Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, January 9, 2012

Belajarlah untuk memaafkan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


"Sorry is the hardest word to say". 
 
Lirik lagu ini menggambarkan betapa sukarnya memberi dan meminta maaf. Bukan  sekadar memaafkan orang lain, bahkan kadang kala untuk memaafkan diri sendiri juga bukan perkara yang sangat mudah. ​​Ianya memerlukan  keberanian dan pengorbanan.

Memendam kemarahan hanya akan merugikan diri sendiri. Bahkan apabila rasa benci itu mula dan terus menguasai diri, anda berisiko menderita banyak penyakit. Orang yang tidak boleh memaafkan umumnya akan merasa lebih cemas, takut dan cepat marah.

Kebencian mempunyai kesan yang boleh melemahkan anda. Kebencian akan melahirkan perasaan amarah, rasa bersalah, permusuhan dan sakit hati.  
Belajar memaafkan akan memberikan manfaat untuk kesihatan, diantaranya ialah:
  • Meningkatkan respon imun,
  • Menurunkan tekanan darah
  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Mengurangkan rasa cemas dan murung
  • Meningkatkan harga diri
  • Memberikan anda ketenangan fikiran.
Hal di atas hanya sebahagian kecil manfaat yang ditawarkan kepada anda dengan memaafkan orang lain. Jadi, mengapa anda tidak cuba untuk menanamkan kebiasaan tersebut mulai dari sekarang untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang begitu banyak.

Kejadian hitam di masa lalu janganlah sampai menjejaskan kehidupan anda pada  saat ini. Yang lalu biarkanlah berlalu, kerana hidup akan terus berjalan. Oleh kerana itu adalah perlu untuk seseorang belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain!

Bagaimana cara memaafkan?

1. Terima situasinya. Apa yang berlalu biarlah ia berlalu. Setiap perkara yang terjadi di masa lalu tidak boleh diubah lagi, maka bukakan minda untuk menerima hakikat itu. Tiada seorang pun manusia yang sempurna.

2. Lepaskan. Memaafkan bukan bererti melupakan apa yang telah terjadi. Belajar untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. 

3. Elakkan kata-kata negatif. Kata-kata mempunyai kekuatan tersembunyi. "Tidak", dan "tak pernah", akan membuat anda makin terbenam dalam ingatan masa lalu. Jadi, kalimah seperti "saya tak akan pernah bertemu dengannya," atau "saya tak akan lupa apa yang telah dia lakukan," harus dielakkan.

4. Tulis dan hancurkan. Tulislah semua kesalahn yang pernah anda lakukan dan kesalahan orang lain yang telah melukakan hati anda. Menulis boleh membantu membersihkan fikiran. Latihan ini akan membantu anda mencari masalah-masalah yang belum diselesaikan dalam fikiran anda.

5. Berhenti menghakimi diri sendiri. Izinkan diri anda untuk berbuat salah. Bersikap baiklah dan cintai diri sendiri. Memilih untuk memaafkan diri kemudian maju selangkah dan lepaskan masa lalu. Jika anda merasa telah mengecewakan seseorang, tak ada salahnya anda menemuinya dan secara langsung minta maaf. Anda juga perlu memahami apa yang pernah anda lakukan mungkin tak sebesar itu melukai dirinya. Meminta maaf juga akan membebaskan anda dari derita fikiran.
  
Hasil tulisan : Yoga Weblog

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

7 comments:

  1. belajar memaafkan dan redha...ikhlaskan hati..

    ReplyDelete
  2. iyalah kan...tak baik berdendam2..nnt diri sendiri yang merana...

    ReplyDelete
  3. tulah memang susah nak memaafkan tapi kalau dah berjaya memaafkan, lega & tenangnya hati tuhan ajelah yang tahu kan ^_^

    ReplyDelete
  4. yup...diakui yg itu....kengkdg sikap masih berdendam menganggu kita sndiri.....

    ReplyDelete
  5. mengakui kesalahan.... sebenarnya sgt sukar..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...