Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, March 30, 2012

: : Happy Birthday Masrol Ikram B Ali : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 Mesti ada yang tertanya-tanyakan sapa Masrol Ikram nie.....

Ikram nie adalah adik saya yang ke - 9. Dia dilahirkan pada 30/03/1993 di Hospital Kuala Lipis, Pahang. Hari ini merupakan ulang tahun kelahirannya yang ke-19.

Selamat hari lahir Ikram. Semoga panjang umur hendaknya. Semoga murah rezeki. Semoga menjadi adik yang soleh. Semoga kegembiraan, kebahagiaan, kejayaan bersama dengan kamu...

29/04/2012 nie dia akan tamat belajar di Kolej Matrikulasi Banting. Harap dapat keputusan yang cemerlang dalam final exam nanti.

Lagi satu, saya dah janji nak gi amik dia kt kolej hujung bulan 4 nie.Maklum lah barang2 banyak yang nak diangkut....


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Thursday, March 29, 2012

: : Kenapa dengan Aaron Aziz ?: :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Ada apa ngan abang sasa nie? 

Macam mana la dia nie leh masuk dalam mimpi saya?

Hairan bin ajaib betul la. Rasanya semalam tak ada pulak saya baca kisah abang sasa nie kat majalah, internet, tengok drama and movie memang jauh sekali. Tapi camner dia leh hadir dalam mimpi saya.

Mintak nyawa.......mintak nyawa........

Tak pernah terdetik di hati nak mimpikan abang sasa nie
Saya tak minat ngan yang handsome-handsome nie cukup yang cute-cute jer dah la (macam my husband)

"Abang sasa, mintak tolong jangan muncul dalam mimpi saya lg...ngeri pulak rasanyer. Nah nie ada coklat and sikit gula-gula. Pergi main jauh2 jauh yer."

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wednesday, March 28, 2012

: : Facebook : Unfriend : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 



Bukan saya nie sombong yer

Harap sangat2  jangan di tag gambar2 yang tak senonoh sebab gambar tu akan terpampar di wall saya.

Saya tak benarkan kawan2 tag gambar yang bukan2

Kalau degil jugak...[Unfriend] la jawabnyer

Nak saya accept semula.....mati hidup semula saya takkan buat


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wordless Wednesday #25

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

 ~ hanya kita yang tahu ~

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Tuesday, March 27, 2012

: : Captain.. ..aku ingin terbang : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Captain..
Berikan koordinat yang tepat dan wajar
Supaya haluan kita tidak tersasar
Destinasi yang dituju untuk kita bersatu


Captain..
Maklumkan padaku
Andai haluanmu tidak sama dengan ku
Jangan membuat aku keliru
Arah mana yang ingin kau tuju?

Captain..
Kini kita telah mendarat
Tak sempat nak lihat
Tiba-tiba kita tersesat
Hidup kian melarat

Captain..
Aku ingin terbang lagi
Tapi kali ini bukan denganmu
Bersamamu aku jadi keliru
Sumpah...aku benar-benar buntu

Captain..
Kapal terbangku sedang menunggu
Ingin kuterbang ke awan biru
Jangan kau tunggu aku
Kerana aku bukan untukmu

Captain..
Kapal terbangmu di mana?
Andai kau temuinya
Tetapkan haluan
Jangan pernah berubah


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Monday, March 26, 2012

27.03.2012 : : 2nd Anniversary ::

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Pejam celik pejam celik..........

Esok dah genap 2 tahun kami berkahwin. Kami diijab qabulkan pada 27/03/2010

Anak? Masih belum ada rezeki.  Minta tolong rakan-rakan doakan saya cepat2 dapat baby.

Sambutan? Tahun lepas tak meraikan ulang tahun perkahwinan pun. Sekadar 'wish' saja lah itu sudah memadai. Tahun nie? Nanti saya akan update di sini

Hadiah? Tak pernah berharap, kalau ada...alhamdulillah

Impian dlm perkahwinan? Semua orang inginkan keberkatan, kebahagian, kegembiraan, ketenangan hidup dalam sebuah perkahwinan itu. Saya pun begitu juga inginkan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat saya.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

: : Biarkan saja......: :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Biarlah hati ini terluka dan terus terluka
Biarlah masa merawat setiap kelukaan ini
Setiap lara yang bersawang di jiwa
Akan ku biarkan saja

Akan kubiarkan saja
Mereka yang tak pernah mengerti tentang hati ini
Mereka yang tak pernah memahami sebak di dada ini
Mereka yang tak pernah peduli tentang airmata yang gugur di pipi ku ini

Akan ku biarkan saja
Biarlah mereka berkata apa saja
Biarlah mereka terus berbicara
Biarlah mereka mengelarkan ku pendusta

Mereka tidak kenali aku siapa...

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Thursday, March 15, 2012

: : Masih Ada Harapan : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


 Jika anda tidak mengubah arah kehidupan anda, Anda akan sampai di tempat yang menjadi arah dari tindakan atau tidak adanya tindakan anda itu.

Yakinlah, bahawa apa pun yang anda lakukan, atau yang tidak anda lakukan, mengarah ke sesuatu, dan akan menyampaikan anda kepada kualiti hidup tertentu di masa depan.

Kerana anda akan pasti sampai, maka pastikanlah bahawa anda memulai sesuatu yang baik, melakukan yang baik, dalam niat yang baik.

Jika yang kita lakukan adalah yang selain kebaikan, maka kita akan pasti tenggelam dalam kelemahan.

Perhatikanlah orang-orang besar yang melihat keburukan yang mereka lakukan sebagai kebaikan. Apakah mereka terhormat di dalam kedudukan mereka yang seharusnya mulia?

Sahabatku yang baik hatinya,

Engkau harus menerima kemungkinan datangnya kekecewaan, tetapi engkau harus lebih meyakini kepastian pemenuhan harapanmu.

Harapan adalah kekuatan yang meringankan bebanmu, yang melapangkan perjalananmu, dan yang membuka pandanganmu jauh ke masa depan.

Harapan adalah jambatan yang menghubungkan antara satu doa dengan doa-doamu yang berikutnya.

Bersabarlah dalam harapan baikmu.

Kerana,

Harapan adalah tali kehidupan yang menghubungkanmu dengan Allah swt.

Sahabat saya yang baik hatinya,

Kemesraan menghilangkan sudut-sudut tajam pada peribadi kita, menghaluskan permukaan yang kasar dan menyejukkan sudut-sudut yang panas.

Itu sebabnya, peribadi yang penyayang dan penuh kasih menjadi peribadi pilihan - sebagai belahan jiwa, sebagai pasangan hidup, sebagai partner dan sebagai pemimpin.

Kemesraan tidak boleh dipisahkan dari kasih sayang, kerana kelembutan cintalah yang menjadi pembentuk kemesraan, yang menjadikannya suara yang merdu dan sentuhan yang tembus sampai ke hati.

Dan di dalam keluarga, kemesraan adalah pembuktian cinta yang mengundang persetujuan Allah swt bagi semua doa yang meminta kedamaian dan kesejahteraan.

Keberanian dan rasa takut adalah dua rahmat yang saling melengkapi.

Engkau tak akan tumbuh tanpa keberanian, dan engkau tak akan selamat tanpa rasa takut.

Maka,

Beranikanlah dirimu, saat engkau merasa takut.
Tapi, belajarlah untuk merasa takut, saat engkau merasa berani.


Sahabatku yang baik hatinya,

Di petang yang indah ini, marilah kita tautkan hati kita kepada Allah swt, dan memohon ...

agar kita dirahmati dengan keberanian yang penting bagi ketegasan kita untuk bertindak, untuk melakukan yang selama ini kita tunda, untuk menyelesaikan yang sudah kita mulai, untuk menegakkan kebenaran, dan untuk membela hak sesama yang teraniaya;

dan agar kita diberikan rasa takut yang memelihara kedekatan dan harapan bagi perlindungan dari Allah swt,

agar kita tidak sombong, agar kita memelihara kesihatan, agar kita memuliakan rasa kekeluargaan, agar kita menghargai rezeki, agar kita memelihara kebaikan nama kita, dan agar kita mensyukuri kehidupan.

~Mario Teguh~

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday #24

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Monday, March 12, 2012

It's Cold

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


when you're in pain from love, tears are the medicine
you have no faults but you keep saying that you're sorry

don't cry for me
it's alright, i understand it all
 you're such a crybaby
how can i let you go if you're so soft?

my love is so cold
 my heart is cold, you can't leave
 if the good memories all freeze
 and if it can't be erased, if it doesn't melt
 what do i do?

even the sunlight is cold on days without you
counting with my two hands is not enough for all the things that remind me of you


don't smile for me
 because i know how hard it is for you
you're such a fool
how can you leave if you're so worried about me?

my love is so cold
my heart is cold, you can't leave
 if the good memories all freeze
and if it can't be erased, if it doesn't melt
 what do i do?

just turn around and go now
because if you hesitate, i might hold onto you
 don't even brush past me, don't run into me
because i might run to you and hug you

i only hope and hope for you
even if you know my heart, don't come to me
 even if i love you again
because i might give you pain, i might give you tears
 i'm afraid
your memories are colder

~  Song Ji Eun ~

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Benar dia salah..? jangan sampai mengaibkan dia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Isu Video Lucah Melia Aimelia Karipap Cinta Tersebar ini hangat diperkatakan sejak 16 Feb 2012. Saya tak kenal pelakon Melia nie sebab movie Karipap-karipap Cinta tu pun saya tak tengok lagi.

Dalam entri kali nie saya bukan lah nak menegakkan benang yang sudah basah. Pada hikmat saya, seandainya benar screenshot dari sebuah video separa lucah yang di’dakwa di’lakonkan oleh Melia Aimelia sendiri, kita tidak ada sebarang hak untuk menghukum dia.

Benar dia telah membuat kesilapan dan pencaturan yang songsang dalam kehidupan dia. Tapi harus kita ingat dia hanyalah manusia biasa seperti kita. Manusia biasa terlalu banyak membuat kesilapan demi kesilapan. 

Terkilan rasa pun ada apabila membaca  petikan harian metro seperti di bawah ini:

‘Kami ada bukti’

BUKTI...Hamzie (kanan) dan Muhamad Adie memberi kenyataan mengenai isu gambar bogel Melia.
BUKTI...Hamzie (kanan) dan Muhamad Adie memberi kenyataan mengenai isu gambar bogel Melia. 
KUALA LUMPUR: “Kami tidak pernah melakukan ‘superimpose’ atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih,” kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.

Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.

Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.

Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.

“Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya. 


Bersungguh-sungguh benar nampaknya mereka ini. Mungkin ada yang seronok apabila menjatuhkan, mengaibkan orang lain sehingga orang yang diaibkan itu tidak mampu bernafas lagi.

Sudah2 lah menghukum. Ingatlah pesanan ini " Sekali kita tutup aib orang, Allah swt akan tutup aib kita". Kita tak selamanya berada di atas andai satu hari kita diuji oleh keadaan /situasi yang seakan sama sebegitu, kita akan tahu langit itu tinggi atau rendah...mana kawan mana lawan...

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Friday, March 9, 2012

: : Happy Birthday My BFF = = = = => Shahru

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


Hari nie genap umur BFF saya 30 tahun.....

Happy birthday buat Mohd Shahru Azuan B Sidek. Semoga Allah swt mengurniakannya kebahagiaan dunia dan akhirat. Semoga Shahru panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga Shahru cepat bertemu jodoh dengan wanita yang baik2.

Untuk pengetahuan rakan blogger, saya dan Sharu telah mengenali satu sama lain sejak tahun 1996 masa tu kami berada di tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku Kuala Lipis Pahang. Alhamdulillah persahabatan yang dijalinkan ini berkekalan sehingga hari ini -----> 16 tahun ~ Cepat benar masa berlalu ~

Shahru nie pendiam orangnya. Kalau tak kenal mesti orang beranggapan Shahru nie sombong. Tp sebenarnya dia seorang yang sangat baik hati, pendengar yang setia, setiakawan dan byk lagi kebaikan dia.

Syukur saya kepada Allah swt kerana mengurniakan saya teman-teman yang sangat baik. Masa sekolah dulu ramai yang berprasangka yang kami nie couple. Prinsip saya "Kawan tetap kawan takkan berubah menjadi lawan atau pasangan bercinta". Saya hendak menjadi kawan dia yang terbaik hingga ke akhir hayat saya. Saya ingin melihat dia bahagia. Terlalu banyak suka duka kami masa sekolah dulu.

Shahru....kamu adalah kawan baik saya. Saya sentiasa mendoakan kegembiraan dan kebahagiaan milik kamu. walaupun tanpa kamu sedar bahawa saya amat menyayangi kamu sebagai seorang sahabat cuma masa telah menjarakkan kan kita. Dari kejauhan ini aku memohon pada Yang Maha Esa untuk melindungi diri kamu di mana saja kamu berada...


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Thursday, March 8, 2012

World Kidney Day 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Selamat menyambut Hari Buah Pinggang Sedunia..... 

Sapa pernah buat entry berkenaan buah pinggang pada 24 May 2011, jika ingin mengetahuinya sila baca entry di sini



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.
 

:: Selamat Hari Wanita ::

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Saya mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada seluruh wanita di mana saja anda berada. Semoga kita terus menjadi wanita-wanita yang unggul dan menjadi pemangkin kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga.

Bagai pohon tegak berdiri
Terbukti kau tahan diuji
Cabaran datang cabaran pergi
Segalanya tabah kau hadapi

Semenjak lahir kedunia
Sehingga menutupi mata
Bagai sungai yang terus mengalir
Beban dan tugas tak pernah berakhir

Wanita
Engkau bulan engkau juga suria
Wanita
Kerana keistimewaanmu
Terpikul segala amanah di bahumu

Kerana langkah sering terbatas
Adakalanya engkau tertewas
Namun begitu engkau tetap gagah
Tiada pernah kau berputus asa

Demi kebahagiaan semua
Api kau genggam menjadi bara
Jasad lebur
Semangat tak luntur
Wanita mithali engkaulah obor

Nyanyian : salamiah hassan 
Lirik : Habsah Hassan


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday #23

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Vanilla Coklat {TV3}


 BFF - Teman Tapi Mesra {TV3}


 Pelangi Kasih {TV3}


 Take cara of us, Captain a.k.a Yes Captain { Astro 393 HD}


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Jangan tamak sangat, 4 ajer ok..!!!!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Nampak x tajuk entry ni, macam marah kan? Memang marah pun sebab terbaca Laporan Harian Metro mengenai seorang lelaki memiliki 6 orang isteri. 

Apa nak jadi nie..???? 

Kitab dan mazhab mana dia ikut, mazhab dan kitab mana yang sebut lelaki boleh memilik 6 orang isteri dalam masa yang sama....

Hal ini telah didedahkan oleh seorang saudara terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.
 
Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.

Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

Friday, March 2, 2012

: : Wanita Yang Dimulia Dan Memuliakan...: :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


~ WANITA YANG DIMULIAKAN OLEH LELAKI AKAN MENJADI WANITA MULIA, YANG MEMULIAKAN LELAKINYA ~

Lelaki yang mudah menerima curahan cinta dari wanitanya, adalah dia yang bersedia memohon maaf, meskipun dia tidak bersalah.

Tidak ada wanita yang akan mensia-siakan lelakinya yang tidak bersalah, tetapi yang ikhlas 'menghibur' wanita kecintaannya, dengan 'mengambil alih' kesalahan sang wanita.

Bagi wanita, tindakan 'kecil' itu adalah langkah anggun keperwiraan seorang lelaki.

Lelaki seperti itu sangat percayakan diri sendiri, kerana kelelakiannya tidak akan terganggu oleh penyerapan dari semua kesalahan yang ada di dalam keluarganya. Dia tidak kehilangan kedamaian mengenai yang benar di dalam dirinya, hanya kerana dia meminta maaf ~ sebagai cara untuk membahagiakan wanitanya.

" Minta maaflah kepada ibu anda, walau pun anda tidak bersalah, kerana ibumu telah ikhlas menjadikan diri dan kehidupannya sebagai saluran kehadiran anda dalam tugas kepimpinan anda di dunia ini "

" Minta maaf lah kepada isteri anda, meskipun anda tidak bersalah, kerana dia telah bersedia melahirkan anak-anak anda, dan ikhlas bersama anda ~ sambil menunggu janji-janji anda yang belum kunjung tiba "

Kerjaya yang utama dan terbaik dalam kehidupan ini, adalah keluarga.

Jika ada yang meragukan nasihat sederhana itu, sila anda sampaikan beberapa kalimat yang berikut:

Tujuan dari semua kejayaan adalah pulang ke rumah dalam perasaan damai.

Kerana, apakah guna dari semua kejayaan, jika kita tidak damai?

Keluarga adalah kehidupan kita yang sebenarnya. Tidak ada siapa pun yang boleh disebut berjaya, jika dia tidak mampu membahagiakan keluarganya.

Kerana.......

Orang yang mengorbankan keluarganya untuk membahagiakan keluarga orang lain, adalah sepalsu-palsunya orang.


Marilah kita mensyukuri  kita memiliki sebuah keluarga. Bersabarlah dengan masalah-masalah yang ada dalam keluarga anda.

Janganlah berharap anda dilahirkan dalam keluarga yang lain, kerana itu tidak akan pernah terkabul. 
 
Dan janganlah berharap anda berada dalam perkahwinan lain, kerana andalah yang memutuskan untuk berkahwin.

Tumbuhkanlah diri anda untuk menjadi peribadi yang lebih kuat daripada masalah-masalah anda.

Kita tidak mungkin diberikan masalah yang tidak boleh kita selesaikan. Tuhan memberitahu bahawa kita sudah naik kelas dalam kemampuan kita, dengan memberikan masalah yang lebih besar.

Ingat, bahawa .............

Masalah adalah rahmat yang tidak kita sukai rasanya. Pilihlah untuk menjadi peribadi yang mudah memberi. Kemampuan untuk berbahagia, sudah ada di dalam diri anda. Gunakanlah. Anda berhak untuk berbahagia.

Jangan syaratkan orang lain untuk menjadi baik lebih dulu, sebelum anda bersedia untuk menjadi yang terbaik.

Mulakan dengan tindakan-tindakan kecil yang boleh anda lakukan untuk menjadi peribadi baik, yang tulus, yang ramah, dan yang ikhlas menerima,

Tidak mungkin Tuhan sampai hati membiarkan anda, sebagai jiwa kecintaan-Nya, lama-lama dalam kelukaan dan dilukakan oleh orang-orang yang sampai hati.

Tuhan mendengar rintihan hati anda dan melihat setiap butir-butir air mata yang jatuh itu, jauh sebelum anda terluka oleh kesakitan itu.

Apakah Tuhan sampai hati membiarkan jiwa kecintaan-Nya ini ~ mengabaikan semua haknya untuk kesejahteraan dan kemuliaan, dan menukarkannya dengan permintaan sederhana agar ia dibebaskan dari pilunya hati?

Bersabarlah.

Mereka yang 'menjahati' kita itu, sebetulnya tidak ingin berlaku jahat kepada kita.

Mereka sedang sebetulnya dilakonkan oleh Tuhan untuk menjadi peribadi yang menguji keberserahan kita kepada Tuhan.

Sabarkanlah diri anda.

Semua yang terjadi, terjadi kerana kehendak Tuhan.
Semua yang terjadi, terjadi dengan tujuan untuk memuliakan anda.

Dan ingatlah, bahawa ...

Keburukan yang menjadikan kita baik, adalah kebaikan.

Sumber: Mario Teguh Goden Ways

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

:: Segmen : Aku Ada Blog ::

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ader saper2 nak join segmen. Kalau nak join klik kat banner tu yer

a. Nama samaran korang sebagai blogger.
Tak der nama samaran mmg guna nama sebenar (Suhazelini @ Sue @ Linniey)

b. Nama blog korang.
Tentang Kita

c. Url blog korang.
http://azumylini.blogspot.com/

d. Usia blog korang.
11 bulan ( bulan 4 nie genap setahun) 




Syarat2 segmen :-

1. Tiada paksaan untuk jadi follower blog saya.

2. Copy paste banner di bawah ni..

3. Buat entri ringkas bertajuk "Segmen:Aku Ada Blog".

4. Dalam entri tu korang bagitau :-

a. Nama samaran korang sebagai blogger.
b. Nama blog korang.
c. Url blog korang.
d. Usia blog korang.

5. Bagi link entri tersebut ke dalam kotak komen ni.OK????


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13hb.Mac.2012 jam 11.60 malam.


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...