Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Friday, March 2, 2012

: : Wanita Yang Dimulia Dan Memuliakan...: :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 


~ WANITA YANG DIMULIAKAN OLEH LELAKI AKAN MENJADI WANITA MULIA, YANG MEMULIAKAN LELAKINYA ~

Lelaki yang mudah menerima curahan cinta dari wanitanya, adalah dia yang bersedia memohon maaf, meskipun dia tidak bersalah.

Tidak ada wanita yang akan mensia-siakan lelakinya yang tidak bersalah, tetapi yang ikhlas 'menghibur' wanita kecintaannya, dengan 'mengambil alih' kesalahan sang wanita.

Bagi wanita, tindakan 'kecil' itu adalah langkah anggun keperwiraan seorang lelaki.

Lelaki seperti itu sangat percayakan diri sendiri, kerana kelelakiannya tidak akan terganggu oleh penyerapan dari semua kesalahan yang ada di dalam keluarganya. Dia tidak kehilangan kedamaian mengenai yang benar di dalam dirinya, hanya kerana dia meminta maaf ~ sebagai cara untuk membahagiakan wanitanya.

" Minta maaflah kepada ibu anda, walau pun anda tidak bersalah, kerana ibumu telah ikhlas menjadikan diri dan kehidupannya sebagai saluran kehadiran anda dalam tugas kepimpinan anda di dunia ini "

" Minta maaf lah kepada isteri anda, meskipun anda tidak bersalah, kerana dia telah bersedia melahirkan anak-anak anda, dan ikhlas bersama anda ~ sambil menunggu janji-janji anda yang belum kunjung tiba "

Kerjaya yang utama dan terbaik dalam kehidupan ini, adalah keluarga.

Jika ada yang meragukan nasihat sederhana itu, sila anda sampaikan beberapa kalimat yang berikut:

Tujuan dari semua kejayaan adalah pulang ke rumah dalam perasaan damai.

Kerana, apakah guna dari semua kejayaan, jika kita tidak damai?

Keluarga adalah kehidupan kita yang sebenarnya. Tidak ada siapa pun yang boleh disebut berjaya, jika dia tidak mampu membahagiakan keluarganya.

Kerana.......

Orang yang mengorbankan keluarganya untuk membahagiakan keluarga orang lain, adalah sepalsu-palsunya orang.


Marilah kita mensyukuri  kita memiliki sebuah keluarga. Bersabarlah dengan masalah-masalah yang ada dalam keluarga anda.

Janganlah berharap anda dilahirkan dalam keluarga yang lain, kerana itu tidak akan pernah terkabul. 
 
Dan janganlah berharap anda berada dalam perkahwinan lain, kerana andalah yang memutuskan untuk berkahwin.

Tumbuhkanlah diri anda untuk menjadi peribadi yang lebih kuat daripada masalah-masalah anda.

Kita tidak mungkin diberikan masalah yang tidak boleh kita selesaikan. Tuhan memberitahu bahawa kita sudah naik kelas dalam kemampuan kita, dengan memberikan masalah yang lebih besar.

Ingat, bahawa .............

Masalah adalah rahmat yang tidak kita sukai rasanya. Pilihlah untuk menjadi peribadi yang mudah memberi. Kemampuan untuk berbahagia, sudah ada di dalam diri anda. Gunakanlah. Anda berhak untuk berbahagia.

Jangan syaratkan orang lain untuk menjadi baik lebih dulu, sebelum anda bersedia untuk menjadi yang terbaik.

Mulakan dengan tindakan-tindakan kecil yang boleh anda lakukan untuk menjadi peribadi baik, yang tulus, yang ramah, dan yang ikhlas menerima,

Tidak mungkin Tuhan sampai hati membiarkan anda, sebagai jiwa kecintaan-Nya, lama-lama dalam kelukaan dan dilukakan oleh orang-orang yang sampai hati.

Tuhan mendengar rintihan hati anda dan melihat setiap butir-butir air mata yang jatuh itu, jauh sebelum anda terluka oleh kesakitan itu.

Apakah Tuhan sampai hati membiarkan jiwa kecintaan-Nya ini ~ mengabaikan semua haknya untuk kesejahteraan dan kemuliaan, dan menukarkannya dengan permintaan sederhana agar ia dibebaskan dari pilunya hati?

Bersabarlah.

Mereka yang 'menjahati' kita itu, sebetulnya tidak ingin berlaku jahat kepada kita.

Mereka sedang sebetulnya dilakonkan oleh Tuhan untuk menjadi peribadi yang menguji keberserahan kita kepada Tuhan.

Sabarkanlah diri anda.

Semua yang terjadi, terjadi kerana kehendak Tuhan.
Semua yang terjadi, terjadi dengan tujuan untuk memuliakan anda.

Dan ingatlah, bahawa ...

Keburukan yang menjadikan kita baik, adalah kebaikan.

Sumber: Mario Teguh Goden Ways

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

2 comments:

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...