Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, January 11, 2012

Fikir Positif

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Dalam entry kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan2 mengenai " Tips bagaimana untuk menjaga fikiran positif", amalkan setiap hari dan lihat sendiri hasilnya.


1. Jangan  merungut/Suka sangat komen

Jika kita kerap berikan komen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk kerana anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen, jangan komplen, jangan mengomel sampai ke langit atau ke laut. . Latih diri anda untuk tidak mempersoalkan. Yang terjadi biarlah terjadi, jangan merungut.
 

2. Berhenti Bercakap (Jangan perasan anda adalah Profesor Serba Tahu)
Cakap hanya apabila anda tahu, diam apabila anda tidak tahu. Jangan terlalu banyak bercakap seolah-olah anda tahu tentang segala hal untuk membuat diri anda menonjol, nampak hebat. 

Hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat dirinya menonjol sebab mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap negatif, berpunca dari fikiran negatif, ditambah lagi dengan rasa ego. Bila bercakap, lebihkan menyokong, serta elak menghentam dengan membuta tuli.
 

3. Tolong Salahkan Dalaman.
Berhenti salahkan seseorang, salahkan Allah swt, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan adik-beradik atau apa saja di luar diri anda. Berhenti menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku. Salahkan dalaman iaitu diri anda sendiri kerana tidak mengambil inisiatif memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri anda kerana tidak memainkan peranan.


Sebagai contoh, jika anda tidak dinaikkan pangkat, salahkan diri sendiri kerana tidak bekerja kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak. 

 
4. Kalau nak orang hormat anda, anda perlu hormati orang lain terlebih dahulu! 
Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif pula  sentiasa hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan kerana ia lahir dari hati yang ikhlas. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati sesiapa saja.
 

5. Ingat semua sikap buruk anda, Bersedia untuk berubah!
Jika sikap buruk anda adalah suka bangun lewat, tulis di atas kertas dengan ayat "aku mahu ubah sikap bangun lewat". Baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas tu, buat apa yang anda tulis.
 

Latih diri untuk bangun awal. Tolong setkan jam atau pun telefon bimbit. Apa guna telefon mahal2 kan kalau nak set alarm pun bukan main susah. 

Untuk membina sikap positif, fikiran anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik. Barulah anda boleh menjaga fikiran positif yang Anda dah bina.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...