Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, March 12, 2012

Benar dia salah..? jangan sampai mengaibkan dia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Isu Video Lucah Melia Aimelia Karipap Cinta Tersebar ini hangat diperkatakan sejak 16 Feb 2012. Saya tak kenal pelakon Melia nie sebab movie Karipap-karipap Cinta tu pun saya tak tengok lagi.

Dalam entri kali nie saya bukan lah nak menegakkan benang yang sudah basah. Pada hikmat saya, seandainya benar screenshot dari sebuah video separa lucah yang di’dakwa di’lakonkan oleh Melia Aimelia sendiri, kita tidak ada sebarang hak untuk menghukum dia.

Benar dia telah membuat kesilapan dan pencaturan yang songsang dalam kehidupan dia. Tapi harus kita ingat dia hanyalah manusia biasa seperti kita. Manusia biasa terlalu banyak membuat kesilapan demi kesilapan. 

Terkilan rasa pun ada apabila membaca  petikan harian metro seperti di bawah ini:

‘Kami ada bukti’

BUKTI...Hamzie (kanan) dan Muhamad Adie memberi kenyataan mengenai isu gambar bogel Melia.
BUKTI...Hamzie (kanan) dan Muhamad Adie memberi kenyataan mengenai isu gambar bogel Melia. 
KUALA LUMPUR: “Kami tidak pernah melakukan ‘superimpose’ atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih,” kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.

Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.

Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.

Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.

“Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya. 


Bersungguh-sungguh benar nampaknya mereka ini. Mungkin ada yang seronok apabila menjatuhkan, mengaibkan orang lain sehingga orang yang diaibkan itu tidak mampu bernafas lagi.

Sudah2 lah menghukum. Ingatlah pesanan ini " Sekali kita tutup aib orang, Allah swt akan tutup aib kita". Kita tak selamanya berada di atas andai satu hari kita diuji oleh keadaan /situasi yang seakan sama sebegitu, kita akan tahu langit itu tinggi atau rendah...mana kawan mana lawan...

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.  

8 comments:

  1. Moga masing-masing bertaubat. Kepada yg melakukan kesilapan itu bertaubat dan yg cuba mengaibkan juga kena insaf sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 la kita bertaubat..tak tahu bila masa kita akan dipanggil menghadap Ynag Maha Esa

      Delete
  2. kalau xbetul dah jd fitnah dah..xpasal2 dpt dosa kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal...harap2 semua org amik ikhtibar dr apa yg berlaku...

      Delete
  3. lini tukar blog ke?...cam tu ne buat cam ni?...kemasss je...

    ReplyDelete
  4. lini cuba2 jer td.......senang sbb nak relpy comment terus jer reply x yah nak taip nama sorang....cara nak wat cenggini pilih Design > template design > templates > Dynamics View > classic...itu ajer

    ReplyDelete
  5. erm, disebabkan pelakon tu bertindak nak saman, pemilik blog tu terpaksa la pertahankan diri, takot kena saman, sampai sanggup bukak aib pelakon tu. haish, tataw nk ckp ape dh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pemilik blog tu nak protect diri sendiri la...klu dah bab masuk saman menyaman nie...x tahu nak ckp la...

      Delete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...