuskan secara tidak sah.

Seorang penduduk, Mamat Harun, 65, berkata, kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, sebuah treler telah memasuki kampungnya dan dia sempat melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak ke dalam sebuah lori kecil.

Menurutnya, treler tersebut berhenti dalam jarak satu kilometer dari bangsal tempat al-Quran tersebut ditinggalkan dan terpaksa menggunakan lori kecil untuk mengangkutnya.

"Jalan ke bangsal ini sempit, jadi treler berhenti di simpang jalan dan mereka menggunakan sebuah jengkaut untuk memindahkan al-Quran dari treler ke sebuah lori kecil sebelum dihantar ke bangsal tersebut.

"Saya sempat tanya, mereka beritahu dari Kuala Lumpur dan diarahkan untuk menghantar al-Quran tersebut ke sini untuk disimpan," ceritanya ketika ditemui semalam. Tambahnya, jarak antara rumahnya ke bangsal tersebut hanyalah 200 meter dan pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.

Bagaimanapun dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa orang polis dan pegawai pejabat agama datang ke kawasan tersebut petang kelmarin. Katanya, bangsal tersebut yang seluas 1.4 meter x 2.8 meter itu pernah dijadikan tempat menyimpan makanan lembu seperti dedak dan rumput namun tetapi kini tidak lagi digunakan oleh pemiliknya.

Sementara itu, sumber Pejabat Agama Jajahan Bachok memberitahu, siasatan awal mendapati al-Quran tersebut mungkin untuk dilupuskan. Ia berikutan terdapat kecacatan daripada segi cetakan dan reka bentuk ataupun kesilapan pada ayat al-Quran itu sendiri. Katanya, al-Quran tersebut telah dihantar ke sini oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur dan akan diserahkan kepada individu tertentu untuk dilupuskan dan bangsal tersebut hanya dijadikan transit.

"Kita telah membuat laporan polis dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu terbabit kerana tindakan melupus al-Quran perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan hanya boleh dibuat di kawasan tertentu sahaja."Saya dimaklumkan tempat untuk melupus al-Quran ini hanya di Kuala Lumpur dan prosesnya melibatkan kos yang tinggi. Jadi, ini mungkin salah satu cara pihak tersebut untuk mengurangkan kerugian yang dialami," ujarnya.

Jelas beliau, pihaknya telah menutup kawasan tersebut dan kesemua al-Quran terbabit juga ditutup dengan rapi bagi mengelakkan ia disalah guna. Kawasan tersebut kini di bawah pemantauan polis sehingga siasatan selesai dan tindakan susulan diambil.


SEBAHAGIAN daripada beribu naskhah al-Quran yang dibuang di bangsal lembu di Bachok, Kelantan semalam.

Friday, September 23, 2011

SEGMEN JOM KENAL BLOGGER MALAYSIA




Tadi jalan2 kat blog kancil8349, blogger nie rajin juga singgah ke blog lini and drop komen. Masa jalan2 kt blog tu de nmpk entry kt bawah nie. Terasa cam nak join jer...Saper2 nak join sila klik dewisyifaindehouse


Tarikh tutup : 8 Oktober 2011

Thursday, September 22, 2011

saya nak buat kek untuk merahitujambu

Saya tak pernah pun wat doodle, ini adalah percubaan saya yg pertama. Macam best jerkan wat kek,  saya tak reti wat kek so saya lukiskan jer la....

Klu de saper2 nak wat kek doodle tuk merahitujambu, klik sini merahitujambu


Ucapan untuk merahitujambu : ~
  • Semoga panjang umur
  • Semoga murah rezeki
  • Semoga bahagia dunia dan di akhirat
  • Semoga success selalu
  • Semoga bertemu dgn jodoh dikalangan lelaki yg baik2
  • Semoga menjadi wanita solehah, ibu mithali

Tag :~

Eka
hidayah

Wednesday, September 21, 2011

1 GA Cik Najihah - Meriah Yaw



Saper2 nak join ===>http://najihahfara.blogspot.com/

Nk amik kesempatan tuk wish birthday tuk Najihah. Semoga Najihah panjang umur & murah rezeki. Semoga Najihah success selalu

150,000 kupon percuma LRT elak orang ramai pandu kereta

KUALA LUMPUR - Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) semalam mengedarkan 150,000 kupon percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala percuma Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun mulai esok.

Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam berkata, ia tanda sokongan kepada kempen Hari Bebas Kereta Sedunia yang akan disambut esok dengan tujuan mengurangkan pengeluaran karbon yang dihasilkan kenderaan persendirian serta menyedarkan orang ramai untuk memilih menaiki pengangkutan awam.

Bercakap dalam sidang akhbar ketika melancarkan kempen menyokong Hari Bebas Kereta Sedunia itu di sini semalam, beliau berkata, kempen itu turut menggalakkan orang ramai untuk menunggang basikal dan kemudahan meletak basikal disediakan di 17 stesen LRT.

Wordless Wednesday #9 N9

Nokia N9-00

Monday, September 19, 2011

Bunyi yg membingitkan telinga



Dari masuk keje lg smpai skrg x terkira dah berapa puluh panggilan yg aku jawab.

Secara jujurnya, mmg penat sgt. Itu x kira lagi layan kerenah owg yg mcm2...xde budi bahasa, call tau nak marah2 jer, dah staff diaowg x buat keje nak maki2 kita lak. Apsal? nak kena lempang ker? Karang lempang smpai hidung berdarah baru taw...

Dah la isnin is boring day, ditambah lg dengan peel owg yg bukan2 nie wat sakit ati jer. Salah org kita lak yg kena maki..Aduyai


Thursday, September 15, 2011

"Contest I'm Proud To Be A Muslimah"


Nak join sila klik di sini fiqracake


Tag:

1. missnadianasir
2. mrspuex
3. dearlover





"Cantiknya wanita itu sbg GADIS, bukan kerana merah kilauan lipstik, pd bibir mekar senyuman kosmetik. Tetapi pada KEPERIBADIAN terpelihara, KELEMBUTAN dn KESOPANAN menghiasi jiwa.

Cantiknya wanita itu sbg seorg REMAJA tidak pada kulitnya halus terdedah, utk menggoda pandangan nafsu mata, tetapi pada kehidupan tejaga dri mangsa tohmahan dunia.



Cantiknya wanita itu sbg HAWA, tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam, sehingga turunkan insan ke dunia, Tetapi sebagai pembakar semangat Perwira, menjadi tunjang perjuangan syuhada.


Cantiknya wanita itu sbg ANAK tidak menjerat diri pada lembah kederhakaan, mengalir mutiara di kelopak mata, tetapi menjadi penyelamat kepada ibu bapa pada hari kebangkitan bermula..."




Hadiah yang bakal korang dapat mengikut pemarkahan:


UPDATE 15 SEPT

Pertama:
x1 Long Sleeve lycra maxi dressAnaf Marketing
x1 tudung - Naura Fashion
x1 tudungAinz Eshop
x1 gypsy crumple shawlAidaRabbaniyin
x1 purseJom Chantek Chantek
x1 inner neckZara Hijjab

Kedua:
x1 t shirt muslimahIman Abdul Gallery
x1 tudung syria yunaEila Cuteness Shoppe
x1 purseFariza Faisal Boutique
x1 inner neck - Zara Hijjab

ketiga:
1 tudung & x1 assesoriesHappy Qlasik
x1 tudungAinz Eshop

keempat:
x1 gypsy crumple shawlAidaRabbaniyin
x1 Dress untuk girlLittle Darlings Closet
x1 tudungAinz Eshop

kelima:
x1 satin shawl & x1 broochNia Collections
x1 tudungAinz Eshop
 x1 Dress untuk girlLittle Darlings Closet

keenam:
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 shawl - Zara Hijjab

ketujuh:
x1 shawl plainAinoura Collections
x1 purseJom Chantek Chantek
x1 shawl - Zara Hijjab

kelapan:
x1 tudungAinz Eshop
x1 purse replika coach -  Anything Shop

kesembilan:
x1 shawl plainAinoura Collections
x1 coklat cadbury - Afiq

kesepuluh:
x1 satin shawl - Anything Shop


untuk siapa?? kite tgk nanti ;)
x1 coklat @ 35 cavity - Coklat Manis2u
 

Biskut coklat lipas

KESAL...Mohd Syahmi menunjukkan biskut yang mengandungi telur lipas.
KESAL...Mohd Syahmi menunjukkan biskut yang mengandungi telur lipas.
 
KLANG: Terkejut, jijik dan meloyakan. Itu perasaan seorang pekerja swasta apabila mendapati biskut coklat yang dimakan selepas membelinya di sebuah kedai runcit, di sini, mengandungi telur lipas.
Malah, lebih menjijikkan, Mohd Syahmi Saad, 36, berkata apabila diperiksa di dalam tin biskut itu turut menemui bangkai seekor lipas.

Menceritakan kembali, Mohd Syahmi menyatakan dia bersama beberapa rakan sekerja mengisi masa rehat dengan berbual kosong sambil makan biskut itu. “Ketika bersembang, saya tertarik melihat bijian coklat yang terdapat pada biskut berkenaan kerana agak pelik dan mengambil pen untuk memecahkan bijian coklat itu.

“Saya dan rakan hampir termuntah apabila melihat beberapa anak lipas yang masih putih keluar dari bijian coklat itu dan terdapat beberapa ulat yang bergerak-gerak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Lebih memeranjatkan, apabila Syahmi dan rakan yang memeriksa kandungan di dalam tin biskut berkenaan menjumpai seekor lipas yang sudah mati. “Syarikat biskut terbabit sepatutnya memeriksa tahap kebersihan lebih-lebih lagi syarikat mereka mempunyai nama besar sepatutnya tidak mempunyai masalah dari segi kebersihan.

“Apapun, mana-mana syarikat perlu menjaga kebersihan kerana ia memberi kesan kepada kesihatan pengguna dan pembeli,” katanya. Menurutnya, dia sudah menghabiskan hampir 70 peratus daripada tin biskut coklat bertarikh luput pada 2013 itu sebelum menyedari kejadian itu kerana biskut yang mempunyai telur lipas itu berada di lapisan bawah.

Sementara itu, wakil syarikat pengeluaran biskut terbabit, ketika dihubungi, berkata cara penutupan yang tidak rapat boleh menjadi punca lipas memasuki tin biskut itu.

“Bagi telur lipas yang menyerupai bijian coklat itu, saya menolak sekiranya ada yang menganggap kami menggunakan telur lipas bagi mengurangkan modal.

“Kebersihan syarikat kami tidak perlu dipertikaikan kerana berada pada tahap amat memuaskan dan pemeriksaan kebersihan dilakukan dengan kerap,” katanya.

Wednesday, September 14, 2011

Kotak Bulat ajak tukar link



Ader saper2 yg berminat, meh join http://nazihanali.blogspot.com

kenapa nak masuk dalam bloglist blog ini?

Sebab saya nak baca cerita2 menarik dr kawan2 blogger dan dapatkan kawan2 baru

VCO Halagel Part I



Jumaat lepas saya de wat entry pasal Virgin Coconut Oil : Halagel vs Catalyst. Entry tu dah lama nk wat cuma tertangguh jer

Fikir punya fikir, akhirnya saya dah wat keputusan tuk beli VCO keluaran Halagel mcm gambar kat atas tu. Ptg Jumaat tu bergegas pergi ke kedai berhadapan dgn bangunan ofis tmpt saya bekerja. Kat situ hanya de jual keluaran Halagel sahaja..

Baru 5 ari guna dah terasa cam ader perubahan. Muka jadi semakin tegang, jerawat2 yang kecil2 tu tiba2 mengecut.....buat masa nie itu ajer perubahan yg boleh saya kongsikan di sini. Tak sabar nak tgk perubahan wajah nie. 

Yang penting nak ilangkan parut jerawat yg menyebablkan "self confidence" jatuh mendadak ke carta paling tercorot dan x boleh nak naik2 lagi.

Wordless Wednesday #8 Nobody

Saturday, September 10, 2011

Makhluk kecil berwarna biru

Aktiviti hari nie.....

Dalam pukul 7.30 pg berjoging di Tasik Seksyen 7, Shah Alam ~ Dah lama betul x bersenam, lemak2 semakin bermaharajalela, dah semakin tepu, badan dah jd semakin berat tuk bergerak ~ Bersenam itu penting untuk kesihatan diri ~ Lepas bersenam pergi sarapan pagi di kedai berhampiran Masjid Shah Alam.

Dalam pukul 11.30 gerak ke Jusco Bukit Raja....dah lama benar tak tgk wayang ~ Kali nie movie pilihan kami adalah Smurf 3D ~ Nie 1st time pkai spek tuk tgk movie 3D ~ Gi tgk movie dgn en.husband dan 2 org adik ipar (Siti Raudzah & Mohd Ridwan)



Raya 2011

Walaupun dah agak lambat nk tepek gmbr raya tahun 2011 nie, saya tetap nak wat post ttg nie.

Tahun nie beraya dlm keadaan yg tersgt simple....

Tahun paling pelik sebab hanya 2 3 gmbr jer yg sya snap sepjg hari raya di kampung Kota Jembal Kota Bharu...

Gambar beraya kat Sabak Bernam langsung xde...

Friday, September 9, 2011

SEGMEN : AWAK SUKA MAKAN KUIH RAYA APA ???



Klu berminat, klik kt sini tirana91

Saya suka sangat mkn biskut yang ader kacang. Biskut pilihan saya adalah biskut mazola

Virgin Coconut Oil : Halagel vs Catalyst



Halagel Virgin Coconut Oil RM45/120 sofgel

Halagel Minyak Kelapa Dara
Sofgel Minyak Kelapa Dara HALAGEL dirumus khas daripada Minyak Kelapa Dara yang melalui proses bioteknologi tanpa suhu tinggi dan bahan kimia. Setiap sofgel mengandungi 500mg Minyak Kelapa Dara. Gelatin yang digunakan sebagai penyalut sofgel ialah gelatin Hlagel yang diiktiraf halal oleh JAKIM.

Apakah itu Minyak Kelapa Dara?
Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil) merupakan minyak yang paling berkhasiat di atas muka bumi. Minyak Kelapa Dara dihasilkan daripada 100% kelapa organik tulen tanpa kolesterol dan bahan-bahan asing. Kehebatan Minyak Kelapa Dara kini semakin popular sebagai penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan bagi pelbagai penyakit. Ia diserap terus oleh dinding-dinding usus tanpa memerlukan bantuan enzim dan dihantar terus ke hati dan diproses menjadi tenaga untuk digunakan oleh tubuh.

Mengapa Minyak Kelapa Dara penting?
Minyak Kelapa Dara tinggi dengan kandungan asid laurik yang merupakan 'Medium Chain Fatty Acid' yang mempunyai fungsi tambahan yang amat berguna untuk membentuk Monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal dan helicobacter pylori serta protozoa seperti giardia lamblia. Sesetengan kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial. Secara tidak langsung Minyak Kelapa Dara berupaya meningkatkan sistem ketahan badan.

Khasiat Sofgel Minyak Kelapa Dara Halagel
* Membantu mengurangkan risiko kanser, mengawal diabetes
* Menyingkirkan batu karang dan batu hempedu
* Membantu menguatkan sistem ketahahan badan
* Mencegah jangkitan bakteria, virus & fungus
*Meningkatkan sistem penghadaman, penyerapan nutrien, kadar metaolisme dan pembakaran lemak.
* Membantu mengurangkan risiko arteriosklerosis dan penyakit jantung.
* Membantu memudahkan bersalin
* Membantu memulihkan & memperbaiki kulit yang rosak (kulit menjadi halus & licin)
* Membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kelemumur.
* Sesuai untuk pemanduan jarak jauh dan mereka yang kuat bekerja atau bekerja lebih masa.


Teringin sangat nak beli VOC nie tp x tahu la mana yg lebih ok ~ Kalau dilihat secara kasar, khasiatnya sama sahaja tetapi mengapa produk Catalyst menjadi pilihan ~ Kenapa produk Halagel nie tak popular? ~ Adakah produk halagel ni x memberi kesan yg positif kpd pengguna? ~ Kawan2 yg telah gunakan produk nie boleh bagi pandangan x?

Datang dari mana...?


Macam x percaya jer. Betul ker nie? hahahaha.....aku tergelak sorang2 macam nak pecah perut. X sangka lak de owg dr luar yg sudi baca blog aku yg ntah apa2 nie

Apa2 pun thanks la pada mereka2 yg sudi singgah di blog yg tak berapa berlemak n tak femes nie.....

Buang bapa, kebas wang

MALANG...Wahid (tengah)  ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.
MALANG...Wahid (tengah) ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.
 
LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.

Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.
Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.

Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.


~ Sedih sampai menusuk ke relung hati bila terbaca berita2 dan mengetahui ada anak2 yg sanggup membuang ibubapa sendiri demi kepentingan peribadi. Seandainya kita membenci mereka krn mereka tidak mendidik kita dengan sempurna namun begitu kita sebagai anak tidak layak berbuat demikian. Sejahat2 mana mereka, mereka tetap ibubapa kita. Sebagai seorg anak adalah tanggungjawab kita utk menjaga kebajikan mereka sehingga nafas mereka yang terakhir. Kesilapan yg mereka buat itu adalah urusan mereka dengan Allah swt dan kita tidak perlu menghukum mereka sedemikian rupa ~

Thursday, September 8, 2011

N.E.I.G.H.B.O.U.R


Kamu kenal tak siapa yang duduk disebelah rumah kamu tu?

Kamu tahu tak jiran kamu tu kerja apa?

Dari mana asal mereka?

Siapa anak-anak mereka?

Kalau pertanyaan tu di tanya pada saya pasti saya geleng kepala sebab, nnt klu cakap sebab itu sebab ini org akan kata "nak wat alasan la tu". Sedangkan hakikatnya begini, saya nie kuar umah dah la subuh2 buta balik plak dah dekat Maghrib, macam mana nak kenal jiran tetangga?

Ari minggu pulak sibuk dengan urusan suri rumahtangga. Nak kemas itu kemas ini, nak basuh itu basuh ini. Mana la ada masa la nak beramah mesra dengan jiran tetangga.

Bercerita tentang jiran nie.....

Ptg semlm lebih kurang dalam pukul 7.10 ptg (saya baru jer nak buka pagar rumah) tetiba terdengar suara org perempuan bagi salam. Ooouuwwhhhh...jiran sebelah rupanyer, jawab salam dulu sebab jawab salam itu wajib :-)

Jiran saya: Dik, sila la datang ke rumah malam nie yea, de wat makan2 skit. Ajak cik abang sekali.

Saya: Gurrllppp......(telan air liur)

Jiran saya: Datang yea dik. Baru balik dr kerja ker?

Saya:Yea kak, saya keje kt KL

Jiran saya: Jauhnyer...xpe rehat dulu tp datang makan tau

Saya: Ye kak

Sepanjang 6 bulan duk kat Taman Meru Indah, Klang itulah hari yang paling bahagia bila jiran jemput ke "open house" sempena hari raya nie. Masa nie la nak kenal jiran tu. Sejak pindah ke situ x pernah tegur pun jiran sebelah. Bukan sombong tau. Tak suka tak suka bila de org cakap saya sombong.

Macam2 de dlm otak nie, mcm mana nnt? Nak cerita apa? Diaowg tu ok ker tak?

Bila dah mula bersembang tu, tak sedar dh dekat sejam kt umah jiran tu, aduyai.....lama bebenor. Macam2 topik yg kitaorg borak.

Apa pun terima kasih kepada Kak Lela, En Shidi dan anak2 sebab menjemput saya dan husband ke rumah malam tadi.

Sekarang baru saya tahu jiran saya tu namanya Kak Lela kerja sebagai Sr pakar bedah di sebuah hospital swasta di Shah Alam, husband dia plak kerja bahagian contruction, dia de 4 org anak. Yang sulung tu lelaki namanya Edi baru hbs blaja, handsome orangnya. Yang no 2 plak namanya Ina, akan smbg study di UITM Shah Alam, No.3 kat UITM kat Kedah dan yang bongsu de kat MRSM Kuantan.

Skang nak kenal jiran sebelah rumah satu lagi, berbangsa India. selalu tegur2 gitu2 jer. X tahu nama diaowg jer. Anak2 aunty tu selalu panggil saya " akak, akak baru balik kerja ka", klu x pun anak2 aunty tu suka lambai2 tangan.....hehehhe

~Saya dah kenal jiran saya. Anda bagaimana? ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...