Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Saturday, December 31, 2011

Goodbye & Welcome

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


 Selamat tinggal 2011. Semoga setiap kemanisan dan kepahitan sepanjang tahun ini akan memberi pengajaran dan panduan buat kita semua.

Yang manis jangan ditelan sahaja dan yang pahit janganlah dibuang ke tepi. Setiap hidup itu ada pasang surutnya. Setiap yang pahit pasti akan manis jua akhirnya. Itulah kehidupan.....

Yang kurang berjaya pada tahun ini lipatkan dan gandakan usaha, semoga dengan usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang membanggakan.

Selamat datang 2012. Diharapkan tahun 2012 ini akan memberikan kita kegembiraan dan kejayaan. 

Sekiranya azam tahun 2011 masih belum berjaya dilaksanakan, tidak salah jikalau azam itu di"forward"kan ke tahun 2012 ini. Asalkan dalam hati kita tertanam kukuh niat untuk melakukan satu pembaharuan  dan kebaikan sepanjang menempuh liku2 kehidupan.

Selamat Tahun Baru 2012 buat rakan2 blogger. Terima kasih kerana sudi menerima kehadiran saya di dalam dunia blogger ini. Semoga perkenalan dan persahabatan kita diberkati dan dirahmati oleh Allah swt. 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Thursday, December 29, 2011

~ Manalah Ku Tahu~


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Terkejut aku menjadi keliru
Bila kawanmu menuduhku
Sengaja menyiksa mempermainkanmu
Sengaja tak menghargai cintamu

Selama ini aku menyangka
Hubungan kita bak saudara
Begitu lamanya kita telah bersama
Tak pernah engkau lafazkan kata
Rupanya dalam diam kau simpan cinta

Tak terfikir aku
Tak terserlahku niat hatimu
Mengapa tidak dulu
Engkau berterus-terang padaku

Manalah ku tahu
Oh hasrat mu itu
Sebab itulah ku tak pedulikannmu
Patutlah selalu
Kau mengadu padaku
Cintamu pilu orang tak tahu

Walaupun kini aku mengerti
Menyintaimu tak sampai dihati
Engkau ku anggap saudara sendiri
Carilah yang lain sebagai pengganti

~Ukays~

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #21 Jangan Bersedih

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Gaji kurang RM5,000 dapat caruman baharu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Kira-kira 5.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan mendapat kadar caruman majikan lebih tinggi berkuat kuasa Januari ini.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar caruman berkanun majikan dinaikkan kepada 13 peratus daripada 12 peratus sebelum ini sebagai rangsangan dalam simpanan persaraan pekerja.

"Kenaikan tersebut akan memberi faedah kepada 5.3 juta pekerja yang mana 92 peratus daripada mereka ialah ahli aktif KWSP," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun, jelas Nik Affendi, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus. Menurutnya lagi, pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji kurang daripada RM5,000 juga layak menikmati faedah itu.


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wanita Merajuk Sampai Mati

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Seorang wanita Vietnam yang merajuk bertindak nekad terjun dari pacuan empat roda dipandu kekasihnya di Lebuh AMJ berhampiran Rembia, Alor Gajah Melaka.

Mangsa yang cedera di kepala meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas tiga hari bertarung nyawa.

Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, mangsa, Hyunh Ann Nyuyut, 29, terjun dari kenderaan Mitsubishi Triton yang sedang bergerak.

Teman lelaki mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yong, 35, berkata, ketika kejadian, dia dan mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rembia ke sebuah bank di Pekan Alor Gajah.

“Selepas kira-kira dua minit kenderaan bergerak, Ann Nyuyut yang membebel sejak mula menaiki kenderaan bertindak membuka pintu Mitsubisihi Triton lalu terjun.

“Sebelum keluar rumah, kami tidak bergaduh atau bertengkar namun Ann Nyuyut tiba-tiba merajuk sejak mula menaiki kenderaan tanpa diketahui puncanya,” cerita Yong warga tempatan ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Melaka di sini semalam.

Yong yang merupakan seorang kontraktor berkata, dia yang terkejut melihat tindakan mangsa segera memberhentikan kenderaan bagi membantu mangsa.

Namun sebaik dia memangku Ann Nyuyut, wanita itu sudah tidak sedarkan diri menyebabkan dia segera membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah.


Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

Mengapa wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Friday, December 23, 2011

Menuju RumahTangga Bahagia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Berbicara tentang erti kebahagiaan sesebuah perkahwinan tidak pernah habis. Semua pasangan yang telah mendirikan rumahtangga inginkan perkahwinan mereka kekal abadi hingga ke akhir hayat. Namun begitu kadang kala kita terlupa tentang perkara2 yang dianggap remeh  akan meruntuhkan mahligai yang terbina selama ini. Di sini saya berikan tip2 untuk rumah tangga bahagia

Tip pertama : Sentuhan

Sentuhan boleh memberi seribu erti kebahagiaan.  Sentuhan menandakan anda rasa kasih dan sayang pada pasangan anda. Apabila anda selalu menyentuh pasangan anda, pasangan anda tahu anda ambil berat akan dia.

Tip kedua : Senyuman

Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyumlah kerana senyuman itu adalah penawar segala gundah gulana di hati.  Bergembira dengan apa sahaja yang anda ada. Penuhi hari anda dengan ketawa bersama -sama dengan pasangan anda.

Tip ketiga : Berkomunikasi

Jangan simpan sesuatu perkara di dalam hati. Luahkan segalanya kepada pasangan anda. Pasangan yang bahagia selalunya menerima seadanya diri pasangan masing-masing. Apabila seorang bercakap, seorang mendengar. Ambil berat setiap perkara yang di utarakan oleh pasangan anda walaupun perkara tersebut remeh.

Tip keempat : Memaafkan

Jangan marah tanpa sebab. Sentiasa memaafkan pasangan anda. Sekiranya pasangan membuat kesilapan lapangkan dada untuk memaafkannya.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Thursday, December 22, 2011

Result PMR Dah Keluar

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia





Sekalung tahniah buat adik perempuan bongsu saya yang bernama Suhazliara kerana telah berjaya mendapat 6A 1B dan 1C dalam PMR.

Berjaya mengatasi rekod2 akak2 dan abg2 nyer.....tahniah Liara. Semoga lebih cemerlang di masa2 akan datang

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday #20

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 




Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Tuesday, December 20, 2011

Ku Tahu Kau Rindu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Kutahu kau rindu
Sejakku meninggalkanmu
Kutahu kau pilu
Bimbangku melupakanmu

Sejak kau lukakan hatiku
Mempermain cinta suciku
Siang dan malam tangisi
Silamku

Kasih sayangku yang bersemi
Ku tabut racun yang berbisa
Dibelakangku di tertawa dan hina

Mungkin aku tiada yang lain
Kerna itu kau berani berpaling
Membiarkan aku tertanya
Siapa milikku

Sehingga ku meninggalkanmu
Baru kini engkau terasa
Cinta siapa lebih perdana

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Monday, December 19, 2011

Happy Birthday Abah dan mereka yang saya sayangi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Selamat Hari lahir buat abah yang tersayang En Ali B Mamat. Usia abah dah masuk 52 tahun. Alhamdulillah abah masih segak dan sihat.

Sempena hari kelahiran abah, saya doakan semoga umur abah dipanjangkan, semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik, semoga rezeki berpanjangan, semoga abah sentiasa bahagia disamping mama dan kami (anak2mu) yang selalu buat abah sakit kepala..hehehe

Bulan Disember paling meriah......kerana pada bulan ini jatuhnya hari kelahiran org2 yang saya sayangi...

06/12/2011 ~ birthday saya
09/09/2011 ~ birthday adik Liana ( adik ke -7)
12/12/2011 ~ birthday ayah mertua saya (En Mohd Halmi b Sabri)
19/12/2011 ~ birthday abah saya (En Ali B Mamat)
27/12/2011 ~ birthdaya mama saya (Che Semah Bt Bahat Udin)


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Friday, December 16, 2011

Ketagih judi dan merokok ?


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semacam tak percaya wanita yang bernama Nursuhaila Eliani Suhaimy sebegitu rupa perangainya.

Ketagih judi dan merokok? Itulah yang didedahkan oleh Jimmy dalam perbicaraan kali pertama untuk kes mereka.

Jimmy memberitahu mahkamah yang isterinya masih ketagih judi dan merokok walaupun sudah berjanji untuk berubah selepas berkahwin. Suhaila berkelakuan begitu ketika berada di rumahnyadi Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.

Selain itu, Jimmy juga mendakwa yang Suhaila gemar melayan Facebook dan BBM sehingga tidak mempedulikan kehendak Jimmy yang ingin bersama pada hari tersebut. Jimmy menyatakan Suhaila lebih mementingkan kawan2 berbanding dirinya sebagai suami.

Tunggu dan lihat sahaja siapa di pihak yang benar

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #19 Data Entry

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Tuesday, December 13, 2011

Jom Naikkan Trafik Blog!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jom sama2 kita memeriahkan segmen Mak Dara. Kalau ader yang sudi join , sila klik banner di bawah ni yer


1. Buat entry bertajuk : Jom Naikkan Trafik Blog!
2. Tepekkan Banner di atas tu
3.Tuliskan serba sedikit tentang blog anda
4. Setelah selesai letakkan url entry anda di komen box Mak Dara

Tentang Kita

  • Blog Tentang Kita ini sudah berusia 8 bulan. 
  • Kandungan blog ini lebih bersifat peribadi
  • Suka berkongsi cerita dan ilmu dgn rakan blogger
  • Saya suka menyertai segmen2 yang dianjurkan oleh rakan2 blogger
  • Kalau ader yang perasan saya suka buat entry yang mempunyai lirik lagu yang kadang kala rakan2 blogger tak pernah tahu pun kewujudan lagu itu.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Aku jadi pembunuh



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam bercuti so  terlebih rajin sikit. Tangan gatal nak tolong  husband cuci pasu tempat letak ikan. Kebetulan husband tak ada kat umah sebab blik kampung kat Sabak Bernam nak amik ayah and adik2 dia datang Meru, Klang

Tengah syok mencuci. Pastu letak air baru dan tabur garam. Pastu rasa pelik sangat. Naper la ikan nie tercungap2. Satu-satu ikan timbul.

Mesej husband:

Saya : Salam, tadikan sayang tolong cucikan pasu ikan bi tu.

Bi: Terima kasih

Saya: Tapikan sayang pelik la, naper ikan tu tercunggap2...mcm penat berenang jer

Bi: Naper jadi gitu pulak?

Saya: Sayang pun x tahu la

Bi: Dah tukar air baru tu de letak garam dan anti klorin x?
Saya: Anti klorin? Ya Allah, sayang lupa la

Terus berlari tuk masukkan anti klorin tp sayang seribu kali sayang dah x sempat utk selamatkan ikan2 tu.

Saya: Maafkan sayang yer bi, semua ikan bi dah mati, terlupa letak anti klorin tadi

Bi: Ok, nanti jangan lupa bersihkan pasu tu dan keringkan air
Saya: Ok bi..eerr....bi marah sayang ker?

Bi: x

Dalam hati ~ Bi x marah ker..ker marah? Harap2 dia x marah la. Ikan tu boleh beli baru klu isteri yang jd cenggitu nak cari kat mana kan.....????

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Friday, December 9, 2011

Segmen up follower dengan sepantas kilat

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

 Hari nie mcm nak bersegmen pulak.  Pemilik segmen nie namanya Anys. Blog Anys sangat cumil dan sedap mata memandang. Anys juga  sedia mengambil tempahan edit blog design and blogskin,tempahan dolly dan header. 

Klu ader saper2 berminat tuk join segmen nie, klik sajer kt banner tu yer.


' BELOM COBA, BELOM TAW ! '

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Thursday, December 8, 2011

Bukan Mengungkit tetapi Membangkit

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 



Susah senang biarlah bersama
Jangan ada dengki di antara kita


Usah pandang pohon yang sebatang
Tapi renung hutan yang terbentang
Yang merimbun dan juga menghijau
Ada makna rahsia tersembunyi


Talam dua muka
Kawan atas pagar
Kini aku pula sanggup engkau cabar


Engkau perdagangkan
Kasih sayang ku selama ini
Engkau menggadaikan
Kerinduan demi kedudukan


Bukannya sengaja ku mengungkit
Tapi kau sengaja yang membangkit
Akulah teman di kala susah
Akulah teman pengubat resah


Bukannya sengaja ku mengungkit
Tapi kau sengaja yang membangkit
Akulah tempat engkau mengadu
Dan akulah juga yang tertipu


Lihat pada rupa
Tak mungkin percaya
Tersusun gerak geri dan bicara....


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Asyiknya Cinta........

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 



 Gelap bukan malam, terang bukan siang
Satu tak terbilang, hanyut tak terenang
Waktu tak terasa, rindu tak terkata
Asyiknya cinta.....

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Pahit & Manis

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Manis jangan disangka gula. Pahit pula jangan disangka hempedu. Pastikan yang manis itu benar-benar gula dan yang pahit itu benar-benar hempedu. Kadang-kadang kita mungkin akan terperangkap pada kemanisan dan kepahitan akibat dari kurangnya penyelidikan. Oleh itu sentiasalah berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu kerana itu lebih baik dari beringat selepas kita menanggung akibat.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday #18

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Tuesday, December 6, 2011

Kasihmu seakan berubah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Dalam resah ingin lupakan mu
Terasa ingin membenci dirimu selamanya
Kerna kau buat aku terluka
Tapi hati berkata
Tiada yang terbaik dari mu kekasih
Yang menyayangi ku
Siang dan malam mu
Saat-saat ku memerlukan mu
Bagaimana kan ku berpaling darimu


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Lukaku Kerananya

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Deruan Angin Menyejukkan, Di Perjalanan Kampung Halaman...
Harum Dan Segar Kehijauan Yang Kian Lama Ku Tinggalkan

Tanpa Sengaja Ku Lewati Tempat Yang Pernah Membawa Erti
Kisah Cinta Pertama Kali Mengundang Di Hati

Aku Cinta Padamu Hanya Itu Yang Aku Tahu
Namun Engkau Tidak Dapat Menilainya

Kau Anggap Cinta Remaja Tanpa Jiwa Dan Tanpa Rasa
Di Tasik Biru Yang Setia
Ku Padamkan Cinta Membara....

Biarkan Jadi Kenangan Kisah Silam Tanpa Pandangan
Dari Terus Menghimpit Hati Lukaku Kerananya

Memang Dulu Ku Impikan Kau Datang Kembali Merisik Jiwa
Semoga Cinta Bersemi Selama - Lamanya

Tiba - Tiba Terasa Dinginnya Desiran Cinta Semalam
Beradapku Pendamkan....
Rindu Mengetuk Rahsia Di Dada....

~ Iza Fazly ~
 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Today is my birthday

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana asaya masih bernyawa lagi pada hari ini dan di saat ini.

Walaupun ader sedikit kekecewaan namun begitu  terima kasih atas ucapan dan doa dari kawan2

Semoga dengan hadirnya tahun baru ini. Saya harap saya akan menjadi insan yang lebih baik dr tahun2 sebelum ini.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Monday, December 5, 2011

Tahniah buat Erni Dekritawati

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


 Tahniah buat Erni dan pasangannya. Semoga mereka berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat....


Pengantin perempuan : Erni Dekritawati Yuliana Buhari  atau Rita

Umur : 26 tahun

Pengantin Lelaki : Kamarulazlan Mohamad Hanafiah (Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim)

Umur : 35 tahun

Tempat bernikah : Taman Harmonis, Gombak

Jurunikah : Penolong Pendaftar Nikah Masjid As Syaarif, Mohamed Embong

Hantaran : RM30000  beserta 9 dulang hantran berbalas 11


Tema  majlis : Moroccan Islamic Garden



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Friday, December 2, 2011

Segmen aku dan zodiak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Segmen ini dikelola oleh Fierul. Marilah sama2 kita memeriahkan segmen adik Fierul. Kalau anda berminat untuk sertai kami, sila klik kat banner tu.


 Syarat-syarat: ~
  • wajib follow blog Fierul
  • buat entry and letak tajuk "Segmen aku dan zodiak"
  • letak banner macam kt atas tu dan linkkan ke blog fierul
  • baut la skit entry ttg blog korang. Nyatakan nama dan zodiak korang bg tarikh lahir sekali (utk review 3 hari pada hari lahir anda tu)
  • tag? terpulang klu nak buat 
  • postkan entry link kat ruangan komen blog Fierul

Tentang Linniey & Zodiak

  • Boleh panggil saya Linniey atau Sue
  • Blog saya nie baru berusia 8 bulan 
  • Blog Linniey nie biasa2 jer la, xde apa yang menarik sgt.
  • Terima kasih buat readers yg sudi singgah dan tinggalkan komen2 yang baik2 kat blog Linniey.
  • Zodiak Linniey : SAGITARIUS
  • Tarikh Lahir : 6 Disember 1982
  • Insyaallah Selasa depan Linniey akan sambut birthday yang ke -29 tahun hahahaha...bukan rahsia lagi

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Buang gambar kat web...? Tolong lah....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Nak mintak tolong la. Ada tak siapa-siapa yang tahu macam mana nak tutup link supaya gambar yang saya upload kat blog tak kan publish kt tempat macam kat bawah nie.






 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...