Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, October 31, 2011

Kutip najis dapat RM704.83 sehari



Seorang petani, Rustico Montenegro berasal dari LIPA, Filipina mencari najis musang.lelaki yang berusia 44 tahun itu mampu menjana pendapatan sekitar AS$230 (RM704.83) sehari.

Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.

Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis. Najis yang mengandungi biji kopi dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi. Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri.

Kopi najis musang :

Di Manila – AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.

Di Amerika Syarikat - maklumat dari laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam berharga AS$49 (RM150.16)  

Di  New York - sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.

Neelofa ~ Pengacara Nona 2012


Pelakon jelita, Neelofa Mohd. Noo dipilih untuk menjadi hos program Nona terbitan TV3 pada tahun hadapan tahun hadapan. Katanya mahu menjadikan rancangan itu sebagai detik permulaan untuk beliau mengembangkan bakat dan peluang dalam bidang pengacaraan. 

Neelofa  disenangi dengan panggilan Love itu memberitahu, beliau sungguh terkejut apabila ditawarkan oleh pihak TV3 untuk menjadi pengacara dalam rancangan popular seperti Nona. 

Pengacara Nona pada waktu ini ialah Vanida Imran mulai 2 Januari 2011, menggantikan Maya Karin  yang mengacarakan Nona pada tahun 2010.

Friday, October 28, 2011

Thursday, October 27, 2011

Merajuk sampai cenggini

Ini lah akibatnyer kalau ditinggalkan terus merajuk....

Lepas nie klu cuti pun still kena buka blog gak...

Nampak gayanyer kena bodek en hubby belikan laptop dgn kadar yg segera la nie...

PC kt umah tu mcm idup segan mati x mahu jer
Moral of story : rajin2 lah update blog...jgn duk tinggal lama2 sgt bila merajuk gini lah jdnyer....baru nak idup dah mati semula

saya kembali di sini....

Assalamualaikum dam salam sejahtera...

Hampir seminggu tinggalkan blog nie mujur tak bersawang lagi. Terima kasih buat pengunjung yg setia di sini...

Al-kisahnyer bercuti dari hari Khamis lepas sebab adik ipar saya bernikah pada 22/10/2011 (Sabtu) di Taman Muhibbah, Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan.

Terpaksa la lupakan jap blog nie walaupun hati nie rindu dan tangan nie gatal sangat nak conteng2 kat blog nie.

Thursday, October 20, 2011

Segmen: Inilah Blog Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Segmen ini adalah di bawah kelolaan En. Hasrulhassan
Sekiranya kalian berminat untuk menyertai segmen ini, sila klik pada banner tu ok?


Syarat-syarat:

  • Letakkan banner/badge ini dalam entri anda, nak letak header blog ini pun boleh. Linkkan ke entri ini.
  • Cuba ceritakan bagaimana anda boleh bermula membuat blog, dan siapakah yang mendorong anda untuk terus berblog. Nyatakan beberapa orang blogger yang memberikan semangat untuk anda terus berblog.
  • Okeh. Dah siap, tinggalkan link entri anda tu dalam kotak komen ehhh.
  • Tarikh tutup Hari ini pada pukul 6 petang

Bermulalah pengembaraan seorang wanita untuk mencuba dunia blogger. Ceritanya bermula begini. 

Seorang kawan masa kecik2 dulu dah bertahun-tahun tak bertemu hampir berbelas tahun kut ( En Hatta tolong betulkan yer) tetapi akhirnya kami bertemu di KL. Siapakah dia? Dia ialah En Hatta. Dia nie anak kawan mak ayah saya. Macam tu la citernya.

Masa mula-mula dulu berjinak2 dengan wordpress tu pun En Hatta yang tolong buatkan. Pastu En.Hatta bagitau pasal blogspot. Masa tu saya nie tengah buta IT, mana la nak tau semua nie kan, mujur lah En.Hatta tolong. 

Saya nekad pada bulan April tahun 2011, saya nak bercerai dengan wordpress tu dan bercinta dengan blogspot...alhamdulillah smpai ke hari ini saya masih bertahan dan akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi seorang blogger yg berdisiplin, kreatif, inovatif dan sebagainya yg positif ajer






Jangan Mencari Kesempurnaan


Suatu hari, Abraham berjalan-jalan dengan seorang teman sambil bersembang.

Lelaki : Besok saya bakal menikah, Abraham, (dengan nada yang sungguh gembira) Bukankah perkahwinan itu menyenangkan? Apakah  Abraham pernah berfikir untuk menikah? 

Abraham tersenyum dan berkata,

Abraham :  Di masa muda, tiada yang saya fikirkan selain menikah. Pada kenyataannya, begitu inginnya saya mendapatkan isteri sempurna sampai saya keliling dunia untuk mencarinya.

Lelaki : Abraham pergi ke mana untuk cari wanita yang sempurna?

Abraham : Saya telah pergi ke Damaskus, di sana saya bertemu dengan seorang wanita cantik yang baik dan menyenangkan. Tapi dia tak punya pengetahuan umum tentang dunia.

Lelaki : Kemudian ?

Abraham : Saya ke isfahan, saya bertemu pula dengan perempuan yang baik, cantik dan berpengetahuan luas, tapi dia sosial dan tidak tertarik pada kehidupan yang bertunjangkan keagamaan.

Lelaki : Abraham seterusnya pergi ke mana?

Abraham kembali tersenyum

Abraham : Saya lupa ke mana saya, tapi saya bertemu dengan seseorang perempuan yang benar-benar cantik, agamanya baik dan berpengetahuan luas tapi sayangnya, dia tidak mampu berkomunikasi dengan baik. Akhirnya saya ke Cairo dan di sana sesudah mencari ke sana sini, saya bertemu dengan seorang calon yang pada pandangan saya cukup sempurna. Dia memiliki segala sesuatu yang saya dambakan sebagai seorang isteri selama ini. Dia benar-benar sempurna.

Lelaki : Habis, kenapa Abraham tidak bernikah sahaja dengannya dan masih membujang sehingga kini?

Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Abraham membalas,

Abraham : Itulah masalahnya, dia juga mencari suami sempurna.

p/s : Tidak perlu dicari pasangan yg terlalu sempurna , tetapi carilah mereka yang sentiasa belajar untuk menyempurnakan imannya...

Doodle ~ Cubaan Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entry kali nie pasal doodle plak. Asyik duk tgk doole org jer kan. Ini adalah hasil tangan saya sendiri baru kejap tadi buat guna excel. 

Tak de keje ker hari nie? Ouuwwhhh....hari nie  tak berapa nak sibuk sgt sebab esok dah start cuti sebab...nak tahu sebabnya? Adik ipar akan bernikah ari sabtu nie....hahhaha 

Before blog nie bersawang wat seketika...saya nak menceriakan blog saya dengan doodle yang tak berapa nak lawa a.ka. cute nie

Segan nak tunjuk doodle nie tapi post kan jer la ek....ader saper yang nak kritik?

Status Dah Tukar..?

Pagi tadi tetiba gatal lak tangan nie nak bukak Nuffnang. Walaupun tau RM tu takkan ada punya la...sebabnya entry saya  tak power mcm blogger2 yang lain and lagi 1 bukan hari2 pun saya post entry kat blog nie....so x kan la RM tu nak up sendiri tanpa de usaha kan...kalau saper setuju sila angkat tangan..heheheh

Lepas tu dah xde benda nak tgk kat situ kan, cepat2 jer tangan nie nak klik icon "sign out" tiba2 mata nie tertumpu kat Membership Status. Eh satus nie dah bertukar nie....apa benda plak Glittereti tu...klik la benda alah kat tepi tu and then baca..oh baru saya faham tp de skit2 yg kurang paham la.....kena berguru nie....


Wednesday, October 19, 2011

SAYA , BLOG DAN PEMBACA


Cara nak join :  Jangan lupa klik kat bannert tu yer
  1. Buat satu entri .
  2. Letak header blog BEN ASHAARI.COM
  3. Tajuk : Saya , blog dan pembaca dan link ke entri ini.
  4. Terangkan secara ringkas , apa yang anda paham mengenai tajuk iaitu SAYA , BLOG DAN PEMBACA
  5. Letak satu keping gambar yang mewakili blog anda. Pastikan gambar itu bukan milik mana mana blog.. Kalau ada , berikan backlink.
  6. Tu saja.. Abis .. Tinggalkan url di ruang komen ini.
  7. Tutup , 5 petang ini.. Terima kasih..


Blog merupakan satu medium komunikasi di antara saya dan rakan-rakan serta kenalan-kenalan baru sama ada senior atau junior dalam dunia blogger. Tujuan asal saya untuk aktif dalam dunia blogger ini adalah untuk mendapatkan serta berkongsi maklumat tentang isu-isu semasa yang kadang kala mungkin kita tidak tahu atau terlepas pandang.

Saya sangat percaya dengan  ungkapan "give and take", saya berpendapat sekiranya rakan-rakan dapat memberikan sesuatu yang sangat bernas melalui penulisan mereka begitu juga dengan diri saya, saya perlu bekerja keras untuk memperbaiki tahap penulisan dan mencari info2 terkini atau info yang berilmiah untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan pembaca blog.

Apabila rakan-rakan sangat tertarik dengan cara penulisan saya yang kreatif, inovatif dan unik, saya percaya pastinya ada pembaca tegar yang akan sentiasa mengunjungi blog saya. Hanya satu niat saya, saya berharap sedikit sebanyak ilmu yang disampaikan di dalam blog saya akan memberi manfaat kepada pembaca-pembaca blog.

Wordless Wednesday #12 Thank You

Tuesday, October 18, 2011

5 syarat untuk buat maksiat



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.  
Lelaki : “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Ibrahim bin Adham : “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki : “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham : “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Lelaki :  “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
Ibrahim bin Adham :“Ya!”.“Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?” “Syarat yang kedua,  “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim bin Adham : “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
Lelaki : “Ya! Anda benar……..” Apakah syarat yang ketiga?.
Ibrahim bin Adham : “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata..
Lelaki :  “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
Ibrahim bin Adham : “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?”
Lelaki : Apakah  syarat yang keempat?
Ibrahim bin Adham : “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,
Lelaki :  “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
Ibrahim bin Adham : “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
Lelaki : “Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim bin Adham : “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Lalu berkata…
Lelaki :  “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
Lelaki : “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.

Kreatif ~ Ice Cube

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Lazimnya ice cube atau pun dalam bahasa melayu adalah air batu adalah berbentuk 'ring' atau pun bersegi empat tetapi kerana terlalu kreatif maka tercipta lah acuan yang pelbagai. Nak lihat apa bentuknya...










P/s: Hanya dijual di luar negara sahaja. Tak  pernah jumpa lagi acuan macam nie kat Malaysia

WOWLOAD - Sah untuk dilayari



Wowloud merupakan sebuah laman web yang berlandaskan cloud music yang bakal mengujakan pengalaman anda sebagai pengguna internet.  Laman web ini bakal dilancarkan dalam beberapa minggu lagi, pengguna internet hanya boleh menikmati perkhidmatan mereka melalui jemputan eksklusif, atau melalui beberapa web penaja yang terpilih sahaja.

Cetusan idea Wowloud ini adalah dari MNC Playlab yang telah meneliti perlakuan normal pengguna internet iaitu download, sideloading dan menyimpan muzik digital dalam pelbagai peranti. Perlakuan normal mereka ialah dengan mengimplementasikan konsep cloud computing. Wowloud membolehkan orang ramai mendapat jutaan lagu kegemaran mereka secara percuma, cepat dan sah

Kelebihan Wowloud ialah pengguna boleh mendapatkan pelbagai lagu daripada pelbagai genre, termasuklah lagu terbaru sehingga lagu lama. Dan yang paling menarik, kesemua music boleh diakses tanpa perlu mendownload lagi.

Pengguna internet boleh mendapatkan akses kepada lebih 100 000 CD. Dengan trak lagu yang banyak, anda akan mendengar lagu 24 jam sehari selama 8 tahun tanpa perlu mengulang semula. Selain itu, fungsi penting seperti playlist, star tracks, shuffle, offline play dan carian lagu menjadi subjek utama di Wowloud.

Untuk mencipta senarai lagu, anda hanya perlu drag and drop lagu kesukaan ke senarai berkenaan. Wowloudjuga berinteraksi dengan laman social seperti Facebook dan Twitter. Anda boleh berkongsi lagu yang didengar kepada rakan-rakan.

Pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan servis percuma Wowloud dengan mendapatkan jemputan eksklusif, atau menerusi jemputan kawan yang sudah mendaftar. Jumlah jemputan yang diberikan kepada umum adalah terhad kerana ingin memberikan perkhidmatan yang paling baik kepada pengguna.

Pengguna juga boleh membayar langganan bulanan melalui Wowloud Premium atau Wowloud Premium+ bagi mendapatkan trak digital yang lebih berkualiti. Wowloud boleh diakses melalui peransi iOD dan Android. Pakej langganan dan harga akan diumumkan pada hari pelancaran.

Sumber dari:  http://www.ohbulan.com

Monday, October 17, 2011

Giveaway LuvBunny House

 

Syarat Nak Join

1) Mempunyai alamat di Malaysia
2) Follow blog LuvBunny dan Cik Bunny untuk update giveaway.
3) Like Fanpage Penaja.
4) Post entri dengan tajuk "Giveaway LuvBunny House" , letak banner blog dan linkkan ke entri ni.
5) Tag kalo nak tag.
6) letak URL entri korang ke entri ni. kalo kat tempat lain Cik Bunny tak terima =p
Tarikh Tutup: 1 Nov 2011 (mungkin diubah pada bila2 masa)

"1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!"

Mari lah sama2 kita memeriahkan segmen dr mrbaiz. Kalau nak join sila klik kat banner kt bawah nie yea
 


CARA-CARA NAK MENYERTAI GIVEAWAY NI : 
  • letak banner seperti di atas buat 1 entri yang bertajuk "1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!" dan link kan ke entri ini..
  • Follow blog Mr Baiz dan blog penaja di SINI  untuk update sepanjang giveaway..
  • kalau tak keberatan Like SINI sekali..*ecececeh...pomot sikit..hihi..jangan marah yer..
  • nak tag kawan-kawan lain pun amat digalakkan...lagi ramai lagi meriah..
  • 3 pemenang akan di tentukan dengan Random.Org.
  • tinggalkan link post anda di entry ini.
  • tarikh tutup penyertaan : 31 Oktober 2011

Cemburu ~ Penyakit Hati yang Kritikal



Cemburu.....?

Emosi yang biasanya tercetus akibat rasa kurang senang, kurang selamat yang biasanya menjurus ke arah negatif disebabkan perasaan takut akan kehilangan sesuatu. Dalam konteks hubungan sesama manusia, ia lebih kepada hubungan manusia dengan manusia. Kebiasaannya juga, cemburu adalah cetusan daripada gabungan beberapa emosi seperti marah, kecewa, sakit hati dan juga malu.

Tidak kira dalam hubungan cinta, kekeluargaan, sesama rakan, saudara atau sesiapa sahaja. Kita tidak dapat lari dari sifat cemburu itu kerana ia adalah sebahagian daripada sifat dalam manusia itu sendiri. Cemburu memang wujud, sama ada sedikit, sederhana, ataupun banyak

Cemburu pada kebiasanya boleh melancarkan sesuatu hubungan. Sebagai contoh, jika ada pasangan bercinta, sedikit rasa cemburu mungkin akan mewarnai hubungan tersebut. Cemburu mungkin dalam erti kata sengaja mahu bermanja ataupun jika masih sedang belajar, berlumba-lumba sesama sendiri untuk mencipta kejayaan bersama. Cemburu pada tahap ini biasanya akan saling menggalakkan pasangan dan tidak membawa kepada sesuatu yang memudaratkan.

Cemburu dalam  nisbah yang sederhana selalunya mengakibatkan berlakunya pertengkaran. Pantang silap sikit sahaja pasti ada yang tersentap, terguris rasa, ada sahaja yang mahu diperdebatkan. Walaupun ternyata ianya hanyalah  salah faham. Aneh dengan hati sendiri dan keliru dengan keputusan yang mahu dicari 

Cemburu buta. Ini adalah penyakit jiwa. Ia terbit dari nafsu amarah. Bila amarah menerpa segala kebaikan terlindung oleh segala keburukan. Hubungan ibarat retak menanti belah. Tiada kawalan emosi akan mengakibatkan kekesalan yang berpanjangan.

Friday, October 14, 2011

Perempuan Memang Mulut Kecoh ~ Gambit Marah Sakinah?


Gambit Saifullah

 Gua Malaysia hari ini melaporkan kenyataan Sharifah Sakinah berkaitan dengan isu pertelingkahan di antara Julia Ziegler dan kakaknya, Sharifah Shahira yang juga berhubung kait dengan Gambit Saifullah, sebentar tadi.

Sharifah Sakinah mendakwa, Gambit Saifullah adalah punca persengketaan antara Julia dan Sharifah Shahira yang menjadi perbualan ramai orang sekarang.

“Dia yang buka cerita pasal ini. Dia terus mendesak saya padahal cerita itu dah lama dah. Serius saya tak marahkan Julia. Jika orang buat macam itu, saya pun marah juga. Saya pelik kenapa selepas mendesak saya, dia kena beritahu Julia. Kau dah paksa aku cakap dan tiba-tiba, kau kena cakap pada orang lain. Selepas itu, Julia hubungi saya tanya apa yang saya cakap. Jika saya nak fitnah, saya dah beritahu semua orang. Tapi saya hanya cakap dengan Gambit kerana dia yang mendesak saya untuk bercerita.

“Saya pun tak tahu kenapa Julia nak marah sangat. Jika dia cemburu kepada saya, Gambit sendiri cakap dia tak bercinta dengan Julia. Saya tak faham, pasal seorang lelaki, habis semua orang dia nak marah. Apa-apapun, saya mengakui kesilapan saya kerana bercerita tentang hal orang lain. Cuma lepas ini, saya dah tak boleh nak percaya siapa-siapa lagi.

“Bagi saya semua orang tahu benda yang sebenarnya. Salah saya sendiri dan saya belajar dari kesilapan. Lepas ini saya kena pandai pilih kawan dan apa yang saya boleh katakan, kepercayaan saya pada Gambit dah tak ada.” – dipetik dari laman berkenaan.

Gambit Saifullah yang dihubungi OHBULAN! sebentar tadi memberikan respon terhadap isu yang semakin berlarutan.

“Saya malas nak layan kontroversi ini. Memang dalam dunia ada perempuan yang mulut kecoh. Mungkin dia nak kejar populariti, suka hati dia lah nak cakap apa,” jelas pelakon utama Karipap-Karipap Cinta ini. Dia turut menjelaskan tentang hubungannya dengan Sharifah Sakinah.

“Saya dengan dia tak ada masalah, tapi mungkin sekarang dia hendak menuding jari pada orang lain pula. Kalau diikutkan, dia lebih banyak bercerita tentang orang lain.

“Saya pun bukannya jenis yang kejar populariti, bukan menang duit pun kalau saya layan kontroversi ini. Bagi saya, samada kita salah atau tidak, tak salah kalau meminta maaf. Apa motif nak tuding jari pada orang lain?” ujar Gambit mengakhiri perbualan.

' Contest DANIEL ADIE : SISPA '

Blog DANIEL ADIE menganjurkan sebuah contest.

Korang dikehendaki mengemukakan 2 gambar yang sedang dalam keadaan  Senyuman Ikhlas dan sekeping lagi dalam keadaan Senyuman Palsu dan kedua-dua gambar perlulah diletakkan secara bersebelahan.

Mesti beritahu gambar yang menunjukkan senyuman yang ikhlas, dan yang mana gambar menunjukkan senyuman palsu.

Korang bebas menggunakan kreativiti sendiri untuk mengambil gambar

Disamping itu, korang dikehendaki untuk melengkapkan slogan ini..


'Terkadang, senyuman palsu terukir apabila......................'
(Tidak melebihi 25 patah perkataan)




Terms and Conditions:
1: Post an entry dengan tajuk :
' Contest DANIEL ADIE : SISPA '
2: Copy la banner kat atas nie n put it on top or your entry. 
3: Tag at least 2 bloggers 
4: Leave ur entry link kat bahagian comment entry ini.
5: My followers? Tak kesah la...kalo sudi, follow la my blog ya...tiada paksaan..tapi, disarankan untuk follow sebab any updates, korang boleh tahu la.. 
6: Contest bermula dari 10.10.2011 dan berakhir pada 30.10.2011. 
  
  

Sebelah kiri : Yang nie senyuman palsu mcm sebab kena paksa senyum.             
Sebelah kanan : Yang tu baru betul2 senyum ikhlas sbb nmpk gigi tu.....mata pun bersinar2     



Slogannyer plak:      
         
'Terkadang, senyuman palsu terukir apabila kena paksa senyum sebab sebelum tu tengah gaduh2 manja...x boleh nak masam mencuka nanti orang tahulah yang kita nie sedang marah-marah sayang .  

Tag:

Hilang sebab Facebook


MOHD. SABRI bersama isterinya, Nur Hafizah Nordin (dua dari kiri) menunjukkan gambar Nurul Nur Syawaltie yang hilang dari rumah di Kangar semalam.


Kejadian ini berlaku di sebuah negeri di utara tanah air kita iaitu di Kangar Perlis.

Seorang bapa runsing apabila anak perempuannya lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak tiga hari lalu.

Kehilangan Nurul Nur Syawaltie, 14 tahun  disedari bapanya Mohd. Sabri Samat, 35 , apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan di Sekolah Menengah Putra di sini Rabu lalu.

Bapa Nurul kemudian menghubungi pihak sekolah, namun terkejut apabila dimaklumkan anak sulung daripada lima beradik itu rupa-rupanya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan dan mengesyaki kehilangan Nurul Nur Syawaltie ada kaitan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang dikenali oleh anak gadisnya itu melalui Facebook.

Beberapa orang rakan sekolah Nurul Nur Syawaltie juga memberitahunya bahawa anaknya itu ada meluahkan rasa tidak gembira tinggal di Kangar melalui Facebook ini berikutan sebelum ini mereka pernah tinggal di Pulau Pinang dan baru setahun berpindah ke Kangar.

Bapa Nurul  percaya anaknya itu menghilangkan diri bersama seorang lagi rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Amira.

Sekiranya orang ramai yang berjumpa atau mempunyai maklumat mengenai Nurul Nur Syawaltie diminta menghubunginya di talian 016-4871042 atau balai polis berhampiran.

Thursday, October 13, 2011

Femag ~ Majalah Online Pertama

Merupakan majalah online pertama untuk wanita dan remaja. Ini adalah hadiah buat mereka yang suka membaca. Semuanya di hujung jari sahaja...

Layari laman web: http://www.wuuhuuonline.com/


1. Pilih Majalah yang ingin di baca

 



2. Pilih [Read High Res] atau [Read Low Res]





















3. Sudah boleh dibaca........mudah kan

Ada apa dengan "NOMBOR RUMAH"?


Pernah tak korang terfikir mengapa korang memilih rumah yg korang duduki sekarang?Apa nombornya?Apa yang menyebabkan korang tertarik untuk mendiami rumah tersebut?

Kiraan:
Nombor 44 = 4+4 = 8
Jadi angka rumah korang ialah 8.


 Nombor 353
= 3+5+3=11
= 1 + 1 = 2

Jadi angka rumah korang ialah 2.




Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya  dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga. Kamu juga sering  berasa kesepian, oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan fikiran dan tubuh. Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan gembira.

 


Orang yg tinggal di rumah ini selalu dibebankan dengan masalah orang lain. Jangan terlalu banyak menyendiri. Carilah teman-teman utk berbicara. Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada
penghuninya.




Biasanya mereka yg tinggal di rumah bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan percutian. Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya degan lebih mendalam lagi. Penghuninya juga sangat mementingkan 'kesempurnaan' dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian. Mereka jenis ini amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah, sehinggakan setiap orang yang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran. Namun harus diingat, mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

 


Nombor jenis ini agak sukar untuk diramalkan. Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang. Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor. Jika kamu berpindah ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini. Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang lain. Tapi harusdiingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

 


Rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel. Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga. Mereka akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan. Biasanya mereka yang bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini. Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit. Polisi insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini. Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat. Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan.



Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor ini memang jenis yang suka bercucuk tanam. Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan. Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya. Mereka yang berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi. Kamu juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik. Rumah kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan layanan yang kamu berikan.


Satu angka 'aneh' . Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki. Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan  masalah kepada kamu nanti. Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang alik ke hospital, sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit, malah kamu juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang sakit. Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut, kamu sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabot rumah. Kamu mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki. Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan kamu. Berbelanjalah secara rasional.




Rumah ini lebih digemari oleh golongan yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja. Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yang pelbagai bentuk, jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang berlainan. Sebelum berpindah ke rumah ini, periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah. Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dengan nombor lain, sebaliknya, ia mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius. Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

 


Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9, biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan. Disebabkan sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu. Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur. Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini. Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini. Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini. Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang dicita-citakan selama ini.

p/s: Baca boleh ..percaya jangan lah yer

Baik sangka atau buruk sangka ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia......

Dalam kehidupan harian kita, sebagai manusia kita tidak pernah terlepas daripada berprasangka sama ada baik atau pun buruk. Sememang kita dituntut untuk sentiasa berprasangka baik tetapi bagaimana pula dengan prasangka buruk?

Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadisnya menyatakan : “Ketahuilah bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati”. Riwayat Al-Bukhari Muslim


Orang yang sering beribadah ~ disangkanya riak/takbur
Orang yang senang lenang ~ di sangkanya malas / x mahu berusaha
Orang yang banyak makan ~ disangkanya hidup untuk makan sahaja
Orang yang makan sikit ~ disangkanya kedekut haji bakhil
Orang yang senyum ~ disangka berpura-pura baik
Orang yang masam ~ disangka panas baran , merajuk, orang jahat
Orang yang diam ~ disangka sombong
Orang yang menawan ~ berlakon utk meraih perhatian


Kita tidak tahu :

Yang diam itu ~ hatinya sentiasa berzikir kpd Allah swt
Yang senyum itu ~ bukankah senyum itu satu sedekah..pahala ganjarannya
Yang menawan itu ~ bersih hati budi perkertinya
Yang masam itu ~ mengenang dosa-dosa lalu, apakah sudah terampun?
YAng senang lenang ~ telah berusaha dan peroleh kejayaan

Oleh itu :

Jauhilah dari berprasangka kerana prasangka2 ini akan menggelapkan hati dan minda. Betulkan penglihatan kita dan berbaik sangkalah sesama kita krn ia akan mengukuhkan ukhwah sesama kita.

Berburuk sangka ini akan melahirkan hati2 yang zalim, dendam, bongkak, riak dan ianya membawa kepada penyakit hati yang lain iaitu resah, gelisah, sentiasa mencari keaiban dan kelemahan orang lain dan sentiasa lupa untuk mengingati Allah swt krn mereka sibuk mencari kesilapan dan ruang utk menjatuhkan org lain.

Wednesday, October 12, 2011

Jauh Dari Cinta

Kepada peminat2 novel, boleh dapatkan novel ini di pasaran dengan segera....


Klik 'Display images below' di bahagian atas. Jika Cover Novel Tidak Kelihatan, Terima kasih










































Novel ini telah menduduki No 1 Carta Bestseller di POPULAR. Tahniah kepada penulis

NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

Novel yang berbeza dari novel-novel penerbitan karyaseni sebelum ini. Karya kisah sedih yang akan mengusik perasaan pembaca.

Wordless Wednesday #12 Hope

Tuesday, October 11, 2011

SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST PICCIONEBLU

Cantik jgk banner nie....ooppssss nie bkn pertandingan melukis banner yer..tuan tanah blog http://piccioneb-blu.blogspot.com wat segmen Pencarian Bloglist

Ader saper2 yang berminat..klik kat banner bawah nie



syarat- syaratnya:~
1) Follow blog saya (piccioneb-blu.blogspot.com) *suka hati, tiada paksaan
2) Buat satu entry bertajuk "SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST PICCIONEBLU" dan letak banner di atas dalam entry tersebut yang dilinkkan kepada entry ini.
3) Letak link entry korang dekat komen box entry ini.
4) Tag kawan2. *suka hati, tiada paksaan

#tarikh tutup bergantung kepada jumlah peserta
#kalau peserta tak lebih 15 orang automatik segmen terbatal


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...